Hobi melepaskan tekanan?

Bercerita bab hobi ni, teringat waktu zaman sekolah rendah dahulu. Setiap penggal persekolahan pasti cikgu akan tanya hobi dan cita-cita. Jawab bukan main lagi, membacalah, menulislah, bermain bolalah dan lain-lain lagi.

Kalau bab cita-cita pula, tak mahu kalah dengan kawan-kawan dalam kelas. Nak jadi peguam a.k.a lawyer, polis, tentera, doktor. Itulah kebiasaan yang akan dijawab sewaktu zaman sekolah dahulu.

Kini bila dikenang kembali saat itu, terasa macam funny pun ada. Mana tidaknya, dulu siap nak jadi peguam. Tak kenal lagi jurutera atau engineer, mana tersenarai lansung. Sekarang, peguam ke mana doktor ke mana.

Tapi kali ini, saya bukan nak cerita bab cita-cita. Kali ini saya ingin kongsikan bab hobi saya yang suka berubah-ubah mengikut masa. Sebab apa, sebab lain dari yang lain apa yang dinyatakan waktu sekolah dahulu.

Jika dahulu zaman sekolah, bila cikgu tanya. Pasti membaca dan menulis menjadi jawapan, kini rasanya tidak lagi. Membaca dan menulis mungkin ada, maklumlah blogger la katakan. Tapi boleh dikatakan, saya lebih gemar kepada gajet dan bersukan.

Kenapa gajet dan sukan menjadi pilihan saya kini, mungkin kerana otak saya yang ingin mencapai satu kepuasan. Jika ikutkan hati, semua gajet yang ada dipasaran saya ingin miliki. Tapi orang pasti cakap, itu hanyalah kehendak dan bukan keperluan.

Lain orang lain hobinya, betul tak? Jika sukan pula, saya suka berlari, bermain bola sepak, futsal dan badminton. Itulah tiga jenis sukan yang saya lakukan setiap minggu, tapi berlari macam sudah menjadi satu tanggungjawab pula. Maklumlah, dapat kerja atas tiket olahraga.

Setiap hobi saya sebenarnya ada maksud tersirat, jika dulu saya pernah katakan menulis blog ini adalah salah satu cara untuk saya melepaskan tekanan. Begitu juga dengan hobi saya, terutama bersukan. Memang banyak membantu saya dalam melepaskan tekanan, stress orang putih cakap.

Anda pula bagaimana, adakah dengan hobi anda dapat membantu anda dalam melepaskan tekanan? Atau sebab utamanya untuk mengisi masa lapang semata-mata? Jom kongsikan bersama saya di sini. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

9 thoughts on “Hobi melepaskan tekanan?”

  1. Bagi aku, hobi, lebih dari untuk melepaskan tension. Hobi adalah passion. Most of successful people berjaya bermula dengan hobi. Cuba teka hobi Lionel Messi masa kecik? J.K.Rowling punye hobi dari kecik, menulis cerita fantasi. Bill Gates masa moda-modi, gemar hacking komputer di lab Harvard. Kalau hobi Mark Zuckerberg bukan coding, sekarang ni kita masih berfoya-foya kat MySpace.

    Reply

Leave a Comment