Mukjizat Azan – Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Mukjizat Azan
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Itulah mukjizat azan yang bakal berlaku ketika nazak ketika tidak menghormati azan.
Mukjizat azan kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah…” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah…” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin…”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.:
Wahai Ali, bagi orang βALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Sumber: Oh! Islam – Mukjizat Azan
ya, terima kasih. salam kenal juga. π
huh, tak ramai yang tahu pasal azan ni kann..
tapi ada yang buat-buat tak tahu, tu yang paling teruk tu.
maklumat yang bagus. moga dapat amal kan selalu.
insyaAllah, perlu diamalkan selalu agar lidah tidak kelu ketika menghadapi kematian.
betul, kalau nyanyi lagu negaraku kena berdiri tegak, azam perlu diam pun susah nak buat.
itulah yang sering berlaku, lagu negaraku sanggup berdiri tengah panas. bila azan, buat dunno pun ada.
Alhamdulillah dapat belajar ilmu agama dgn bro π
insyaAllah, sudah menjadi kebiasaan di hari Jumaat aku akan cuba kongsikan artikel berkenaan keagamaan.
Alhamdulillah. Sama mcm kt pejabat aku bro,setiap jumaat ade buletin π
Bagus ni bro kalau diteruskan.
insyaAllah, aku akan cuba teruskan perkongsian agama setiap jumaat agar dapat diseimbangkan dengan aktiviti lain.