Rasanya belum terlambat aku hendak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Maklumlah puasa hari Sabtu kan? Jangan korang pegi puasa hari ini sudah. Hukumnya haram kalau korang puasa hari ini.
Puasa dalam hidup aku ini, kalau difikirkan banyak perkara yang kelakar aku rasa. Aku mula berpuasa sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Itu pun aku berpuasa olok-olok, sebab mak aku selalu pesan waktu itu. Kalau tak larat sangat makanlah, tak pun puasa separuh hari. Aku kan kecik lagi waktu tu. Hehe, tak silap aku. Sekarang pun ada lagi istilah puasa separuh hari untuk budak-budak yang baru nak belajar berpuasa.
Aku ingat lagi, waktu kecil dulu time puasa. Aku curi-curi pegi kedai mamak beli coklet cloud9, pastu pegi belakang kedai terus suap dalam mulut. Tapi yang paling tak boleh belah, aku dengan sepupu aku panjat pokok manggis makan buah manggis kat atas pokok. Pastu kulit buang kat bawah, sekali pak lang aku datang. Tgk ada kulit buah manggis, kantoi terus. Haha…Banyak jugalah pengalaman berpuasa ni, tambah pula time nak bangun sahur. Liat gila nak bangun. Nak kena panggil banyak kali oleh mak aku baru aku bangun.
Tapi itu hanyalah kenangan manis dalam hidup aku. Sekarang ini, bila sahaja nak masuk bulan puasa. Bagi aku seperti hari-hari biasa. Mungkin aku sudah dewasa dan kurang terasa nikmatnya. Haha…apa-apa pun sekarang aku tak ponteng puasa dah, bangun sahur pun laju sahaja. Kadang2 aku yang kejutkan mak aku. Hehe….Korang semua jangan tak puasa plak ya.
Merdeka pun dah hampir tiba, sama dengan umur bapak aku. 52 tahun, tapi aku tak rasa minda orang Malaysia ni merdeka 52 tahun. Sorry to say, banyak orang kat Malaysia ni suka dengar cakap orang dan ikut telunjuk orang dari berfikir dahulu baik dan buruknya. Apa-apa pun aku tetap anak Malaysia dan aku sayangkan tanah air ku.
Nak ikutkan cerita, aku pernah pergi satu kursus BTN. Aku tak berpuas hati dengan apa yang cuba disampaikan. Ingat lagi satu penceramah tu, anak pandai. Tapi suh anak pergi cari kerja kat oversea. Aku tak faham maksud dia dan aku tak faham kenapa aku boleh ada depan penceramah tu. Dalam fikiran aku, penceramah tu sedang hancurkan negara dan bina rumah di luar negara. Apa nak jadi tah. Haha…
Merdeka ni ada peristiwa yang berlaku dalam hidup aku, waktu tu tahun 1999. Bersatu Ke Alaf Baru, slogan untuk Merdeka pada waktu itu. Mesti korang tak percayakan, aku pernah menyertai dalam membuat formasi bendera Malaysia di Dataran Merdeka pada waktu itu. Lumayan beb elaun dia. Haha…waktu tu aku form 2 Sek. Men. Keb. Desa Tuun Hussein Onn, Kuala Lumpur. Siap menari-nari aku atas padang. Best kalau korang dapat join. Baju free, makan free, dapat pegi berjalan sekolah orang, dapat ramai kawan dari sekolah2 lain.
Tapi itu cuma kenangan, bagi aku merdeka sekarang macam dah tak bawa makna apa2. Yang bestnya pada remaja zaman sekaran. Malam merdeka, merempit sana sini. Aku, macam biasa duduk di rumah sahaja. Tengok bunga api dalam rumah. Haha…apa2 pun. Selamat menyambut bulan yang mulia, bulan kita umat Islam. Bulan Ramadhan Al-Mubaraq dan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52.
P/S: Bingkisan kata hati aku yang kosong. Jangan lupa dapatkan info tentang gadget terbaru di Kotak Minda.
@hanc
tak tahu la, ingat nak p cari oblong jap lagi…haha
Selamt pose n mat merdeka gak bRo~~~
Buke pose pe rie nie??
@mantra
thanks, pose jgn tak pose. hehe
@along
thanks along, anyway 0-0 ye…hehe
@teh
betul tu, baik bykkan solat hajat ke. minta keberkatan dan keamanan kat negara kita ni..hehe
ala, dorg ckp je dah merdeka, tapi sebenarnya tak. politik kita makin lama makin kena jajah
eh bro, cite ko tu leh buat drama la. hahaa
selamat berpose bro..jgn ponteng pose..aku nampak..hahaha
selamat berpuasa!
salam ramadhan buat isa dan kawan2.. moga bulan ini menambahkan amalan dan iman kita…
Salam ramdhan kawan-kawan. Dan selamat merdeka jugak huhu…
10 jari disusun mohon keampunan di atas kekhilafanku seandainya terkasar bahasa dan terguris perasaan sepanjang perkenalan ni. selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga ini bukan ramadhan terakhir buat kiter.. salam ramadhan..
sibuk memikirkan Ramadhan yang baru nak bermula terlupa pula pada hari sambutan kemerdekaan
hohoho…nampak gayanya tahun ni takde la konsert2 merdeka yang tah pape 2
@naz
tahu takpa, cousin aku la jadi antu. ajak aku memanjat pokok manggis. budget nak kait buah manggis, last2 pelahap atas tu gak. hehe…isyaAllah naz, thanks. ko pun sama…bawa2 la beribadah banyak2. hehe
@kertaz
haha…terima kasih…siut jerk…tu zaman kanak2 la…skg tak dah…rajin jerk berpuasa. sep budget….hehe
hahah.aku suke crite yg panjat pokok manggis, nthen bleyh makan kat atas tu.klau aku dh gayat gile.best2 crite tu.btw, Selamat berpuasa, carilah pahala bulan sebab bln ramadhan ni, pahala akan didoublekan. find the reward.heheh.
Slamat berposa tuan tanah.. Jgn curik2 makan tengah ari buta yer.. =)
@safar
haha…itu dulu la…skg tak dah…abis kuat pun g kedai mamak…haha…selamat berpuasa. 🙂
@ted
salam ramadhan juga, 🙂
puasa sekarang kena betul-betul.tak boleh buat macam zaman kanak-kanak dulu.pukul 1 buka periuk.
Selamat berpuasa…
salam ramadhan!
@ibnmasir
sambut dalam bilik sahaja, hehe. bulan puasakan. 🙂
@rjuna
tah, aku main search je. jumpa plak yang tu. hehe, biasalah tu. mula2 sahaja. tp mesti dah lakukn persiapankan. 🙂
@Mus
terima kasih bro. selamat berpuasa gak bro.
Selamat berpose Ramadhan… Merdeka!!!err.. nak buat apa ya bulan merdeka ni???he..
wow cantik kaligrafi jawi tu, esok dah puasa sure rasa lemah semacam jer 1st day puasa, aku lepak rumah je la layan movie n read blog kawan
Selamat Berpuasa @ Salam Kemerdekaan Bro!