Selamat Tinggal 2013

Akhirnya kita sampai jua di penghujung tahun 2013, tahun 2014 bakal menjelma. Pelbagai cabaran dan dugaan berjaya dihadapi satu persatu. Tidak kira sama ada terpaksa atau dipaksa, agar kehidupan terus berjalan.

Pahit manis ditempuhi sepanjang tahun 2013 mungkin menjadi sejarah dan kenangan di dalam minda. Bukan bagi saya seorang, bahkan mungkin bagi anda semua juga. Tidak kira dalam apa jua setuasi dan bidang.

Yang pahit dijadikan pengajaran dan yang manis dijadikan motivasi agar cabaran di tahun 2014 lebih berjaya dihadapi. Apa yang penting pemikiran yang wajar dan usaha harus dilakukan. Beranikan diri untuk berkata YA dalam apa jua keadaan.

YA bukan melakukan yang salah, YA untuk berani menghadapi segala cabaran dan dugaan. YA untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk memperolehi kejayaan. Jangan sesekali katakan TIDAK, kerana itu merupakan sifat pengalah.

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2014, semoga azam dan keinginan sama-sama kita capai. InsyaAllah.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

13 thoughts on “Selamat Tinggal 2013”

  1. Tidak terasa kita sudah menginjak tahun 2014
    Semoga tahun ini kita bisa lebih baik dari tahun2 sebelumnya
    Selamat tahun baru 2014 🙂

    Reply

Leave a Comment