Ternyata dua tiga hari ini saya rasa semacam sahaja yang tidak kena, perasaan yang kurang enak di dalam diri saya. Hampir semua kerja tergendala setelah pulang daripada Kejohanan Olahraga Terbuka Perak yang lalu. Hendak menulis blog pun rasa macam ada yang tidak kena.
Jika ditanya mengenai kekurangan idea untuk mengisi artikel di blog ini, usah katakan satu. Malah berpuluh idea yang ada untuk menulis blog, bahkan boleh dikatakan semua mampu menarik minat anda semua untuk membacanya. Tetapi perasaan menulis blog itu masih belum ada, kata orang tidak ada mood.
Kini banyak habiskan masa bermain permainan saham yang dikenalkan oleh rakan blogger saya iaitu Ariff Shah, permainan yang diberi nama Empire Avenue. Boleh dikatakan hampir semua blogger di Malaysia ini sedang bermainnya, tidak kurang juga rakan-rakan di Twitter.
Semua sedang sibuk menaikkan harga saham masing-masing, maklumlah hendak cepat kaya. Tetapi harus diingatkan, ianya tidaklah mendatangkan wang tunai. Tetapi ada faedah lain yang bakal diperolehi. Kalau hendak tahu apa itu Empire Avenue, boleh baca artikel Ariff Shah iaitu Empire Avenue Malaysia.
Kalau anda ingin mencubanya, jangan segan mendaftar akaun anda sekarang di Empire Avenue. Banyak faedah yang bakal anda perolehi, apa yang pasti adalah tahap penggunaan anda terhadap media sosial yang ada seperti Facebook dan Twitter.
Kepada blogger pula, ia mampu mengembangkan blog anda dengan menyertai komuniti yang ada. Tetapi saya masih menkajinya, kemungkinan blog berbahasa Inggeris lebih mendapat tempat di Empire Avenue.
Tengok, kalau saya sudah mula menulis blog. Pasti ingin menulis panjang lebar, entah apa yang saya merepek. Saya sendiri kurang pasti, mungkin saya perlu lebih teliti dalam menyediakan draf untuk menulis artikel di blog ini.
Apa-apa pun, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca dan yang telah meninggalkan komen. Komen-komen anda saya masih tidak dapat membalasnya, insyaAllah saya akan cuba membalasnya secara berperingkat.
Promosi: Jangan lupa sertai peraduan Blogging Giveaway, pelbagai hadiah menarik menanti anda.
Nota: Alahai, rakan serumah semua sudah pulang ke kampung. Tinggallah saya seorang, ada sesiapa yang ingin temankan saya?
bila boring..tengok balik gambar-gambar comel. hilang dah boring. hehe..
haha, itu boring. ini takda mood, cam mana pula?
entri ni mmg sesuai dgn sy.. mood blogging lari jauh suda..dikejar2 lari jugak…
haha, jenuh nak kejar balik tu. 🙂
Sebab banyak mengadap nota dan buku teks, selera berblogging saya pun kureng sikit. Tiba-tiba bro Ariffshah dok kempen Empire Avenue, asyik syok melabur je la kerjanya 🙂
haha, tahu takpa. pikir keje yg tak siap lagi. memang hilang mood terus nak menulis blog. itulah pasal, jadi gian plak main saham dekat empire avenue tu. hehe
Untuk ape sebenarnya benda tu? Boleh tukar dengan duit tak saham tu?
hoho, Empire Avenue just for fun ke untuk apee? Still tgh discover bende tu
aku tak register lagi… baru usya2 jer….
Macam best jer main EA ni.
Pernah try register tapi fail. Kalau ada tutorial nak register ok jugak. hehehe
baru berjinak2 nak main empire avenue ni. masih tak berapa paham sgt sbnrnya. huhu
memang seronok layan EA tu
pasal blog ambil amsa la bro
dah free baru la reply komen-komen ni
aku dah hampir 2 bulan tak update blog.. da start keje mood nak blogging tak sampai2.hahaha
Tak apa bro tulis panjang-panjang. Janji isu meletop.
Nak try jugak game nie. Macam best jer
wah main saham ker Isa..doi beaty pun takde idea nak blog pasal apa…kasiannya
nak try juga game tu nanti
update le blog ni..aku bosan..haha
bez ke??? mcm boring jer aku tgk wei..
main EAv memang best.. 😀
hoho..semua nak main benda tu. Dengan laptop yang macam bermasalah..aku tak rasa aku leh aktif berblogging dalam 2-3 hari ni. Apatah lagi main empire avenue tu.. kena hantar klinik laptop ni..
Sebenarnya apa yang bro kongsikan sebentar tadi, juga adalah something yang valuble untuk dikongsikan. Baru saya tau apa tu Empire Avenue.
Idea tu luas. Dan perkongsian itu adalah sesuatu yang pasti ada nilainya 😀
EAv memang buat ketagih gile.. tapi dalam usaha mengurangkan spam kat timeline dengan benda-benda tu sume sbb yela, tak semua minat dengan benda camni…hehe
landax pun maen nate ni..memang ketagih..huhuhu
alahai kesiannya
tu la ketagih dah main empire tu, sekarang aku ta join lagi
dalam masa terdekat ar, kalau ramai still nyepam aku nak join sekaki..hehe
hehehe.patutla xnmpak entri dua tige ari nih…em,nk try gk men empire venue tuh xp xpndai kott.
uikk,da tggl sorg le ni.hehe..sian2
takpa, kata orang kampung saya put first thing first..
banyak betul orang spam kat twitter pasal Empire Avenue tu haha.
Aku pun tgh busy sbb ada kawan2 datang, secara tidak langsung menjejaskan mood blogging
eh, takpalah tu..
kawan datang kan tetamu. bawa rahmat tu..
entah bukan selalu ko balik malaysia
weh singgah ar kuantan sat.hehe