Percaya Dalam Perhubungan

Dalam kehidupan ini, setiap manusia pasti akan menjalinkan hubungan di antara satu sama lain. Tidak kira keluarga, sahabat, kekasih, alam sekitar, tuhan dan lain-lain. Setiap perhubungan pula memerlukan beberapa sifat yang perlu dijadikan panduan untuk memelihara sesebuah perhubungan.

Percaya dalam perhubungan, adalah satu sifat atau perkara yang perlu diterapkan. Terutama percaya akan wujudnya tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. Tetapi kali ini saya tidaklah ingin menulis artikel berkenaan keagamaan, maklumlah pengetahuan saya di dalam agama Islam tidaklah setinggi mana.

Kali ini saya ingin menekan bahawa sifat percaya di dalam sesebuah perhubungan antara sahabat dan kekasih adalah amat penting kerana ia mampu mengekalkan perhubungan tersebut. Tetapi tidaklah sehingga seratus peratus pula, setiap hubungan yang dibina pasti akan ada perasaan was-was bukan. Bagi saya, itu adalah baik untuk perhubungan.

Kadang-kadang kita lupa bahawa kekasih atau sahabat kita juga merupakan seorang manusia yang tidak mungkin lari melakukan kesilapan di dalam perhubungan, tetapi janganlah sesekali keyakinan atau kepercayaan anda kepada mereka terhakis begitu sahaja. Berilah mereka peluang untuk memperbaikinya.

Mungkin mereka ada sebab melakukan kesilapan tersebut, anggaplah ia sebagai dugaan di dalam perhubungan. Setiap perkara pasti ada masalahnya, begitu juga di dalam perhubungan. Begitu juga dengan saya, dengan ikhlas saya katakan saya terpaksa berbohong dengan mereka demi menjaga ikatan tersebut.

Bagaimana pula dengan anda semua? Adakah anda bersependapat dengan saya atau sebaliknya? Kongsikan dengan saya dan pembaca lain dengan meninggalkan komen di bawah, insyaAllah ia dapat membantu saya dan yang lain dalam mengekalkan kepercayaan di dalam perhubungan. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

8 thoughts on “Percaya Dalam Perhubungan”

  1. percaya pada agama,raja dan negara memang wajib… percaya pada diri sendiri sangat perlu, percaya pada orang lain rasanya kena ikut keadaan… kerana rambut sama hitam hati lain2… apapun jgn terus tidak mempercayai… mungkin ada banyak sebab… pandai2lah gunakan minda,hati dan sanubari… semoga semua itu dipermudahkan oleh-Nya. Insya Allah.

    Reply
    • betul tu bro, percaya dalam perhubungan memang perlu dan mengikut keadaan. apa yg perlu, berdoa kepadaNya agar semua berjalan dengan lancar. insyaAllah semuanya selamat…

      Reply
  2. Aku pun kadang2 berbohong demi menjaga hati isteri.Contohnya bila rakan pejabat perempuan mintak tolong sesuatu yg perlukan masa 2/3 jam untuk diselesaikan,time tu mmg dah janji nak kuar beli brg,so kat situ terpaksa berbohong demi utk jaga hati isteri.
    Yang penting kita tahu kita dimana.

    Reply
  3. memang betullah. Percaya dan setia paling penting dalam mengikat sesuatu perhubungan. Percaya – kita tidak didik hati kita syak yang bukan-bukan pada orang. Setia – hidup senang dan susah sama-sama.
    Masalahnya jarang kita boleh jumpa sahabat macam ni.

    Reply
  4. sebenarnya amatlah susah untuk memupuk kepercayaan bila kita dikhianati oleh orang kita sayang dan percaya…ia seakan-akan mimpi paling mengerikan dalam hidup kita

    Reply
  5. Kita memang tidak lepas dari menghadapi masalah dalam kehidupan. it’s part of our life as a human to get improve. Tidak kiralah dalam hubungan dengan sesiapapun. It’s how we react on that problem and solve it. Berkenaan dengan Kepercayaan dalam hubungan. In my opinion, Think Positive, Jujur dan bawa berbincang jika mengalami masalah. Speak it out dan jgn pendam2. sebab nanti bila dah penuh meletup susah. hehehe…

    Bagaimanapun, sebagai seorang hamba Allah swt. Kita Minta dan Mohon lah pada-NYA supaya diberi jalan penyelesaian atau dipermudahkan dalam hubungan dengan Seseorang. Allah swt maha mengetahui segala sesuatu.

    Reply

Leave a Comment