Sederhana di Hari Raya 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan raka-rakan yang sudi singgah di blog ini. Hampir sebulan rasanya tidak mengemaskini blog ini, banyak habiskan masa di rumah sahaja. Maklumlah, di kampung tiada talian internet. Tup-tup sudah nak sambut hari raya pada tahun 2011 ini.

Boleh dikatakan bulan Ramadhan pada tahun ini tidak terasa sangat seperti tahun-tahun sebelumnya, mungkin kerana saya banyak habiskan masa di rumah sahaja tanpa berbuat apa. Sekadar membantu ibu mengemas rumah sahaja, nak buat kuih raya tak pandai. Terpaksalah tunggu adik-adik pulang dahulu.

Tetapi saya tetap bersyukur ke hadrat Ilahi, hari raya tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Bagi yang masih mengingati keadaan saya di hari raya tahun lepas dengan keadaan ibu saya yang sakit dan masalah keluarga yang dihadapi, tetapi insyaAllah pada tahun ini akan berjalan lancar dengan keadaan kesihatan ibu saya yang semakin pulih.

Cuma hari raya pada tahun ini mungkin disambut dengan sederhana sahaja, hanya ayah sahaja yang bekerja. Saya pula baru tamat pengajian, adik-adik pula masih ada yang belajar. Kedai runcit yang diusahakan dahulu sudah bungkus begitu sahaja akibat masalah yang dihadapi pada tahun lepas.

Memang dalam sejarah rasanya raya pada tahun ini, sehelai baju baru pun saya tidak beli. Sekadar melihat baju raya adik-adik sahaja, itu pun sudah bermakna bagi saya. Janji orang yang saya sayang bergembira selalu. Lagipun saya rasa, dalam agama kita juga selalu mengingatkan kita agar bersederhana selalu bukan.

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang bakal menjelang esok, ampun dan maaf dipinta andai saya tersilap kata dan tersalah perbuatan. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah membantu saya sebelum ini. Selamat Hari Raya. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

12 thoughts on “Sederhana di Hari Raya 2011”

  1. salam aidilfitri bro.
    aku ingat lagi catatan raya tahun lepas ko. mak ko sakit kat kampung kan.
    hope sekarang mak ko dah ok n semoga ko cepat dapat kerja

    Reply
  2. aku pun sederhana je tahun ni, meriah tetap meriah, btw aku pun dah lama tak update blog.hehe, nak lawan ke? 😀
    selamat hari raya maaf zahir batin bro…

    Reply
  3. salam bro
    Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Dan Batin
    tak kisah la kan kalau kita menyambut raya ni secara sederhana,dan yang paling penting mood raya tu ada dan dapat sambut dengan keluarga tercinta

    Reply
  4. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Daripada weblog profhariz.com 🙂

    Raya perlis ke bro?

    Reply

Leave a Comment