Apakah kreteria yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja di sesebuah kedai komputer? Adakah dengan hanya pandai bercakap sahaja ataupun pandai mengira wang? Atau pun rajin dalam membuat kerja?
Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini saya ada melihat-lihat barangan komputer yang dipasarkan di kedai komputer sekitar Kangar. Kedai yang paling top di Kangar adalah Compuland dan Libra. Antara dua buah kedai yang paling saya kerap lawati, maklumlah minat saya kepada komputer amatlah tinggi.
Pelbagai barangan komputer yang menjadi impian saya, “WISHLIST” lah katakan. Antara yang saya impikan adalah external hard disk 1T/2T, monitor LED dan macam-macam lagilah. Tapi kali ini saya ada menanyakan soalan ringkas kepada salah seorang pekerja di Compuland.
Maklumlah, saya seorang yang kurang selesa apabila saya sedang melihat barang-barang di sesebuah kedai dan diperhatikan oleh pekerja di kedai tersebut. Ke mana saya pergi di sudut kedai pasti ada pekerja tersebut, akhirnya saya bertanyakan satu soalan mudah.
“Ada mouse gaming tak?” Terus pekerja itu mencari rakan bertanyakan soalan saya tadi, akhirnya kawannya membalas “Semua mouse boleh main game.” Mahu tergelak pun ada, geram pun ada. Dalam suara yang agak perlahan saya katakan “Kalau semua boleh main game, tak tanyalah.”
Tak pasti pula pekerja itu dengar atau pun tidak, tapi yang pasti pekerja itu tidak mengikuti saya selepas itu. Lawak bukan, antara mouse gaming dan mouse boleh main game. Apakah yang anda fikirkan? Memang semua mouse boleh bermain game, itu saya tidak nafikan.
Tapi dari segi kemampuan, adakah mouse biasa atau mouse dipejabat mampu melakukan apa yang mouse gaming boleh lakukan? Lihat sahaja rupa sudah terdapat perbezaan, mouse biasa selalunya dilengkapi dengan dua butang dan satu butang gelungsor (scroll button). Manakala mouse gaming mempunyai lebih daripada tiga butang tersebut yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu.
Butang-butang pada mouse gaming pada kebiasaannya akan menjadi pengganti kepada butang-butang yang ada pada keyboard. Selalunya setiap permainan video akan menyediakan butang shortcut, di sinilah butang-butang yang ada pada mouse gaming digunakan.
Kepada pekerja Compuland, jikalau anda membaca entri ini. Sila fahami apa itu mouse gaming dan mouse biasa, yang paling penting sila ketahui perkembangan dunia pengkomputeran dahulu sebelum menjadi pekerja di kedai komputer. π
huhu sebab tu saya takmo kerja kat kedai handphone or computer,,tak tau sgt pasal tuh semua..nanti customer tanya, dah tercengang.
haha, tapi kalau dah minat boleh study kan. mudah jerk, yg penting tahu basics, dah memadai. π
dr segi pengalaman aku, better hang sebut jenama atau brand….tapi betul jugak jawapan bdk tuuu…semua mouse mmg boleh main game…
haha, kalau aku sebut jenama. lagilah dia tercengang agaknya, kalau aku sebut mouse gaming boleh gak dia perkenalkan mouse gaming yg lain pada aku. memang pun, semua mouse boleh main game. aku tak cakap salah pun, hehe….:P
hahaha, aku masa PC fair selalu la buat macam nie, terutamanya pekerja yang dok promote broadband, sebab mostly dorang nie diambil bekerja just untuk PC fair tue je…soalan killer adalah IP static ke dynamic..hoho
haha, yg tu mmg kebiasaannya. promoter main ambil je, jji boleh bercakap. tp bab teknikal hancus, pergh…gila punya soalan tu…klu bg aku pun terkial2…:P
Dia orang nak kerja je,dari pada tak kerja.
Mungkin di orang kurang minat bab komputer tu jadi lagu tu
haha, semua orang nak kerja. tp bila dah jadi camni, produktiviti kuranglah, customer servis teruk. boleh lingkup perniagaan camni. nasib bukan aku yg bos, klu aku bos dah lama kena basuh ni.
haha. lawak2. aku pun cukup rimas kalau ada pekerja mana2 kedai yang ikut walau ke mana aku pergi (sudut kedai tu). alah. kita bukannya nak curi. kadang2 kita suka mencari dulu then kalau tak jumpa baru nak tanya. pasal taktahu pasal basic2 komputer aku geram gak. at least perlulah tahu sikit2 pasal komputer kalau dah bekerja di kedai komputer begitu juga sebaliknya.
p/s: panjangnya komen ni. haha.
itulah pasal, nak kata tak da cctv. rasanya merata tempat ada, bab pengetahuan. memang zero, baru tanya pasal mouse. belum kena soalan dalam2 lagi. menyusahkan betul.
haha, kadang-kadang kalau repair pc,
problem takdalah banyak sangat, tapi harga repair saja macam boleh beli baru π
haha, itu kena tgk juga. sebelum repair tu memang kena wat servey dlu la, klu boleh cari kedai yg btl2 murah dan servis terbaik. π
Adeh.. kepada pemilik2 kedai PC.. interview betul2 bila nak amik pekerja tu.. kalau diorang xde pengetahuan mendalam sekalipun.. ajarla diorang dengan ilmu2 yang secukupnya.. cmna bisnes mau maju.. hoho
tahu takpa, byk kot kedai komputer ambil pekerja yg takda pengetahuan lansung dalam dunia IT ni. mau kasi lingkup bisnes la tu. hehe
ooo..saya pun baru tahu ada gak mouse untuk game ek..ilmu baru ni..agaknya lau orang tanya mesti tkial2 gak nak jawap silap hb jawap cam promoter gak hehe..
kalau dah jadi gamers ni, macam2 benda boleh kita tahu. bukan setakat mouse sahaja, pelbagai konsol disediakan untuk bermain game. π
promoter kat lowyat tu hanya sebut.
”beli la senang”.apa punya
cina ni.katakan pandai berniaga.
orang kita tak tahu apa.
pun ”beli la”.
haha, cina. biasalah, kalau boleh dia nak suh beli gak barang dorang.
jap2..aku nk gelak..hahahahaha..
mesti bdk lepasan spm lg tu..fresh lg tu kot..haha
haha, bikin panas jerk. kalau nak keje pun, biarlah ada knowledge. nak kena basuh gak nnt ni. π
bwahahha~ mouse gaming. yang tak tahan tu dengan selamba dia ckp semua mouse bole main games. heheh..yg tu yg kelakar tu, ko peminat games eh?
tahu takpa, dia ingat nak main solitaire ke. setakat game facebook takpa la kalau dia nak jawab camtu. takdalah minat sangat, just lepaskan tension jerk. selalu main ng kawan2 la. π
Guna je mouse < RM50 .
Sebenarnya membazir je duit beli mouse keyboard gaming tu, sebab fungsi dia at the end sama. hua3.
haha, ko sama je ng pekerja tu. apo ler, kalau fungsi dia sama. memang tak payah buat mouse gaming la. ades.
walaupon aku bukan kaki maen game…
tapi aku pon taw gak…
ade mouse yang special kan…
mousenye memang mahal… selesa bila nak main game!
yurp, betul tu bro. mouse istimewa untuk main game, terutama actions game. memang da best la, tp tahu2 la rege dia. mahal kot.
#Ehsamalah. Rimas bila ada pekerja asyik ikut, pastu plak jenis banyak tanya. Rasa nak sumbat jek barang depan mata dalam mulut dia.haha. Tapi itulah, sudah kerja dia kan, nak marah lebih2 pun tak boleh. Layankan aje~
haha, tahu takpa. tension pun ada, window shopping pun susah. sindir sudah, nak marah tak boleh. dah memang keje dia. π
pernah tengok mouse gaming.. banyak benor butangnya.hehe..
tapi ini kira ok lagi..kalau pergi ke telco center, cth maxis, celcom, dsbg.. ada yg dekat situ hanya jadi promoter untuk produk, tapi bila tanya lebih2 pasal produk, tak tahu..
mereka lebih berminat nak menjual produk, dari nak fahamkan customer pasal produk tu.
bab promoter pun satu, aku paling tak suka. bila kita tya lebih2. terdiam terus. hoho, aku selalu kenakan promoter broadband. aku suh dorg tgk kawasan aku, mmg takda connections. terus aku blah. hehe
wakakakaka..seriously ke dia ckp camtue..hahaha….dia tatau kot..give him some face…lol…..kadang2 org bangla kt DigitalMall PJ14 pun aku rase lebey tau…huhuhu…
@confuse jap, ni blog nine eh?
haha, ni blog mohd isa la. ades, tau takpe. kasi muka la tu, sbb tu aku blh. π
Haha..aku sekarang guna mouse Gigabyte USB, dulu guna wireless, tibe2 bateri abis…tapi yang bestnya Gigabyte ni, DPI tinggi..smooth la..
gigabyte aku lebih refer ng motherboard dia, memang terbaiklah. dlu aku suka asus, tp cam dah condem. cepat rosak, member aku ada gak pakai mouse gigabyte, nak kena pinjam la nnt. leh aku tri. hehe
Razor satuuew….. dia punya sensitif memang lain, memang lain lah dari mouse biasa…..kena tahu jugakla.. walaupun bukan games tegar.. hehe..
yurp, idaman aku tu. hehe, nak kena rembat satu nnt. π
compuland awek selalu ikut bro hehe.kdg2 naik lemas gak kan…
tapi bagi aku compuland ok..yg Tech pakai spec tu baik…Libra tech ye yg siam kut tinggi2 tu baik gak…
Netboy ok gak, banyak brg rare, cuma mahal sikit..
netboy memang baik, libra plak harga bagus, tp barang kurang. kalau nak cari recon pun aku g libra, compuland brg byk tp awek pun ramai kaco…haha
hahaha perlis memang slow sket perkembangan IT nya… aku tanya bluetooth pun ada kedai yang terkial-kial cari.. punya la susah nak cari.. dah ar ada satu kedai tu jual mahal tak hengat..adehh kesian aku dengan perkembangan IT di Perlis ni.. aku rasa diorang ni kenal mouse dekat cc tu je..gaming mouse macam Razer tu mesti diorang tak tahu adehhh
nanti balik perlis aku nak gi terjah kedai tu nak dengar apa diorang jawab.. pastu aku nak ajar diorang sket ilmu komputer ni..
haha, terjah bro. jgn tak terjah, last2 kena g cari kat alor setar gak. π
susah juga nak jadi pekerja kedai komputer ni.
biasalah hanis, nak keje mesti ada knowledge. barulah org respect. betul tak?
betul tu.
kadang-kadang pernah gak terpikir nak gak cari keje kat low yat or kat mana-mana kedai berkaitan komputer. tapi selalu rasa tak cukup lagi ilmu ni.
tapi yang penting kena minat la.
yurp, betul tu. keje dgn minat mmg best. low yat susah kot nak ambik melayu, len la sri mutiara. π
pernah kener gak sebelum nie..
kadang2 jawab memang tak kener ngan soklan..ish3.
hoho, memang terbaiklah. nak kena wat aduan pengguna ni. π
hahahaha,terbaik la.mouse razer naga aku kuar tu kat sini.aku skang pakai mouse razer naga cam kat atas tu..ade keypad kt tepi die.sedap giler weyh pakai mouse niβ¦tapi mahal gak la.rm260.tapi kalau nak main game atau wat design cam kat photoshop ke.memang die punye accurate tu superb la.
sori tau terdouble komen…commentluv tak jadi td.huhuhu
haha, takda hal la bro. π
hahahaha,terbaik la.mouse razer naga aku kuar tu kat sini.aku skang pakai mouse razer naga cam kat atas tu..ade keypad kt tepi die.sedap giler weyh pakai mouse ni…tapi mahal gak la.rm260.tapi kalau nak main game atau wat design cam kat photoshop ke.memang die punye accurate tu superb la.
pergh, ko pakai ke. memang superb, aku nak kena pakai gak la nnt. hehe, baru pantas nak wat keje. hehe
sabar je lah..
mungkin dia baru masuk keja dua hari kot..
haha, tak kiralah baru masuk keje. tp kenalah pandai skit bab komputer part ni. π
hmm bangla lagi pandai pasal aksesori komputer…huhu..
Artikel Panas ‘Melayu Pendatang?’: Orang Melayu Mesti Baca!!!!
tahu takpa, kat lowyat pun ramai pekerja bangla kot. hehe
kalau mouse gaming..tapi tak pro jugak main game tak tau lah..kalau mouse cikai tapi tetap pro main game..barulah gamer sejati..
tu kot maksud pekerja tu.. :p
haha..tu takde kena mengena, gamer tak pro pun, tapi feel main game ngan mouse hebat, boleh motivate diri untuk menang game tu..keh2
hehe, betui tu. baru leh jadi super pro plak. π
haha, memang lawaklah. siut je ko ni, cam perli aku plak. aku noob jerk. baru nak belajar jadi pro. hehe
Huhu…. saya pun pernah gak ada pengalaman mcm nie dulu2… at least diaorg patut tahu asas am komputer sebab senang nak bagi cadangan nanti
Kah kah, kalau aku dah bla dari kedai tu..main amik pekerja, pastu tak tau satu hal..
haha, memang aku blh kot td. tp time aku nak blah pun still tya aku nak cari apa. hoho, aku wat derk jerk.
tahu takpa, rasa nak panggil manager pun ada time tu. hehe