Kuasa Jurutera

Ini adalah kemenangan jurutera. Jurutera telah kalahkan doktor. Mengikut formula asas elektrikal Power = Current X Resistance.

Untuk mendapat lebih banyak kuasa, lebih arus dan rintangan dikenakan.

Berlawan secara profesional dan mengalahkan lawan dengan hakim yang adil dan saksama telah menjadi bualan masyarakat Malaysia. Mereka telah mengikuti krisis kerajaan negeri Perak sejak 4 bulan yang lepas. Biarlah mereka dengan politik panas untuk menentukan sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Saya begitu tak berpuas hati dengan media, kenapa apabila menyebut nama Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, perkataan doktor disebut nyata. Bila nak menyatakan nama Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, perkataan inseniur selalu terlepas pandang. Adakah gelaran Ir. begitu mudah didapati sehingga media tidak menghormati gelaran tersubut. Biasa mereka menyebut Dato’ Seri Nizar sahaja.

p/s: Masih adakah tawaran lelongan Toyota Camry nanti?

Petikan daripada syedkhalil.com

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Leave a Comment