Lawat Blog Kawan
Artikel ini saya jumpa dikala saya tengah sibuk memikirkan laporan untuk latihan industri saya. Sambil menyelam minum air lah katakan. Ini lebih kepada tip-tips sebagai seorang blogger tegar seperti saya. Hehe…untuk mengetahu lebih lanjut sila terus membaca…
Oleh: SYK
Bila menulis tentang blogger, saya tekankan mesti lawat blog orang lain. Kita kena belajar macam mana orang lain menulis dan macam mana mereka menguruskan blog mereka.
Apa sahaja tujuan kita berblog, kita mesti tengok juga usaha orang lain berblog. Kalau nak buka kedai runcit, kita mesti tengok bagaimana orang lain buka kedai runcit. Kalau nak buka restoran, mesti nak tengok macam mana susun atur restoran orang lain. Kalau nak jadi cikgu, mesti dengar cikgu lain mengajar dulu. Begitulah proses belajar dan buat oleh manusia untuk apa sahaja yang mereka ingin lakukan.
Ramai blogger yang syok sendiri menulis tentang diri sendiri dan sebarkan URL blog pada kawan-kawan tetapi tiada masa nak komen blog orang lain. Semua blogger adalah kawan. Kalau nak bermusuh, jangan tulis blog. Itu pendapat saya.
Maka bacalah blog orang lain dan tinggalkan sedikit komen untuk penulis blog lebih bersemangat menulis dan berkongsi ilmu. Bukan senang nak mencari idea membuat satu entri. Hanya jauhari yang mengenal manikam, hanya blogger yang tahu peritnya nak buat entri.
p/s: Jauhari adalah pakar permata; manikam adalah sejenis permata
Tambahan: Tak salahkan kalau kita berkongsi dengan pandangan orang lain, serta tiada salahnya jikalau meninggalkan komen di entri blog kawan yang lain. Ini dapat mengeratkan ikatan silaturrahim sesama blogger. Sama-sama dapat untung di kemudian hari. Saya juga sedang mempelajari selok-belok dunia pemblogkan ni. Banyak yang perlu dipelajari lagi. Tidak semua orang itu sempurna. Renung-renungkan, selamat berblog.
Sumber: http://syedkhalil.com/lawat-blog-kawan/