Selamat Tinggal Google Friend Connect

Siapa yang tidak kenal dengan Google Friend Connect, sebuah servis yang disediakan oleh Google kepada blogger yang menggunakan platform Blogger atau Blogspot. Sebuah servis yang disediakan untuk menghiasi ruangan widget sesebuah blog, mulalah follow, follow dan follow. Jadi bersedialah untuk mengucapkan selamat tinggal Google Friend Connect.

Saya juga pernah menggunakan servis Google Friend Connect tersebut, serius saya katakan tiada makna servis tersebut jika follower kita tidak mengambil tahu apa-apa mengenai blog kita setelah menekan butang Follow. Jika dulu hendak follow perlu melalui akaun Google, jadi bolehlah follower membaca artikel blog kita melalui Google Readers.

Tetapi kini, hendak follow boleh melalui pelbagai akaun seperti Twitter. Tetapi apa faedahnya? Saya sendiri tidak mengerti, mungkin hanya syok sendiri apabila mendapat follower yang ramai agaknya. Friends’lah sangat, lainlah jika sekali update masuk trafik sama dengan jumlah follower di Google Friend Connect.


Mungkin boleh berlaku jika semua follower Google Friend Connect kita menggunakan akaun google dan selalu membuka Google Readers. Tetapi mustahil bukan, jadi hendak dipendekkan cerita. Google telah pun membuat pengumuman bahawa Google Friend Connect akan dimansuhkan tidak lama lagi. Memang elok dihapuskan terus, sudahlah melambatkan loading page. 🙂

Sebab utama pemansuhan Google Friend Connect adalah untuk memfokuskan kepada penggunaan Google Plus dan menggalakkan para pembangun blog dan laman web menggunakan Google+ badge di blog atau laman web. Pemansuhan Google Friend Connect akan dilakukan pada 1 Mac 2012. Harap maklum, bolehlah anda buang widget Google Friend Connect dan gantikan dengan Google+ badge ye.

Selain daripada Google Friend Connect, terdapat juga beberapa servis lain akan dimansuhkan. Antaranya ialah Google Bookmarks Lists, Google Gears, Google Search Timeline dan banyak lagi. Sila lihat di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Sekian, selamat tinggal Google Friend Connect.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

37 thoughts on “Selamat Tinggal Google Friend Connect”

  1. Semenjak adanya Google+ saya sendiri juga sudah meninggalkan Google Friend Connect juga soalnya tidak banyak teman blogger juga yang eksis di sana sebab semua sudah beralih ke Google+

    Reply
  2. Salam admin,
    Sedih hari ni bila google connect wat hal. Dari semua follower yang dah ikut, hanya tinggal 2 orang dipaparkan. Apa lagi.. padam, terus wat G+.. huhuhu padan muka.. 🙂

    Reply
    • sebenarnya ada kesan jika semua follower menggunakan akaun google dan sentiasa membuka google reader, tp sekarang dah boleh follow dengan pelbagai akaun. so mcm dah tak memberi makna apa-apa pun. bab loading tu memang teruklah. meyemak pun ada. hehe

      Reply

Leave a Comment