SEO: Tutorial Menghantar Suapan RSS Blog ke Yahoo! Pipes

Agak lama juga saya tidak berkongsi mengenai ilmu SEO di blog ini, hari ini saya akan kongsikan salah satu cara untuk membantu blog anda diindeks oleh Yahoo! dengan cepat. Caranya adalah dengan menghantar suapan RSS (RSS Feed) blog anda ke Yahoo! Pipes iaitu salah satu aplikasi percuma oleh Yahoo! untuk menghantar sebarang suapan RSS.

Yahoo! Pipes bukan sahaja membantu mempercepatkan proses indeks, ia juga mampu memberikan anda trafik dan backlinks berkualiti yang memenuhi keperluan SEO. Menarik bukan, bukan sahaja membantu dalam proses mengindeks malah memberikan backlinks dan trafik yang berkualiti. Apa lagi, jom mencuba.


Tutorial Menghantar Suapan RSS Blog ke Yahoo! Pipes

Pastikan anda mempunyai akaun Yahoo! untuk memulakan langkah-langkah ini. Kemudian pergi ke laman Yahoo! Pipes dan login dengan akaun anda. Seterusnya klik pada Create Pipe dan anda akan dapat melihat pelbagai pilihan option.

1. Seretkan (drag) Fetch Site Feed ke sebelah kanan atas permukaan yang bergrid dan masukkan url blog anda seperti https://mohdisa.com/

2. Apabila anda menyeretkan Fetch Site Feed sebentar tadi, satu Pipe Output juga akan keluar secara automatik. Setelah anda masukkan url blog anda, gerakkan tetikus anda kepada titik di bawah Fetch Site Feed . Klik dan seretkan ke titik atas Pipe Output seperti gambar di bawah.

3. Sekarang tekan pada butang Refresh di bawah dan serta merta ia akan memaparkan RSS Feed blog anda yang terbaru seperti gambar di bawah.

Yahoo! Pipes
4. Setelah Yahoo! Pipes telah mengambil suapan RSS blog anda, tekan butang Save di bahagian atas sebelah kanan anda.

5. Sekarang kembali ke laman utama Yahoo! Pipes dan klik pada My Pipes, seterusnya klik pada Pipes yang anda telah bina tadi dan akhir sekali klik pada butang Publish sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.

Yahoo! Pipes
Saya telah mencuba Yahoo! Pipes ini dan kesannya boleh dikatakan memberansangkan. Anda pula bagaimana? Apa tunggu lagi, bolehlah mencubanya sekarang. Semoga dengan tutorial menghantar suapan RSS blog ke Yahoo! Pipes ini dapat membantu anda.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

33 thoughts on “SEO: Tutorial Menghantar Suapan RSS Blog ke Yahoo! Pipes”

  1. Nak cuba jugaklah…tapi nak tanya, perasan tak dalam feedburner ada benda ni, kalau tak silap kita perlu activate je. kalau tak silap la…same ke dengan yang bro bgtau kat atas tu?

    Reply

Leave a Comment