Antara Sahabat dan Kekasih

Jikalau diberi pilihan kepada anda di antara sahabat dan kekasih, mana satukah yang anda pilih? Tidak kira senang, susah dan dalam apa jua keadaan. Ada yang berpendapat sahabat lebih penting, ada juga sebaliknya. Maklumlah, setiap perkara yang dipilih pasti ada sebabnya.

Bagi saya, sahabat juga penting di dalam apa jua keadaan. Tidak kira susah atau senang, tetapi mencari sahabat di waktu susah. Memang agak sukar untuk dijumpai sekarang, waktu senang memang senanglah. Tak payah cari pun dah ada yang beratur nak jadi sahabat kita. Jika anda tidak setuju, sila nyatakan mengapa di ruangan komen ya.

Teringat di waktu sekolah dahulu, ada seorang kawan sekampung saya yang tinggal di asrama bersama menegur saya mengenai sahabat. Saya ini jenis yang tidak berkira dengan rakan-rakan, tambahan pula bab makan, jika ada duit saya selalu belanja rakan-rakan makan di kantin sekolah.

“Hang ni baik sangatlah dengan depa semua, belanja makan selalu. Bila hang susah ada depa ingat kat hang ka?” Itulah teguran yang dibuat oleh rakan saya dan saya hanya mampu tersenyum dan berkata, “Takpalah, dah rezeki depa. Apa salahnya.”

Tapi bila difikirkan balik, memang ada benarnya teguran sabahat saya itu. Bila susah, memang sukar mencari rakan untuk membantu. Nak cari sahabat yang benar-benar memahami lagilah susah, tambahan pula bila kita mempunyai masalah dan memerlukan pertolongan.

Waktu inilah seorang kekasih amat diperlukan bagi saya, seorang yang memahami kita. Tidak kira senang atau susah, walaupun orang selalu cakap, “Bila ada awek, lupa kawan-kawan.” Ternyata mereka bukan seorang sahabat yang benar-benar memahami kita.

Sebenarnya bagi saya, antara sahabat dan kekasih dua-dua sama penting dalam kehidupan kita. Cuma masa yang membezakan kepentingan mereka, ada masa kita bersama sahabat dan ada juga masa kita bersama kekasih. Tetapi bagaimana pula dengan sahabat sejati atau kekasih sejati?

Nota: Psst!!! Ada persoalan yang saya tinggalkan di sini, harap anda semua sudi berkongsi bersama saya di sini ya. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

19 thoughts on “Antara Sahabat dan Kekasih”

  1. tp bg sy lelaki n prempuan tidak boleh bersahabat terlalu rapat…. kelak hubungan itu akan disulami cinta… dan akhirnya si kekasih yg kecewa.. klu btol2 menyayangi x perlu lagi prempuan len wpun sbg sahabat….

    Reply
  2. bagi aku, aku prefer untuk berkawan..mencari sahabat sejati mmg susah..tp once dh dpt kita akan tau erti persahabatan sebenar..tp satu je yang aku perasan, bia dh ada kapel mmg xingat kawan dah..

    Reply
  3. Pingback: Percaya Kepada Sahabat dan Kekasih — Blog Mohd Isa
  4. Memang lumrah kot kawan menangis susah dicari…aku kalau ada masalah mesti bincang dengan isteri atau mak,sebab mereka bersedia nak tolong pada bila2 sahaja 🙂

    Reply
  5. sahabat sejati dan kekasih sejati keduanya sama penting
    kadang2 tak puas utk mengadu kpd kekasih tetapi lebih puas mengadu kpd sahabat sejati
    tetapi kekasih sejati selalu menjadi pengubat

    Reply
  6. ada kawan makan kawan, ada kekasih tinggal cari yang lain.

    tapi tanpa kawan atau kekasih, hidup akan terasa kesepian yang amat

    Reply
  7. sama oenting bro…..
    setengah masalah kita tak dapat kongsi dengan sahabat..tapi boleh kongsi dengan kekasih…..n sebaliknya……..
    sahabat tu kita tau la kan..kalau dah nama dia sahabat, memang lah boleh kongsi ngan kita…tapi kekasih tengok plak….bukan tengok apa bro…kekasih ni ada macam jenis…ada yang jujur,ikhlas n pura2..sedangkan sahabat….kalau dah nama nya sahabat,tak da pura2nya lagi dah….
    kesimpulannya…kita nilai sendiri 🙂

    pendapat aku jer…hehe

    Reply
  8. sahabat penting, kekasih juga penting. tapi perlu seimbangkan. jangan berat di mana-mana belah, kelak akan ada yang terasa.

    bila ada duit, keluar jalan2 dengan awek, bila kering baru lepak dengan member-member. sahabat macam ini aku tak suka

    Reply
  9. sahabat dan kekasih ,kedua-duanya amat penting,dan ada masanya salah satu daripadanya teramat penting dari yang terpenting

    Reply
  10. Setuju dengan saudara.. tengok timing.. adakalanya sahabat penting dan ada kalanya kekasih penting.. tapi bila dah kawin saya lebih penting keluarga dahulu baru sahabat.. sampaikan kekadang ada yang cakap kenapa tak join kita orang bini tak bagi ye..

    apa yang saya balas hanya senyuman sahaja..

    Tapi tak guna ada sahabat yang selalu tikam dari belakang.. Setuju atau tidak?

    Reply

Leave a Comment