Selamat Hari Guru Dari Blog Mohd Isa

Tanggal 16 Mei tidak pernah luput di dalam ingatan aku sejak di bangku sekolah lagi. Iaitu satu tarikh yang amat bermakna untuk mengenangkan jasa seorang guru, cikgu, teacher, sir, lecturer dan pensyarah. Tarikh untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru kepada anak-anak murid seperti aku.

Di zaman persekolahan dahulu, hampir setiap tahun aku akan meraikan Hari Guru disamping guru-guru yang aku sayangi. Paling indah di zaman sekolah rendah, maklumlah di waktu usia masih di peringkat kanak-kanak. Hanya tahu dengan kegembiraan meraikan Hari Guru dengan pelbagai acara dijalankan di sekolah aku dahulu, Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Taiping.

Teringat aku dibangku sekolah dahulu, rotan menjadi teman aku ketika belajar. Asal silap sahaja, pasti rotan hinggap di telapak tangan aku. Dirotan oleh guru aku adalah perkara biasa bagi aku, kerana aku mengerti beliau berbuat demikian untuk mendidik aku menjadi seorang insan yang berjaya seperti sekarang. Berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Ada satu ketika dahulu, aku diarahkan berdiri di atas kerusi oleh guru aku setelah keputusan peperiksaan akhir tahun aku menurun dengan teruk sekali. Tidak cukup dengan berdiri di atas kerusi, aku dirotan di kaki. Mengalir air mata aku, tapi sedikit pun aku tidak pernah menyalahkan guru aku. Kerana beliau ingin mengajar aku dan terus mengajar aku. Melawan bermakna aku tidak akan mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.

Tidak seperti zaman sekarang, kalau dirotan oleh guru. Pasti guru akan dipersalahkan, pasti guru akan disaman. Lebih teruk lagi masuk surat khabar hadapan, menyalahkan guru. Kenapa ini semua berlaku? Adakah pernah terfikir derhaka kepada guru juga tidak akan mendapat keberkatan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru. Fikirkanlah.

Terima kasih guru, terima kasih cikgu kerana sudi mendidik anak muridmu ini sehingga berjaya ke menara gading. Jasamu tetap di dalam sanubari aku hingga akhir hayat. Aku rindukan zaman persekolahan aku dahulu. Terimalah ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru dan pengajar di seluruh dunia. Jasa anda semua terhadap anak murid insyaAllah akan dirahmati oleh-Nya. Di bawah ini aku kongsikan video dari YouTube Kami Guru Malaysia khas buat guru-guru di Malaysia.

Video Kami Guru Malaysia

Lirik Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

24 thoughts on “Selamat Hari Guru Dari Blog Mohd Isa”

    • awek sekolah? haha, teringat plak aku ni jarang berkawan dengan perempuan dulu waktu sekolah. tak ambik port sgt. haha

      Reply
  1. Kadang2 seronok bila tgk gambar masa sekolah dulu hehe
    .-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

    Reply
      • budak2 sekolah aku rajin la plak scan gambar lama dalam facebook
        tengok muka aku masa sekolah rendah innocent gila
        haha.. ada gambar aku masa lawan bola daerah petaling
        time final.. kalah plak tu
        .-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

        Reply
        • uiks, budak sekolah aku takda plak nak scan gambar.
          nak kena beri cadangan pada dorang semua ni
          hehe, mana tahu dorg ada simpan gambar aku ke
          hehe, uiks…link ko dah ada ke blm yerk dalam link exchange aku?
          kalau takda, tolong bagitau yerk. 🙂

          Reply
          • Aku dah link kat ko.. tapi ko tak link kat aku lagi..
            .-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

            Reply
  2. selamat hari guru jugak……teringat kenangan dulu2..huhu
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa: Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 di Dunia!! =-.

    Reply
  3. itulah, segala pengalaman semasa sekolah pasti kita ingat sampai bila-bila. tambah pula kena denda kan. perghh.. itulah yang mengajar kita. Selamat Hari Guru!
    .-= arynet´s last blog ..Fifa World Cup South Africa =-.

    Reply
    • betul tu bro, paling diingat waktu kena denda, rotan dan pelbagai lagi yang menjadi pengajaran sampai sekarang untuk mendisiplinkan diri agar menjadi manusia yang berjaya. 🙂

      Reply
  4. selamat hari guru!! walaupun cikgu kat sekolah dulu … selalu denda.. sebab salah sendiri..hehe
    .-= zik´s last blog ..Malaysia kecundang, gagal mara ke peringkat akhir piala thomas 2010 Malaysia VS China =-.

    Reply
    • tahu takpa, waktu aku sekolah dulu selalu juga kena marah, kena rotan, kena penampar biasa jerk. budak sekarang manja, dah buat salah tak boleh ditegur lansung. baik duk umah je, tak payah pegi sekolah.

      Reply
  5. Pingback: Tweets that mention Selamat Hari Guru Dari Blog Mohd Isa — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  6. Pingback: JomBuzz.com
  7. Pingback: IMCurtain.com

Leave a Comment