Salam buat pembaca setia di blog mohd isa. Kali ini saya ingin berkongsikan satu lagi gadget impian saya. Sebelum ini saya ada ceritakan tentang iPod yang boleh bercakap. Kali ini saya akan ceritakan gadget impian saya seterusnya. Iaitu Nokia N97, fuh sekali pandang saja terus tertarik untuk mengetahui kelebihannya.
Bagi yang gila atau ketagih internet dan berblog seperti saya, handphone ini amat sesuai untuk anda semua. Kalau poket penuh, duit banyak tidak tahu berbuat apa-apa serta malas untuk mengusung laptop anda ke sana dan ke mari. Apa kata anda cuba lihat handphone Nokia N97 ini.
Direka khusus untuk pengguna yang gila internet tidak kira masa atau lokasi, Nokia N97 merupakan handphone pertama dalam kelas N-Series yang dilengkapi Ovi Store, Nokia Music Store & Ovi Maps. Selain itu juga, Nokia N97 ini dilengkapi keypad QWERTY, skrin 3.5″, kamera lensa Carl Zeiss Tessar 5 megapixels serta dual LED flash & lampu video dan mempunyai internal memori 32GB serta boleh menampung memori kad 16GB.
Demo Nokia N97
Canggih bukan? Meleleh beb! Bilalah saya mampu memilikinya? Persoalan demi persoalan didalam sanubari ini, impian yang perlu dikejar. Apa kata anda semua mengenai Nokia N97 ini?
Towards individuals over who’re talking about executing an all-nighter assignment, you ought to be ashamed of yourselves! As opposed to browsing to the world wide online and reading for a result of advice, might need to be studying.