Penulisan

Mari Menggunakan Ubuntu!!!

Salam buat rakan-rakan sekalian, hari ini saya nak berkongsi tentang Operating System (OS) yang mudah digunakan dan menarik. Yang paling istimewa, ia adalah percuma. Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan Ubuntu ni, amat mudah dipelajari dan menarik. Kini dengan Ubuntu, saya dapat mempelajari banyak perkara yang boleh dilakukan dengan komputer kita. Nak tahu apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.



Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

Dapatkan Ubuntu sekarang juga!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.