Kepentingan Backlink Dalam SEO

Jika sebelum ini anda ada membaca entri saya sebelum ini mengenai pautan merupakan perkara penting dalam SEO pasti anda tahu entri kali ini berkisarkan mengenai apa. Kali ini saya akan terangkan sedikit mengenai pautan kembali atau lebih dikenali sebagai backlink.

Bagi yang sudah mengetahui mengenai backlink atau pautan kembali ini, pasti ia merupakan satu perkara yang penting untuk mendapatkan nilai populariti sesebuah artikel dan yang paling penting kepada laman itu sendiri. Kerana melalui backlink atau pautan kembali ini akan mempengaruhi laman anda untuk berada di halaman carian (SERP) terutama di halaman pertama.

Backlink atau pautan kembali sangat penting kerana ianya memberikan nilai populariti kepada laman kita. Ingin saya tekankan yang tidak semua pautan kembali ini memberikan keuntungan. Terdapat pautan kembali yang baik dan buruk. Pautan kembali yang baik berasal dari laman web yang berguna dan kebiasannya mempunyai skop atau tema (content) yang sama. Pautan ini membolehkan proses populariti berlaku dengan lebih pantas.

Manakala pautan kembali yang buruk berasal dari laman yang tidak dikenal pasti. Pautan seperti ini perlu dielakkan. Sekiranya anda mendapati ada laman-laman web yang menggunakan pautan kembali ke laman anda, hantarkan permintaan kepada tuan empunya untuk membuang pautan tersebut.

Sekiranya anda seorang yang tidak aktif dalam melakukan pautan kembali, aktiviti membeli pautan boleh dipraktiskan seandainya anda yakin dan tidak kisah mengenai kewangan. Tetapi tidak salah untuk kita praktiskan teknik yang percuma terlebih dahulu.

Cari laman web dengan populariti yang tinggi atau mempunyai PR yang tinggi, hubungi tuan laman untuk berkongsi pautan atau proses pertukaran pautan merupakan langkah pertama yang boleh dilakukan. Ianya amat sesuai dipraktiskan oleh blogger seperti saya. Perlu ingat segala risiko perlu anda tanggung sendiri.

Pautan dalaman atau inbound link merupakan pautan yang menghubungkan laman ke laman dalam satu web yang sama juga sama penting. Penggunaan gambar (image) atau butang bergambar (image button) menampakkan laman lebih menarik tetapi perlu ia adalah pembunuh SEO. Cuba hasilkan teks ringkas untuk pautan memandangkan Agen Carian hanya mampu untuk membaca teks. Sekiranya perlu, pastikan anda menggunakan tag atribut alt pada semua gambar.

Secara kesimpulannya ianya amat berkesan jika anda seorang yang mementingkan hasil carian di enjin carian dan inginkan trafik yang tinggi daripada enjin carian seperti Google dan Yahoo! Jika anda masih ingin mengenai contest SEO Hidup Seorang Blogger yang dianjurkan oleh Denaihati, kebanyakkan pemenangnya mempraktiskan teknik backlink atau pautan kembali dengan anchor text yang betul.

Secara jujurnya saya juga menggunakan teknik tersebut dalam contest SEO tersebut dalam beberapa hari sebelum tarikh tutup contest tersebut dan hasilnya saya merupakan salah seorang pemenang contest tersebut. Oleh yang demikian, anda harus menantikan entri saya seterusnya mengenai tips kemenangan saya dalam Contest SEO Hidup Seorang Blogger. Saya akan terangkan bagaimana saya mendapatkan backlink atau pautan kembali daripada beberapa laman yang lebih berkualiti dan PR yang tinggi.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

102 thoughts on “Kepentingan Backlink Dalam SEO”

  1. Pingback: Teknik SEO Blog: Dapatkan 500 Backlink Percuma — Blog Mohd Isa
  2. Pingback: SEO: Tutorial Menghantar Suapan RSS Blog ke Yahoo! Pipes — Blog Mohd Isa
  3. Adakah nilai backlink yang kita dapat apabila komen blog tertentu sama nilainya jika kita tersenarai di bloglist blog yang sama?

    kalau dapat backlink terus daripada artikel orang lain plak lagi tinggi nilainya ke?

    Reply
    • nilai backlink ketika meninggalkan komen adalah paling sedikit, tetapi bila kerap kita meninggalkan komen pada blog atau laman yg mmpunyai pr yg tinggi, maka tinggilah nilainya. bloglist juga merupakan satu backlink, tetapi pastikan bloglist itu berkualiti dengan anchor text yg betul. backlink dari artikel pula adalah backlink yg sangat2 berkualiti. 🙂

      Reply
  4. alhamdulillah atas perkongsian ilmu di sini cuma backlink ni saya masih kurang arif…adakah kena selalu aktif pergi komen ke blog2 orang ya hehe..ok thanks

    Reply
  5. yap.. takde la biasa saja blog saya ni.. saya suka jelajah blog senior cari ilmu.. ambil tips dari senior mcm bro nie..pasal seo banyak tak tahu lagi..

    Reply
    • most welcome bro, pingback comment maksud bro kira pingback yang kita dapat ke? kalau berkualiti memang baiklah untuk seo kita. 🙂

      Reply
    • 3 bulan blogging? banyak betul improvement, tgk blog pun dah macam bertahun menulis blog. serius, memang terbaik. dalam backlink plak terbahagi kepada dua, inbound link dan outbound link. outbound link dari luar, memang agak susah nak dapat. inbound link dari blog kita sendiri, so banyakkan inbound link. dapat membantu dari segi seo terutama kepada pageview. 🙂

      Reply
      • baru2 nie saya baru update plugin dari wordpress. Biasanya entri sudah di index kat google ada dua tajuk entri yang ada kat situ. satu base on tajuk post.. kedua base on comment. Ping comment tu sampai kat saya juga masuk dalam comment.. tapi bukan comment.. apakah itu

        Reply
        • oic, rasanya itu pingback atau backlink daripada blog atau website lain yang memasukkan link artikel bro. itu satu perkara baik jika backlink yang diberikan adalah bermutu, sila baca mengenai backlink. boleh search backlink di kotak carian. 🙂

          Reply
  6. Thanks bro…aku bab2 ni slow sikit nak masuk…x tau pasai pe tah…buat blog pun men belasah jerr…apa pun aku merangkak ssikit2 cari ilmu dlm dunia blogging nih, slow kayuhh…hehehe

    Reply
  7. cik tom msk blog ni pas bc shamizu punye n3…cik tom br nak belajar sikit2 psl seo ni…thanks utk info backlink ni..cik tom masih cuba nak perbaiki blog yg br bertukar hosting…

    Reply
  8. No hal bro.
    Saya ingat-ingat lupa. Nanti saya send balik bila dah ingat.
    Ikhlas! Saya rasa kerugian besar sebab tak tahu ada blog sebaik blog bro yang explain tentang SEO. Taip artikel main redah jer. Huh. Masih ada masa kembali ke pangkal jalan. He3 .

    Reply
    • haha, bereh. tak jadi masalah. sekadar ingin berkongsi dan melihat blogger2 malaysia berjaya, sharing is caring rite. 🙂

      Reply
  9. Salam ziarah bro isa,
    harap bro sentiasa sihat. Banyak yang saya boleh belajar dari sini. Minat jugak saya belajar SEO ni. Terus melekat sejam dua dekat PC.

    Backlink yang tak berkualiti?
    Maksudnya saya dah buat kesilapan besar lah bro. Alamak hai. Macam mana nak buat nie. Mesti Google dah syak saya pun kaki spammer jugak.
    Ingat ke lagi banyak back link lagi cantik.
    Kat blog saya, saya dah letak banyak giler, 80 lebih bakclink site. Khas tempat kumpul link. Adakah ini maksud bro backlink yang tak berkualiti.
    Adakah saya kena buang semua link dari backlink site seperti ni n letak link dari blog yang ada content yang sama.
    Harap bro bagi penjelasan yer.
    Thanks. Kat bawah ni contoh back link site yang hampir sama . berlambak kat internet.
    Sori, cuma letak untuk kajian bro jer. tak pe kan.

    http://www.textbacklinkexchange.com/
    /backlinksbuilder.info/
    autodofollow.co.cc/
    /sniny.org/
    /1000backlinks.co.cc/
    /bestbacklink.co.cc/
    /backlinks.power-heberg.com/backlinks-referer/
    linkeame.web.pe/
    /enlace-real.kilu.net/
    free-link-4u.blogspot.com/
    weblinkexchange.ownpeg.com/

    Reply
    • Salam, terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sebenarnya kurang faham dengan soalan shamizu, tapi saya cuba fahamkan juga. Maksud shamizu backlinks yang dibina dari page exchange link ya? Untuk page tersebut tidak menjadi masalah jika hendak letak berapa banyak sekali pun, tapi apa yang saya faham Google hanya mengambil kira 100 pertama sahaja backlinks daripada setiap page. Saya dah lihat page link exchange di blog shamizu, maaf saya katakan. Backlinks yang shamizu bina di page tersebut tidak mempunyai kualiti walaupun ia dianggap backlinks. Kerana backlinks yang shamizu bina hanyalah pada domain, kiranya anchor text yang shamizu buat di atas domain. Bukan di atas nama atau keyword pemilik blog tersebut.

      Rasanya shamizu faham bukan apa itu backlinks, backlinks membantu menaikkan sesebuah laman di enjin carian. Contohnya, shamizu boleh lihat page LINKS saya. Bagaimana saya bina link exchange saya dan anchor text yang saya gunakan. Link di atas nama pemilik blog, bermakna jika orang cari nama tersebut, contoh Amanz. Peluang untuk berada di page #1 enjin carian cerah kerana saya telah memberikan satu backlinks.

      Secara ringkasnya, orang mencari Amanz. Bukan membuat carian di enjin carian dengan memasukan domain http://www.amanz.my, jarang bukan orang membuat carian dengan memasukan domain. Harap shamizu faham dengan apa itu backlinks berkualiti. 🙂

      Reply
    • Yang keduanya, saya sudah melihat salah satu link yang shamizu berikan. Ternyata laman-laman tersebut sebenarnya adalah laman link spammer. Laman tersebut sebenarnya ingin mendapatkan backlinks daripada laman kita sahaja untuk menaikkan laman mereka. Sebab itu percuma, untuk mendapatkan backlinks berkualiti selalunya akan dikenakan bayaran.

      Reply
  10. Pingback: Tips SEO cara mudah tarik traffik dan komen | hafizmohd.com
  11. Pingback: Google SEO Starter Guide — Blog Mohd Isa
  12. aik?! baru semalam aku jumpe post camnie.. bukan blog nie ke? bila cek2 komen aku tkde lagi..haish.. blog sape arh smalam??

    Reply
    • sama-sama, itu apa yg aku faham dan experiment yg aku buat. nofollow juga dapat backlink, tp cuma kualiti sahaja kurang. insyaAllah, pasti diteruskan mengenai SEO ni. memang seronok belajar SEO ini, tambah pula dengan respon dari pembaca yg menggalakkan. berkongsi-kongsi pendapat dan pelbagai soalan diajukan, ini dapat menambah ilmu pengetahuan lagi. proses pembelajaranlah katakan. 🙂

      Reply
      • bro,
        hari tu aku ade dapat feedback pasal ape yg bro tulis ni..tang ayat ni yer bro
        “Kalau ikutkan, hampir semua blog adalah dofollow. Kalau yang guna plugin dofollow tu, fungsi dia nak jadikan link daripada comment author tu kepada dofollow.”

        katenye, salah kot yg part = semua blog adalah dofollow=

        so, patutnye nofollow ker bro?
        harap bro dapat beri pandangan…thanks 😀

        Reply
        • aha, aku dah baca komen dari bro azuan. memang betul maksud dia. rata-rata semua blog adalah nofollow. itu bagi link untuk commentator, tapi maksud ayat aku pula adalah untuk link yg kita bina atau letakkan dalam sesuatu artikel. tak silap aku akan jadi dofollow, sebab aku selalu check guna plugin mozilla untuk check dofollow link. lepas tu aku cuba install plugin dofollow utk wp plak, dan check sekali lagi. bezanya hanya satu, nama commentator akan jadi dofollow. itu yg aku maksudkan. hehe

          Reply
    • yes bro, wajib letak. sebab crawler tak detect imej kita, dia akan detect text sahaja. itu fungsi atribut alt untuk menyampaikan text bg imej yg kita upload. 🙂

      Reply
    • backlink ni penting jika sesebuah blog atau laman itu inginkan high result dari SERP. lebih penting lagi laman tersebut ingin menaikkan sesuatu keyword bertujuan untuk menjual sesuatu produk atau ingin memenangi SEO contest. hehe

      Reply
    • kalau nak accept tgk content blog dia dlu la, kalau ada kaitan. accept je la. hehe, kalau nak beli software dia memang mahal la. klu nak check bebanyak pun kena bayar gak. hehe

      Reply
      • itu salah bro, ada sesetengah laman tu adalah spammer dan ia akan menjatuhkan ranking blog kita apabila google detect terdapat backlink dari laman spammer. blog kita juga dikira spammer atau backlinks farmer. hope bro lebih berhati2. 🙂

        Reply
    • haha, pelan2…tambah lagi ko nak bersaing dalam sumber terbuka…open source…lagi kena power seo bro…bro…taknak wat busnes ke..jual cd open source…skg dah takleh apply cd free la katakan…hehe

      Reply
  13. backlink berkualiti..
    itu kata2 azuan.com yang masih terpahat di kepalaku…hehe
    thanks 4 this, akan dipratik semasa ke semasa..=)

    Reply
  14. satu perkongsian yg sangat menarik dan jelas utk difahami semua org….. memang betul tu… backlink tu sangat penting… tapi kenapa utk pautan kembali drpada web yg kta x kenali itu mesti dielakkan? apa akan jadi jika byk pautan kembali dr website yg kta x kenal pasti bro? time aktif blogging dulu aku suka baclink dgn hantar url…comment dan yg sewaktu dgnnya kt website yg mampu aku dpt backlink dr diaorang… kalau backlink antara blog ke blog tu aku faham lah………sikit….. =_=”

    haiz…….Salammm…

    Reply
    • maksud backlink daripada blog atau laman yg tidak dikenali sebagi contoh laman yg tak pernah ko masuk, then content dia tak ada kena mengena dengan blog ko. aku pernah dapat backlink camtu, tetiba jerk dapat backlink dari website yg tak pernah aku masuk dan content dia takda kena mengena lansung dgn artikel aku. selalunya oversea yg sll wat benda ni alias backlink spammer sblm dia kasi backlink ke blog atau laman dia, dia akan letak backlink ke blog org sama. ini teknik utk elak daripada google detect dia sbgi backlink spammer. lebih kurang la. faham tak? hehe

      Reply
    • yes, betul tu. untuk dapatkan backlink yg berkualiti dan membantu blog kita dapat pr dan hasil carian keyword yg tinggi, backlink dari laman pr tinggi adalah yg terbaik. 🙂

      Reply
  15. Menarik. Thanks bro.
    Tapi, yang blog dofollow je kan backlink tu dkira?
    Kalau kita buat backlink ke blog nofollow ttp tak dikira kan?

    Lagi satu, pasal beli backlink. Betul ke memang ada? Sebab aku baca byk yang scam je.

    Reply
    • Most welcome.
      Sebenarnya tidak kira dofollow atau nofollow, ia tetap akan dikira backlink. Cuma kualiti backlink daripada dofollow adalah lebih tinggi daripada nofollow. Itu apa yang aku fahamlah, sebab aku selalu juga periksa backlink yang aku dapat. Tersenarai juga backlink nofollow.

      Kalau ikutkan, hampir semua blog adalah dofollow. Kalau yang guna plugin dofollow tu, fungsi dia nak jadikan link daripada comment author tu kepada dofollow.

      Untuk backlink daripada entri atau blogroll atau page exchange link adalah dofollow, melainkan penulis menambah attribute ref=nofollow dalam link dia. itu baru jadi nofollow.

      Untuk periksa link yang ada dalam laman samada dofollow atau nofollow boleh guna add on dofollow untuk mozilla tak silap aku. Aku pun dah lupa add on apa, sbb laptop aku baru format. Hilang plak. hehe

      Beli backlink memang ada, ada yang scam ada yang tidak. Untuk itu kita kena pandai memilih, ko boleh tya yg pakar bab beli backlink ni. rezamohyin.com dia ni SEO provider. aku byk gak belajar dgn dia. 🙂

      Reply
        • nofollow dapat juga backlinks dia, tp kurang kualiti dan Google tak berapa suka. yang paling tak best susah nak dapat high ranking kat SERP. baru PR3 bro, boleh jerk kalau ko nak backlinks. nnt aku cari artikel ko yg menarik untuk diberi backlinks. 🙂

          Reply

Leave a Comment