Muhasabah Diri Menghindari Maksiat

Boleh dikatakan hampir setiap masa akan berlakunya maksiat, tidak kira di mana jua. Tetapi apa yang boleh kita lakukan untuk menghindarinya? Salah satu cara untuk menghindari maksiat ialah dengan sentiasa bermuhasabah.

Apa yang dimaksudkan dengan muhasabah? Muhasabah ialah satu tindakan yang penuh teliti terhadap segala tingkah laku agar tidak mendatangkan kemurkaan Allah. Jadi, setiap orang yang beriman wajib melakukan muhasabah diri atau memperbaiki diri dalam setiap tindakan agar sifat tercela tidak bersarang di dalam hatinya.

Firman Allah dalam surah al-Mujahadah ayat 6 yang bermaksud: “Pada hari Allah membangkitkan mereka, lalu dikhabarkan-Nya apa-apa yang telah mereka kerjakan. Allah telah menghitungkannya tetapi mereka melupakannya. Allah menjadi saksi atas setiap sesuatu.”

Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat bencana.”

Muhasabah diri perlu disusuli dengan sifat membersihkan diri, jiwa dan pemikiran. Menerima nasihat serta sentiasa memohon petunjuk dan hidayah di samping memohon keampunan Allah.

Kesimpulannya, muhasabah diri memainkan peranan penting dalam kehidupan orang beriman kerana ia dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan sentiasa memelihara diri daripada berbuat sebarang kemungkaran dan larangan Allah s.w.t. Terutama dalam muhasabah diri menghindari maksiat yang sangat dituntut masa kini.

Sumber: Gen-Q

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

10 thoughts on “Muhasabah Diri Menghindari Maksiat”

  1. assalamualaikum saudara seislamku…aq hamba yg lemah,jahil,bodoh..aq seorang manusia yg terlalai dalam godaan duniawi…aq terasa amat hina kerana terlalu taksub akan dunia..tapi ketenangan masih belum aq jumpai…setelah aq menghayati islam…baru aq sedar islam amat mendamaikan…aq amat berharap agar aq tetap istiqamah dengan agama allah ini…aq mahu menjadi seorang yg menegakkan agama islam di muka bumi ini…aq amat perlukan doa daripada saudara seislam ku agar aq tidak kembali ke zaman silam ku yang penuh kejahilan agama..aq juga sedar aq masih belum cukup bekalan kebaikan untuk kecapai nikmat syurga…aq masih memerlukam doa dari saudara ku…doakan aq agar terus menjadi orang yg suka melakukan kebaikan…amin

    Reply

Leave a Comment