Manchester United Juara BPL Buat Kali Ke-19

Terbaik antara yang terbaik, itulah pasukan Manchester United. Bukanlah sebuah kelab yang suka menyimpan barisan bintang seperti Real Madrid, malah lebih gemar melahirkan ramai bintang. Kali ini kehebatan Manchester United dibuktikan lagi setelah menjadi juara Barclays Premier League (BPL) kali ke-19.

Buat penyokong setia pasukan bolasepak Manchester United, sudah pastinya ia adalah berita yang amat dinantikan bagi menambah koleksi kejuaran BPL dan mendahului dengan koleksi 19 kejuaraan. Paling bermakna buat pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs yang berjaya menjadi pemain yang banyak menjuarai BPL dengan 12 koleksi.

Ia juga sebuah berita yang amat dinanti-nantikan oleh saya, menonton perlawanan di antara Manchester United dan Blackburn Rovers sebentar tadi memang amat mendebarkan. Apabila Manchester United ketingalan 0-1. Sehinggalah Rooney berjaya menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti yang dihadiahkan setelah penjaga gol Blackburn, Paul Robinson menjatuhkan Hernandez di dalam kotak penalti.

Sebelum perlawanan, Manchester United hanya memerlukan seri atau satu mata sahaja lagi bagi memastikan kejuaraan BPL menjadi milik mereka. Ia menjadi nyata setelah pemain-pemain Machester United mengawal perlawanan sehingga wisel penamat. Tahniah kepada pasukan Machester United dan pengurusnya, Sir Alex Fergusan.

Nantikan pula perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah di antara Manchester United dan Barcelona. Ia pastinya akan menjadi perlawanan yang dinanti-nantikan, ramai yang memilih pasukan Barcelona. Tetapi saya tetap setia kepada Machester United, saya ramalkan Machester United akan menang 2-1. Bagaimana pula dengan anda? 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

32 thoughts on “Manchester United Juara BPL Buat Kali Ke-19”

  1. kalau ikut statistik yang aku kaji, pasukan yang jadi juara UCL sejak 5 tahun belakngan nie, adalah pasukan yang menang dgn CHELSEA dalam pusingan kalah mati, tapi aku harap statistik aku salah tahun nie…haha(xnk kasi MU menang)

    Reply
  2. haha..nampaknya MU ni memang bertuah season ni.. MU season ni..paling mantap..dengan chicarito tu…by the way as a non MU FAN i want to congratulate to MU FAN for the champion title.. but next seoson my love team will be take the title back…hehehe

    Reply

Leave a Comment