Rahsia di Sebalik Bantuan Tunai RM500 #BR1M

Masih dibuka lagikah permohonan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia atau bantuan tunai RM500? Saya sendiri kurang pasti, maklumlah nak pohon confirm tak lepas. Berumahtangga pun belum lagi.

Setiap pagi pada hari kerja, kebiasaannya saya akan luangkan masa bersama-sama rakan setugas di pejabat untuk sarapan bersama sebelum melaksanakan tugas masing-masing. Pelbagai topik yang dibincangkan ketika bersama-sama rakan sekerja.

Pada pagi ini, saya begitu tertarik dengan topik berkenaan dengan bantuan tunai RM500 (BR1M) yang diberikan oleh kerajaan. Rasanya permohonan masih dibuka sehingga sekarang.


Apa yang saya tahu, pemohon mestilah berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan bantuan tersebut. Syarat yang saya tahu juga, pendapatan isi rumah iaitu jumlah pendapatan suami dan isteri mestilah kurang daripada RM3000.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan memang amat dialu-alukan, tetapi pernahkah kita terfikir mengapa kerajaan memberikan bantuan tersebut. Lebih-lebih lagi bantuan yang disalurkan perlu berurusan dengan LHDN.

Sembang pagi ini juga telah memberikan sedikit pendapat bahawa dengan cara ini, pihak LHDN boleh menyemak dan mengesan kepada sesiapa sahaja yang patut dikenakan cukai pendapatan. Senang cerita, bantuan tunai RM500 ini adalah untuk mengesan kepada sesiapa yang lari daripada membayar cukai.

Betulkah? Apa pendapat anda pula dengan bantuan tunai RM500 ini?

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

16 thoughts on “Rahsia di Sebalik Bantuan Tunai RM500 #BR1M”

  1. Pingback: Kelayakan Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia — Blog Mohd Isa
    • haha, tapi bape orang sangat yang gaji banyak skg ni…rsnya banyak gak rm3k ke atas…tp still tak cukup…maklumlah…barang pun mahal…

      Reply
  2. Masuk akal jugak selain nak pastikan maklumat yang betul, dapat jugak kemaskini database LHDN.
    Secara peribadi aku memang mengalu-alukan bantuan sedemikian, tolong keluarga yang kurang mampu utk sekolah anak2, dan sebagainya… pastu dari segi ekonomi memang la kerajaan banyak keluar duit, tapi dui tu tak ke mana jugak, pusing kiri pusing kanan, ekonomi kita dapat di boostkan lagi. IMO

    Reply
  3. Saya berpendapatan rendah. Kurang dari RM2000.00 Jadi saya akan cuba dapatkan bantuan kewangan RM500.00 tanpa was-was kerana dengan gaji yang diterima saya, tak mungkin LHDN dapat buat apa-apa.

    Untuk mereka yang telah melarikan dari dari cukai, di nasihati supaya jangan mengambil RM500.00 ini. Nanti padah jika kena bayar cukai yang lebih dari RM500.00 ini!

    Salam!

    Reply
  4. mungkin jugak tapi kadang2 runsing gak bila kerajaan bagi bantuan camni..mungkin salah satu sebab sempena pilihanraya dan satu lagi mungkin lepas2 terima duit ni harga2 barang akan naik..kalau pk secara logik banyak juga peruntukan yg kerajaan bg untuk anak2 sekolah lagi, bonus untuk kakitangan kerajaan lagi, untuk yg pendapatan 3,000 ke bawah lagi..jd terfikir apakah strategi yg akan kerajaan gunakan untuk back up balik untuk dapatkan balik duit2 tersebut untuk stabilkan kewangan negara…(ni cuma pendapat saya yg tak ada niat apa2,,cuma luahkan apa yg bermain2 di fikiran)

    Reply
  5. Ye betul tu…kerajaan pun ada agenda tersendiri…mungkin dengan cara ni saje utk kerajaan mengesan sesiapa yg tak bayar cukai ataupun yg tak bayar duit ptptn dan sebagainya…sekadar pendapat tak pasti betul ke tak…kalau salah, mintak maaf. 🙂

    Reply
  6. memang ada logiknya LHDN gunakan platform ini untuk mencari mereka yang liat membayar cukai. rakyat malaysia juga ramai yang berdaftar dengan LHDN, so ini cara mereka untuk mendapatkan maklumat rakyat malaysia.
    sebelum diberikan bantuan RM500, LHDN akan merujuk ke jabatan kebajikan masyarakat, ramai yang tak tahu pasal ni. kalau lulus baru diberikan bantuan.

    Reply

Leave a Comment