Topup Percuma Hanya Dengan Menjawab Kajian Reaksi Belia Terhadap Perlaksanaan Parlimen Belia Malaysia

Parlimen Belia Malaysia. Ini merupakan kajian kali ke berapa yang saya terima, saya sendiri tidak ingat. Setiap kali kajian ini diberikan, pasti saya akan menjawabnya. Bukan kerana topup percuma sahaja diberikan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai seorang belia. Kali ini, kajian mengenai reaksi belia terhadapa perlaksanaan Parlimen Belia Malaysia.

Berikut adalah jemputan yang saya terima:

PARLIMEN BELIA MALAYSIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

– KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA –

REAKSI BELIA TERHADAP PERLAKSANAAN PARLIMEN BELIA MALAYSIA

Saudara/Saudari,

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan reaksi dan pandangan generasi belia berhubungan Perlaksanaan Parlimen Belia Malaysia yang akan menjadi platform kepada belia untuk berbincang dan memberi pandangan agar penghakupayaan belia (youth empowerment) dicapai. Saudara/saudari boleh melayari laman web http://vyrec.com/parlimen-belia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung Parlimen Belia Malaysia.

Sebagai tanda penghargaan, 5,000 orang pertama yang menjawab survei ini akan mendapat hadiah berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) telefon bimbit bernilai RM 5.00. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada yang berjaya. Pembayaran top-up akan dibuat selepas kajian menerima penyertaan 5,000 responden. Selepas menerima kod top-up, tuan/puan diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor top-up.

Untuk menyertai survei ini sila klik ke url >> Kajian Reaksi Belia Parlimen Belia Malaysia

Sekiranya tidak dapat klik pada pautan di atas sila copy dan paste alamat di bawah pada browser anda:

http://onlinesurvey.ippbm.gov.my/index.php?sid=86537&lang=ms

Sekian, terima kasih.

Pengalaman saya selama menjawab kajian yang diberikan memang benar-benar bagus, bukan sahaja mendengar pandangan kita. Malah diberikan topup percuma, rebut peluang sekarang juga dengan menjawab kajian Reaksi Belia Terhadap Perlaksanaan Parlimen Belia Malaysia.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

5 thoughts on “Topup Percuma Hanya Dengan Menjawab Kajian Reaksi Belia Terhadap Perlaksanaan Parlimen Belia Malaysia”

  1. pada pandangan saya pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia adalah satu cadangan yang bernas ini kerana rakyat Malaysia terutama generasi belia boleh melopori dalam memahami dan mengkaji perundangan serta pentadbiran dalam negara dengan lebih awal dan mendalam.selain daripada itu generasi belia merupakan pemangkin generasi akan datang adalah wajar golongan belia melangkaui masa untuk membawa Malaysia ke arah negara Maju.

    Reply
  2. Pingback: Topup RM10 Untuk Kajian Kefahaman dan Persepsi Belia Terhadap Rasuah di Malaysia — Blog Mohd Isa

Leave a Comment