Selamat Ulang Tahun Pertama MohdIsa.com

Rasanya hari ini amat bermakna bagi diri aku, kerana sepanjang aku berblog. MohdIsa.com merupakan domain pertama yang aku miliki untuk aktiviti aku berblog dan menyumbangkan segala entri yang aku karang buat korang semua. Tapi apa yang aku harapkan, semuanya tidak berjalan dengan lancar mengikut apa yang aku inginkan.

Kalau diikutkan, entri ini mungkin yang ke-200 di Blog Mohd Isa. Tetapi malang menimpa setelah hosting yang aku guna sebelum ini telah masuk hari yang ke-6 disekat (suspended) tanpa sebab yang munasabah walaupun hosting tersebut masih mempunyai baki dua bulan tempoh langganan yang aku buat sebelum ini.

Tetapi aku amat bertuah kerana telah berjaya mendapatkan tajaan untuk melanggan hosting baru. Terima kasih diucapkan kepada saudara denaihati kerana sudi menaja aku dengan pakej Deluxe dari ServerFreak. Terima kasih juga kepada kak Jie kerana sudi memberi sumbangan kepada aku, sumbangan tersebut aku telah gunakan untuk memindah KotakMuzik.com ke hosting lain yang sebelumnya berada di hosting yang sama dengan MohdIsa.com dan KotakMinda.com

Aku amat terharu dengan sumbangan yang diberikan oleh denaihati dan kak Jie yang menunjukkan semangat saling bantu-membantu antara blogger tidak kira di dalam keadaan susah dan senang. Kini Blog Mohd Isa telah dihoskan di hosting terkenal di Malaysia iaitu ServerFreak yang dipercayai mempunyai perkhidmatan terbaik. Terima kasih juga kepada saudara Josh dari pihak ServerFreak kerana bertungkus-lumus membantu aku memindahkan domain MohdIsa.com ke ServerFreak.

Kini aku menantikan maklumbalas daripada provider hosting aku sebelum ini untuk mendapatkan backup files untuk Blog Mohd Isa, KotakMuzik.com dan tidak lupa juga KotakMinda.com yang bakal dipindahkan tidak lama lagi setelah mendapat semua backup files aku. Aku berharap pihak provider tersebut dapat memberi perkhidmatan sebaiknya untuk selesaikan segala masalah aku secepat mungkin.

Apa-apa pun aku sentiasa mengingati bahawa setiap apa yang kita rancang belum tentu akan terjadi mengikut perancangan itu. Mungkin ini semua dugaan dan cabaran untuk aku hadapi dalam arena blogging ini. Terima kasih sekali lagi kepada saudara denaihati dan kak jie atas sumbangan yang diberikan. Akan aku ingat selamanya, insyaAllah.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

51 thoughts on “Selamat Ulang Tahun Pertama MohdIsa.com”

  1. Pingback: Monthly Review – December 2010 β€” Blog Mohd Isa
  2. Pingback: Selamat Tinggal Dunia Blogger β€” Blog Mohd Isa
  3. Pingback: Monthly Review – November 2010 β€” Blog Mohd Isa
  4. Pingback: Jom Blogging Bersama Blog Mohd Isa β€” Blog Mohd Isa
  5. woohh… dah setahun dah blog modhisa punya domain. tahniah. semoga semakin maju lepas ni. konsep lepas ni nak buat macam mane plak agaknya? kekalkan konsep seperti biase atau akan buat segmen terjah plak isa?
    .-= KreugerΒ΄s last blog ..Lepaskan stress masa pillow talk. =-.

    Reply
    • wah bro ni, macam boleh bau je bab konsep ni yerk. mungkin akan berubah sedikit kot, apa-apa pun kita nantikan dahulu sementara aku cuba dapatkan backup file dari hosting lama. anyway, thanks for ur support before this. i hope u will support me always. lupa plak, nnt aku masukkan link ko balik kat link exchange. maklumlah, macam nak kena mula dari bawah balik.

      Reply
  6. huh! tak dapat lagi fail2 lama? aduhh. kenapa susah ya. Sepatutnya boleh terus dapat ni kalo hantar emel.

    Suruh je provider lama create backup. Lepas tu kita download. ke susah juga? πŸ˜€
    .-= arynetΒ΄s last blog ..How To Make Your Ubuntu Lucid Like Mac OSx =-.

    Reply
  7. Dalam rezeki kita, ada bahagian utk org lain…dan itulah masanya utk membantu kawan-kawan.

    Teruskan, moga lebih berjaya dgn hosting baru!

    Reply
    • terima kasih kak jie, jasa kak jie pada saya tidak akan dilupakan sampai bila-bila. insyaAllah kalau ada rezeki, saya akan kongsikan bersama kak jie.

      insyaAllah, saya akan terus berusaha untuk berjaya dengan blog yang ada ini.

      Reply
    • sambutlah bro, insyaAllah adalah hadiah tu. cuma belum tahu bentuk dan daripada siapa. yang penting kita bangga dengan blog kita sendiri. betul tak?

      anyway, thanks bro. πŸ˜‰

      Reply
  8. tahniah.. satu perubahan dari blog.mohdisa.com dari blogger ke wordpress, dari hosting lama ke hosting baru.. good luck aku ucapkan. semoga terus terus terus memeriahkan dunia blogging malaysia.

    Psss: jeles sbb ada org taja. haha

    Reply
    • terima kasih bro, insyaAllah aku akan majukan lagi dunia blogging di malaysia sebaik mungkin. sama-samalah kita berusaha untuk memantapkan lagi daya saing antara blogger yang ada. πŸ™‚

      insyaAllah, satu hari nanti ko plak dapat sponsor. πŸ™‚

      Reply
  9. bro berapa Gigabait hosting baru bro ni ? ada dalam 1 TB ? apa-apa pun rasanya bro perlu awal-awal lagi dah backup dah…senang…apa-apa pun selamat ulang tahun buat blog ini

    Reply
    • wah, kalau satu tera berapa pula harga dia yerk. boleh buat server sendiri terus. kali ni kena ambil langkah lebih berjaga-jagalah. kena wat backup seminggu sekali terus. itu pun kalau mampu. anyway thanks for da wish. πŸ™‚

      Reply
  10. hoho, terharu aku beeb.. aku yang bukak blog nak dekat 2 tahun pun tak sampai lagi marker 100 post.. tahniah kepada ko.. baru stahun dah mantap gila.. doakan kejayaan aku gak k?

    Reply
    • wah, takkanlah dah 2 tahun tak cecah 100 post lagi. tapi itulah, sedih pun ada. backup file tak dapat lagi. entri aku yang dulu-dulu yang penting. provider hosting lama pun senyap je. tu yang bertambah sedih tu. insyaAllah, aku sentiasa doakan agar blogger2 malaysia ni terus maju kehadapan.

      Reply
  11. Pingback: Tweets that mention Happy Birthday MohdIsa.com -- Topsy.com
    • mudah-mudahan lepas ni tak berlakulah masalah lagi. sedih dan kecewa sangat apa yang berlaku sebelum ni. sekarang ni aku masih menunggu jawapan dari pihak hosting sebelum ni untuk dapatkan backup files aku. hope dorang dapat selesaikan masalah aku dengan segera.

      Reply

Leave a Comment