Salam buat pengunjung semua, sementara menanti entri yang akan datang. Saya selitkan sedikit info buat anda semua, iaitu mengapa Nokia 5800 XpressMusic lebih baik berbanding Apple iPhone 3G. Bagi pengguna iPhone, sila-silalah membuat komen untuk kukuhkan iPhone anda (jangan marah).
Baiklah, di sini saya senarai beberapa sebab mengapa Nokia 5800 XpressMusic lebih baik berbanding iPhone.
Saiz
Saiz iPhone yang agak besar dan susah untuk dikendalikan dengan menggunakan sebelah tangan, berbanding dengan Nokia 5800 yang mudah dikendalikan dengan sebelah tangan sahaja.
Saiz iPhone: 115.5 X 62.1 X 12.3 mm
Saiz Nokia 5800: 111 X 51.7 X 15.5 mm
Berat
iPhone lebih berat dari Nokia 5800 iaitu lebih 24g daripada Nokia 5800.
iPhone = 133g
Nokia 5800 = 109g
Screen Resolution
iPhone mempunyai saiz skrin sehingga 3.5″ manakala Nokia 5800 hanya 3.2″ akan tetapi, resolution pada Nokia 5800 lebih unggul berbanding iPhone.
Resolution
Iphone: 480 x 320
Nokia 5800: 640 x 360
Memori
Bagi iPhone anda hanya diberi dua pilihan sahaja untuk ingatan dalaman iaitu 8GB & 16GB. Manakala memori Nokia 5800 anda di beri 8GB kad memori micro SD secara percuma dan boleh menampung sehingga 16GB kad memori.
Cara Penggunaan
iPhone = dengan menggunakan jari sahaja
Nokia 5800 = jari, stylus, plectrum dan pegecaman tulisan tangan (handwriting recognition)
Warna
iPhone = Hitam untuk 8GB & 16GB dan Putih untuk 16GB sahaja.
Nokia 5800 = Didatangkan dengan tiga warna iaitu Merah, Biru dan Hitam (Silver).
Kamera
iPhone = 2 MP, tiada flash, tidak boleh zoom, tiada kamera tambahan di depan (3G).
Nokia 5800 = 3.2 MP, ada flash, 3 kali zoom dengan lens Carl Zeiss, sudah tentu ada kamera hadapan (3G).
Video Calling
iPhone = Mana ada video calling?
Nokia 5800 = Boleh buat panggilan video.
Video Recording
iPhone = tiada pilihan untuk rekod.
Nokia 5800 = didatangkan lengkap untuk rekod video.
Voice Dialing
iPhone = Tiada
Nokia 5800 = Mestilah ada, nama pun Nokia.
Voice Recording
iPhone = Tiada
Nokia 5800 = Bohonglah kalau tiada.
Harga
Semua orang tahu, Nokia 5800 jauh lebih murah dari iPhone. Betul atau tidak?
Rasanya cukuplah setakat ini saya senaraikan beberapa perbezaan antara Nokia 5800 dan iPhone. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila layari The iPhone Killer.
P/S: Kepada pengguna-pengguna iPhone, saya minta maaf anda kenyataan saya terdapat kesilapan. Untuk menyejukkan sedikit hati anda, kelemahan Nokia hanya satu. Processor yang lembab dan memudahkan ianya hang. Kepada pengguna-pengguna Nokia 5800 XpressMusic marilah kita bersatu menyelesaikan masalah ini. 🙂