Aku Terima Nikahnya merupakan sebuah filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 11 Oktober ini. Filem ini diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. yang diarah oleh Mejar David Teo.
Pelakon Aku Terima Nikahnya
Pelakon utama dalam filem Aku Terima Nikahnya ialah Adi Putra dan Nora Danish. Turut dibantu oleh Mon Ryanti, Zalif Sidek, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Azizah Mahzan dan Dian P. Ramlee.
Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya
Aku Terima Nikahnya merupakan kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka.
Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa.
Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu.
Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya, isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan.
Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya. Adakah Arlisa akan mengalah dan melangkah pergi? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali?
Video Trailer Aku Terima Nikahnya
Nota Kaki: Macam menarik sahaja filem Aku Terima Nikahnya ini, jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran bermula 11 Oktober ini.
Aku Terima Nikahnya
waah, tajuk sudah gempak.. teringin nak layan jugak.
gempak saje tak guna bro. nyesal plak aku g tgk wayang hari tu. 😛
Ada orang cakap filem ni tiru filem The Vow. Tapi aku pun tak pernah tengok lagi The Vow tu, haha.
tahu xpa, macamlah aku pernah tengokkan. apa-apa pun layan je. 😛
mesti part @ babak yang sedih banyak kan?
itu rasanya sudah pasti, hehe…