Dalam tips SEO saya sebelum ini, saya telah menyentuh mengenai artikel atau entri merupakan perkara penting di dalam SEO dalam sesebuah blog atau laman web. Artikel umpama raja di dalam semua aspek dalam sesebuah blog atau laman, tanpa artikel atau entri terkuburlah laman tersebut.
Meningkatkan Kekerapan Mengemaskini Artikel
Begitu juga kepada sesebuah laman web syarikat, ianya amat berlainan jika dibandingkan dengan sebuah laman web atau blog berbentuk majalah atau hiburan. Boleh dikatakan blog berbentuk hiburan ini sangat beruntung kerana banyak artikel mampu dimuatkan setiap hari. Maklumlah, cerita bab artis, gossip dan isu-isu hangat sudah mampu meningkatkan populariti blog tersebut.
Tetapi ini tidak bermakna laman web atau blog yang berunsur perniagaan tidak boleh meningkat popularitinya, terdapat pelbagai langkah dan alternatif lain untuk meningkatkan populariti. Untuk mencapai perkara tersebut anda perlulah mendisplinkan diri, jangan terlalu memperbanyakkan artikel berunsur promosi atau iklan semata-mata.

Elakkan memenuhi laman web atau blog perniagaan anda daripada dipenuhi dengan diskaun atau promosi produk sahaja. Sebaliknya lengkapkan dengan maklumat mengenai produk tersebut, lebih bagus lagi berita terkini mengenai produk tersebut. Ini juga bergantung kepada jenis produk yang dipasarkan.
Selain itu juga, anda boleh menambah sebuah seksyen baru atau laman di dalam web atau blog perniagaan anda. Iaitu berita, ini kerana ia mampu meningkatkan trafik ke laman atau blog perniagaan anda. Cuba muatkan dalam seksyen tersebut mengenai produk jualan tertinggi, produk akan datang, laporan aktiviti syarikat atau perkara-perkara menarik.
Ini boleh dilihat dalam contoh-contoh laman web syarikat luar, di mana mereka membuka sebuah seksyen blog mereka sendiri untuk dimuatkan dengan pelbagai isu terutama mengenai produk yang dipasarkan oleh mereka. Begitu juga dengan blog peribadi, anda boleh menulis mengenai isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.
Dengan itu ia mampu meningkatkan populariti blog anda di enjin carian, jika boleh muatkan dengan kata kunci (keywords) yang menarik dan mampu bertahan untuk jangkamasa yang lama. Baiklah, setakat ini dahulu mengenai tips SEO saya pada kali ini. Nantikan pula bagaimana hendak menarik minat agen carian didalam artikel yang panjang.
huhuhu,xde idea la nak update nie
terbaik la artikel ni..memang tepat dan berilmiah..
seperti blog mohdisa contohnya. 🙂
tak juga, kalau dah bz sgt mmg tak update dah…:P
memang bagus kalau dapat pelbagaikan topik penulisan.. lagi senang nak update entri..
betul tu bro, tetapi kalau boleh jangan terlampau dicampur adukkan. susah nanti nak rank.
kalau idea dh ada kadang2 komitmen utk mengupdate blog pula yang mnjadi penghalang.Ye la kerja dari rumah ni kena buat itu la ini lah last sekali tak terupdate jgk blog.ermm.Untuk menyelesaikan masalah ni saya cuba sediakan juga sedikit masa utk update blog.
boleh kalau ada usaha, apa kata setiap masa yang ada. tulis artikel banyak2, kemudian save as draft then wat schedule update. mudah…so sentiasa terupdate. 🙂
saya ada banyak idea nak update, tapi masa yang menjadi penghalang.
kena lawan tu, apa kata time ada masa. tulis pastu save as drat, tak pun wat schedule post. selamat…
terbaik..
aku dah tengah cuba sedaya yang mungkin ni sekarang..hehe
haha, ko power. idea byk, ada je nak update. sekali update sebundle keluar. hehe
sebundle..haha, macam tak kualiti je maksud ko ni.biar betul? jangan..haha
kalau kelua sebundle memang kurang kualitilah, maklumlah. pening kepala gak entri mana nak wat promo dalam satu hari, betul tak?
Hihihi best post ko. Sempoi.
haha, biasa jerk. rindu kat ko…hehehe
kadang-kadang ada bende nak share…
tapi lepas tu tak rasa teruja…hilang semangat.
salah tu bro, kena tanam semangat. tulis dan share terus, jgn peram lelama. hehe
As salam..
ku sudah kekeringan idea….
kalau tak keluar berjalan, tak membaca, tak tgk berita, tak ada idea nak ditulis..
Betul tu, memang niat di hati nak istiqamah tetapi semangat dan idea tu selalunya mudah kendur
itu salah satu cabaran bagi kita, yang penting niat disusuli dengan usaha. insyaAllah kejayaan yg bakal kita perolehi kelak. 🙂
salam iza, yurp. itu salah satu langkah yg bijak, rajin berjalan dan membaca blog lain juga dapat memberikan idea utk kita menulis artikel yang baru, terutama membaca blog dari luar. byk ilmu dan pengetahuan yg bakal kita perolehi. 🙂