SSM 2012 atau lebih dikenali sebagai Sistem Saraan Malaysia 2012 merupakan sistem gaji yang digunakan untuk kakitangan awam di Malaysia. Sejak saya kerja kerajaan, agak pening juga mempelajari pasal sistem gaji yang digunakan ini.
Sejak SBPA dibatalkan dan SSM akan ditambah baik, pasti sudah ramai kakitangan awam yang menanti Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam SSM 2012. Pekeliling SSM 2012 ini baru sahaja diedarkan, semoga persoalan yang bermain di fikiran kakitangan awam sebelum ini bakal terjawab.
Segala persoalan mengenai tangga gaji, kenaikan kadar bantuan sara hidup, pengiraan gaji lama ke gaji baru dan segala perkara yang berkaitan gaji bakal dijawab di dalam pekeliling ini.
Untuk mendapatkan Pekeliling Kenaikan Gaji Baru SSM 2012 sila muat turun semua pekeliling di bawah:
Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam SSM 2012
- PP 1/2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
- PP 2/2012: Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
- PP 3/2012: Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup
Jika terdapat sebarang masalah, sila ke http://www.jpa.gov.my/ssm/
Sumber: Blog Ammar
SSM 2012
Dah ada rupanya.. tak sempat lagi baca pekeliling ni..
samalah kita, tak sempat nak baca lagi. duk kira2 je. hehe