Bukan nak promote atau apa-apa mengenai kamera Olympus FE 3010 ni. Sahaja nak bagitahu, bahawa saya telah berjaya menjual kamera ini. Model baru dari Olympus.
Sekarang tinggal berapa hari sahaja lagi untuk saya bergelar sebagai promoter. Penat rasanya, hampir sepuluh jam berdiri setiap hari. Mahu tercabut kepala lutut ni. Tapi ada keseronokan di sebaliknya.
Pertama sekali dapat berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, sombong dan peramah. Ini dapat diterjemahkan dari tindakbalas pelanggan kepada kita bila kita mempromosikan barang kepada mereka.
Kedua mengenai keistimewaan kita sendiri, dapat mengukur kemampuan kita untuk berkomunikasi dengan orang yang kita tidak kenali yang lebih dikenali dengan Communication Skills.
Ketiga sudah tentu mengenai perasaan kita sendiri, mempelajari bagaimana hendak mengawal perasaan kita dalam keadaan penat dan ada masa boleh membuatkan kita marah.
Dan ada banyak lagi yang saya dapat, tapi saya biarkan untuk kita berkongsi bersama. Apa pendapat anda untuk mempromosikan sesuatu barang kepada orang yang kita tidak kenali?