Berjimat Untuk Makan Dan Gunting Rambut

Agak lama juga saya tidak memotong rambut, rasanya kali terakhir saya gunting rambut sekitar bulan puasa tahun lepas. Maklumlah, sebelum menyambut menyambut Hari Raya Aidil Fitri kenalah segak dan kemas.

Selepas itu, rambut saya kian memanjang dan terus memanjang. Rimas saya dibuatnya, maklumlah saya memang tidak menggunakan sikat untuk mengemaskan rambut. Bagi saya menggunakan sikat akan menggugurkan rambut, jadi itulah antara sebab saya tidak menggunakan sikat.

Bangun sahaja dari tidur pasti rambut yang panjang ini akan berserabut, kusut masai kata orang. Akhirnya saya membuat keputusan untuk pergi ke kedai gunting rambut di pekan Kuala Perlis untuk memotong rambut saya. Rasanya ini kali kedua saya ke kedai tersebut.

Kali pertama saya pergi dahulu, tidak silap saya dikenakan RM6. Rasanya itu adalah harga biasa di mana-mana kedai gunting rambut, kalau pergi kedai gunting rambut macha di Kangar. Mesti lebih mahal, saya pernah pergi sekali. Kena RM8 tidak silap saya.

Hari ini saya dikenakan RM4 sahaja, murah bukan. Yang lebih menarik lagi, bukan sekadar gunting rambut sahaja. Siap dengan urutan di kepala lagi, sudah menjadi kebiasaan kedai gunting rambut di pekan Kuala Perlis. Pelanggan akan diurut di kepala, itu kedai gunting rambut Melayu.

Lagi RM2 saya gunakan untuk membeli lauk untuk makan tengah hari, kini saya sedang berjimat cermat. Nasi saya masak sendiri hasil perkongsian dengan rakan saya untuk membeli beras. Tidak perlu lagi membeli nasi di luar, hanya perlu beli lauk sahaja.

Jimat tak? Dengan RM6 saya dapat membeli lauk untuk makan dan gunting rambut saya yang sudah lama tidak dipotong. Kalau anda semua teringin hendak merasa memotong rambut di sini. Saya syorkan menggunting rambut di kedai gunting rambut di pekan Kuala Perlis berhampiran dengan kedai serbaneka 7E. πŸ™‚

P/S: Gambar di atas hanyalah sekadar perhiasan, bukan kedai gunting rambut yang saya nyatakan ya.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

28 thoughts on “Berjimat Untuk Makan Dan Gunting Rambut”

  1. Kuala Perlis..banyak gerai makan yang murah dan sedap..
    waktu siang la…boleh pi ke gerai2..

    kalu petang ada port nasik ekonomani..dlm rm2.50 sebungkus kenyang smp malam..sedap pun sedap

    gunting rambut-pi kedai suruh guna mesin mata no 2-tahan 3 bulan x gunting

    Reply
    • haha, gerai makan memang byk. ada mahal ada murah, nasi ekonomi pun ada. memang terbaiklah. kalau nak jimat lagi, wat cam aku. masak nasi sendiri, cuma beli lauk je.

      haha, itu dah kategori botak. tak mau aku. πŸ˜›

      Reply
    • haha rokok Bingo RM2..hehe..aku suka beli rokok situ dulu kat kedai buah tu..masa 2006..

      Owh kedai melayu gunting rambut mmg ok..kalau kat Kangar diorang suka Muhibbah kut..lebih kurang mcm film Babershop..harga aku tak pasti..

      Reply
    • hoho, ada jerk. bukan derek 7e tu, kat depan simpang tu. jln nak g jeti. syuh, nnt dak2 semua g beli rokok kat kedai buah tu. πŸ˜›

      Reply
  2. Pingback: Tweets that mention Berjimat Untuk Makan Dan Gunting Rambut β€” Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  3. Salam Isa,

    eh yeker tu RM4 murahnyeee…nak gi bawa aiman ngan haziq gunting rambut kt situ…hahhaa jauh pulak :))

    patut kena buh gmbr sebelum dan selepas gunting rambut…hahahaa

    Reply
  4. Murahnya gunting rambut RM4, aku pun nak kena gunting rambut gak ni, dah rimas dah, pastu sama aa kita, kemaskan rambut tak menggunakan sikat… huhuhu…

    Reply
  5. rm4 je? kira murah dah tu sbb sekali dgn pakej urut kepala.. kat tempat aku ni, gunting sket je pun kena rm5 plus takdenya nak urut2 kepala.. huhu.. apa2 pun, berjimat-cermat amalan mulia πŸ˜€

    Reply

Leave a Comment