Mood blogging kembali? Sebut sahaja mengenai mood blogging rasa macam sudah berjuta kali melafazkannya. Dari mula berjinak dengan blog, hinggalah sekarang. Dari mula untuk melepaskan tekanan hinggalah menjadi satu rutin harian.
Kalau diikutkan mood untuk blogging memang rasa 50-50 sahaja, sama ada ingin teruskan atau pun tidak. Tambahan pula apabila sudah mempunyai kerja, masa kian sempit dan berkurangan untuk menulis blog.
Tambahan pula dengan idea untuk menulis sesebuah artikel agak perlahan walaupun banyak bermain di fikiran. Istilah blogging di dalam kehidupan seharian juga semakin berkurangan, tetapi kerana sayangkan blog ini. Pelbagai cara dan kaedah dicuba untuk menaikkan kembali mood blogging ini.
Mood Blogging Kembali Setelah Berjumpa Rakan Blogger
Baru-baru ini saya telah bercuti selama seminggu untuk berehat dan menenangkan fikiran, di samping itu juga mencari ilham untuk mengembalikan mood blogging ini. Alhamdulillah saya telah diberi kesempatan untuk bertemu dengan beberapa usahawan internet dan blogger yang telah lama dikenali.
Lepak dengan rakan blogger memang best, maklumlah masing-masing mempunyai minat yang sama. Walaupun tidak 100% sama, sedikit pun jadilah. Itu sudah cukup untuk memberi kesan kepada saya untuk terus menceburi bidang blogging ini.
Oleh kerana sayangkan blog ini, insyaAllah saya akan mula menulis dan berkongsi pelbagai artikel untuk dimuatkan di dalam blog ini. Apa-apa pun, saya ingin meminta bantuan daripada para pembaca untuk menyumbangkan sedikit idea dan pandangan berkenaan dengan perkara atau topik yang saya perlu tulis dan mampu menarik minat pembaca lain.
Diharap anda semua dapat membantu saya untuk mencari mood blogging agar mampu berkongsi bahan bacaan yang menarik untuk anda semua. 🙂
Mood Blogging
Ada,nanti aku email kat ko resource tu
dah terima emel tu, terima kasih bro. terbaik!
Nak cari mood tak susah,cuba la blogwalking kalau ada masa terluang,lagi bagus ko ada artikel PLR,rajin-rajin baca,mesti mood blogging naik kembali
bab plr yang duk cari tu, bro ada resource tak? share kat aku boleh?
Err apa kata open untuk guest post ehehehe 🙂
So kalau tak sempat nak update blog still ada orang yang tolong update kan 🙂
bro nak jadi guest blogger ke kat sini? boleh je, tak jadi masalah. ops! tolong jangan masukkan post url ketika komen. sangat teruk perbuatan itu. harap maklum. 🙂
imo, kalau minat menulis maka bro akan boleh buat entri blog dengan senang. Tapi kalau nak buat entri tanpa minat menulis maka memang susahlah nak cari mood tu. Mood datang dengan minat. Nak cari minat? kenalah tulis apa yang buat kita rasa seronok 🙂
thanks faizul, satu pandangan yang menarik. memang minat menulis, tapi apabila ketandusan idea. minat akan menjadi beban pula, betul tak? macam minat dengan fotografi, tapi kalau tiada wang. bagaimana nak beli kamera bukan? hehe
smoga dpt blk mood berblog..
insyaAllah, terima kasih cik tom. 🙂
moga sentiasa perolehi idea terbaek dalam blogging ya. ahaks 😉
insyaAllah…mudah-mudahan dapatlah nnt…
Boleh buat contest. Dan boleh kongsi artikel2 para pemenang… Kira ni jalan licik juga la 🙂
contest kena pk dlu contest apa yg mampu memberi benefit jangka panjang…rugi kalau buat contest xda benefit…
Aku pun nak start blog balik ni, tapi niche yang berlainan hehe. Saje try Isa, cari yang betul2 masuk dengan citarasa 🙂
wah, filem plak…bagus2…
Berkenaan apa yang ingin ditulis tu, rasanya kalau kita sendiri yang memilih, akan lebih mudah untuk penjanaan idea. Kalau minta idea dari orang lain ni, kadangkala boleh jadi beban kat diri sendiri juga. 😀
betul juga apa yang bro cakap tu, tapi kadang-kadang kita sendiri kekeringan idea. sebab itu saya minta idea daripada pembaca, mana yang saya mampu penuhi dan berkait dengan minat saya. insyaAllah saya akan penuhi. 🙂
hang lama sangat bertapa nih..
tahu takpa, bertapa punya bertapa. haram tak dapat ilham lagi. 😛
hang salah tempat bertapa. meh bertapa kat banting. pagi, makan nasi lemak sambal sotong. tengah hari minum cendol. petang, makan sotong bakar. malam kita makan kerang bakar kaw-kaw G saiz. baru betul cara bertapa tuuu..baru dapat ilham. haha..
haha… idea menarik tu. banting ye, kat mana ye? aku lupa la plak. :p
cerita pasal sEO la bro..
wow..saya tgk rank Alexa pun dah naik mendadak balik..
insyaAllah akan menyusul kembali pasal SEO. tahu xpa, memang sedih gila tengok alexa. melemahkan semangat betullah. 😛
bangun kembali bro 🙂
insyaAllah bro, anyway kemas gila blog bro. sedap je mata memandang. 🙂 boleh apply ke?
Sapa la tu kn rakan blogger? 😛
haha, sudah tahu bertanya pula. 😛
selalu kalau dah xde idea, gi blogwalk jap.. sambil2 baca tu nanti muncullah ilham nak buat entri baru.
haha…itulah yang sering dilakukan…tp skg blogger byk nulis pasal berita semasa dan hiburan je…bosan
Buat blogwalking banyak2 bro …
insyaAllah, itu pun bermain dengan masa bro.
yeahhh mood blogging.,. goodluck bro 😀
haha…good luck? macam perli aku jak…apo ler…jom menulis kat blog aku ni…:P