salam buat semua pengunjung sekalian, pertama sekali aku nak minta maaf sebab lambat update buat kali ini. Maklumlah, kepala sudah pecah. Hari-hari yang mendatang makan sibuk dibuatnya, kerja pun makin bertambah. Baiklah kali ini jom baca cerita aku selama dua tiga hari ini.
Kita start pada hari Rabu minggu lepas iaitu pada tarikh 15 Julai 2009, kejadian jam 3 lebih petang. Malang sungguh rasanya, mana tidaknya. Dah la tak sihat, dalam perjalanan nak pegi kelas jam 4 petang tidak kesampaian. Mana tidaknya, dalam perjalanan ke kelas, boleh plak tetiba minyak abis tengah jalan. Tension gila waktu itu, dah la tengah panas. Tapi sempat gak aku capture satu gambar, tapi tak tahu la menarik ke tak. Ni gambar nya:
Lokasi: Depan sikit je dekat Institusi Perguruan Perlis. Call member anta minyak, nak menolak jauh kut. Elok member sammpai, strat motor terus balik. Nak pegi kelas dah lewat sangat.
Seterusnya, hari Sabtu bersamaan 18 Julai 2009. Takda apa yang nak dilakukan, jadi aku ikut la member aku pegi basuh kete dia kat carwash. Sebelum tu sempat gak la g melepak dekat Tasik Melati, Kangar. Buktinya, gambar lelaki kacak member ku:
Kiri, Jul dan yang sorang lagi si Ayie. Sapa-sapa yang nak berkenalan silalah bagitahu. Hehe…
Okay, seterusnya ari Ahad. Aku tak kemana pun, duk dalam bilik sahaja. Tapi ada gaklah member aku ajak keluar. Tapi aku malaslah plak. Jadi aku habiskan masa aku merayau-rayau di internet sahaja. Tapi aku sempat pesan juga kat member aku sepasang jersi Mancheester United kesayanganku. Ini dia, walla:
Apa macam, smart tak? Tapi macam peliklah plak, warna putih design dia camni ke? Sebab aku g al-Ikhsan aritu, line merah dia kecik sahaja. Ades, memang salah la jawab nyer.
Okay, semalam Selasa 21 Julai 2009. Nak penat, tak penat jugalah. Hari pertama aku kena turun training untuk persiapan Malaysia Technical University Network Sports Meet kali ke-2 di universiti aku la yang akan berlansung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009. Aku biasalah, masuk olahraga. Nak tahu dalam acara apa? Tunggu bila aku menang pingat, nanti aku paparkan di sini.
Wajah penat aku setelah selesai latihan di Stadium Utama Negeri Perlis. Haha, pancit gak sejak stamina aku turun mendadak ni. Hari ini, aku minta training sendiri. Cari stamina balik la katakan. Haha…
Setakat ini sahaja kot, sebenarnya aku nak minta nasihat dan pendapat korang semua. Kerja yang sepatutnya aku lakukan masih belum selesai, jadi apa yang aku perlu lakukan?
P/S: Jangan lupa tinggalkan pendapat korang semua di Kotak Minda.