Skin Dalam Pembikinan

Bagi yang kerap melawat dan membaca Blog Mohd Isa ini, mungkin anda terasa sedikit kelainan. Yang pastinya kelainan pada tema atau skin (tema Thesis framework) untuk blog ini.

Sudah menjadi kebiasaan rasanya bagi hampir kesemua blogger di Malaysia atau di luar sana, iaitu mengubah penampilan atau tema blog dalam masa tertentu. Bagi saya ianya satu kepastian untuk blog saya ini.

Kali terakhir saya menukar tema atau skin blog saya, mungkin enam atau tujuh bulan yang lalu. Atau mungkin lebih daripada itu. Bagi saya, menukar penampilan sesebuah blog bukan sekadar menghias.

Malah ianya mampu menaikkan semangat untuk menulis kepada saya, mungkin juga membuatkan para pembaca selesa untuk membaca setiap kandungan di blog saya. Selain itu juga untuk mencari kelainan di tahun 2014.

Skin SukaSedap.com Menjadi Pilihan

Rasanya ini merupakan kali kedua saya memilih skin SukaSedap.com iaitu blog kepunyaan saudara Izzuddin Fauzi. Sebuah blog yang saya gemari lawati dan menjadi silent reader, kalau rajin sedikit saya akan tinggalkan komen di blog beliau.

Bagi saya setiap skin yang dihasilkan oleh beliau mampu menarik minat saya, di mana saya menggemari skin yang minimalist, kemas dan pantas. Alhamdulillah, beliau telah mengizinkan saya sekali lagi untuk menggunakan skin yang dihasilkan.

Untuk pengetahuan pembaca semua, skin ini masih dalam proses pembikinan. Jika dilihat, memang tiada bezanya dengan skin yang digunakan di SukaSedap.com yang anggun. Oleh yang demikian, skin ini akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk membawa kelainan sedikit.

Oleh yang demikian, saya ingin bertanyakan pendapat daripada anda semua. Apa yang perlu dikemaskan lagi atau perlu ditambah. Mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk mengemaskan lagi skin ini. Terima kasih.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

27 thoughts on “Skin Dalam Pembikinan”

  1. tahun 2014 ni pon aku tukar wajah baru bagi blog yang memikat hati aku . labur sikit malas nak pikir janji mudah cepat dan responsive

    Reply
    • Waalaikummussalam wbt.

      Selamat tahun baru bro, lama tak nampak bro di sini. Alhamdulillah, masih ada yang perlu diperkemaskan lagi dari masa ke semasa.

      Ya, setuasi yang sama pada saya juga. InsyaAllah saya akan perbetulkan kelemahan tersebut. Terima kasih.

      Reply
  2. function KE ATAS ko menghalang pemandangan aku nak baca. letak luar sikit dari bahagian content. yg lain ok lagi setakat ini. sekian. melapor

    Reply

Leave a Comment