Blog terkaya di dunia? Pernahkah anda terfikir untuk menjadi kaya dengan blog sahaja? Kalau di negara luar, terutamanya Amerika Syarikat. Sudah ramai yang berjaya menjadi jutawan dengan blog.
Jika di Malaysia pula, sudah ramai yang menyedarinya. Mungkin istilah kaya itu belum pasti, tetapi buat duit dengan blog sudah menjadi kebiasaan. Di tambah pula dengan menjana kewangan melalui Facebook, Twitter dan umumnya buat duit dengan internet. Kemudian masing-masing ingin menjadi blogger popular.
Tetapi pada kali ini, bukanlah saya ingin memberi tips atau tutorial untuk membuat duit dengan blog. Sekadar ingin berkongsi 10 blog terkaya yang telah dikeluarkan dalam majalah Maskulin bulan ini. Maklumlah, bukan semua orang suka membaca majalah. Terutama majalah gaya hidup.
10 Blog Terkaya
- TechCrunch
Kategori: Teknologi
Pendapatan Bulanan: USD800,000
Kalau dilihat pada angka pendapatan bulanan, sudah pasti TechCrunch tersenarai dalam blog terkaya di dunia ini. Malah pelbagai maklumat berkenaan teknologi boleh didapati. Ia juga merupakan salah sebuah blog yang sering saya lawati. - Mashable
Kategori: Media Sosial
Pendapatan Bulanan: USD600,000
Juga merupakan sebuah blog yang sering saya kunjungi untuk mendapat pelbagai maklumat berkenaan media sosial. Tidak hairanlah jika Mashable turut tersenarai sebagai salah sebuah blog terkaya dengan jutaan pembaca. - Read Write Web
Kategori: Media Sosial
Pendapatan Bulanan: USD600,000
Agak asing bagi saya, mungkin kerana saya tidak pernah membaca blog Read Write Web ini. Tetapi setelah melawatinya, saya berpendapat blog ini padat dengan informasi berkenaan dengan dunia internet atau web. - Perez Hilton
Kategori: Hiburan
Pendapatan Bulanan: USD200,000
Buat yang gemar dengan dunia selebriti, sebuah blog yang penuh dengan berita sensasi artis luar negara. Juga menjadi salah sebuah blog terkaya dan sudah pasti Perez Hilton menjana pendapatan yang lumayan. - Timothy Sykes
Katergori: Kewangan
Pendapatan Bulanan: USD180,000
Jika dilihat daripada kategori blog Timothy Sykes ini, sudah pasti ianya mampu menjana kewangan semaksimum mungkin. - Tutsplus
Kategori: Rekabentuk Grafik & Web
Pendapatan Bulanan: USD120,000
Padat dengan pelbagai tutorial rekabentuk grafik dan web, tidak kira daripada fotografi sehinggalah kepada proses merekabentuk sesebuah blog atau laman web. - Smashing Magazine
Kategori: Rekabentuk Web
Pendapatan Bulanan: USD150,000
Blog terkaya yang tidak asing lagi buat pembina laman web atau blog, Smashing Magazine menyediakan pelbagai tips dan tutorial untuk merekabentuk sesebuah laman web. - Gothamist
Kategori: Gaya Hidup
Pendapatan Bulanan: USD110,000 - Life Hacker
Kategori: Komputer
Pendapatan Bulanan: USD108,000
Rasanya tidak asing bagi sesiapa sahaja yang meminati dunia pengkomputeran, Life Hacker menyediakan pelbagai kaedah untuk tweak komputer anda supaya menjadi lebih hebat lagi. - Venturebeat
Kategori: Teknologi, Manusia & Kewangan
Pendapatan Bulanan: USD100,000
Begitulah senarai 10 blog terkaya di muka bumi ini, mungkin banyak lagi blog yang menjana lebih USD100,000 sebulan yang tidak didedahkan. Jika di Malaysia, buat blog yang boleh buat duit banyak sebegini. Sudah pasti diburu oleh LHDN, kena bayar cukai lagi.
Dengan adanya senarai blog terkaya ini, mungkin sedikit sebanyak mampu memberi idea untuk anda yang bercita-cita menjana kewangan melalui blog.
10 Blog Terkaya
dari satu blog jika dimaksimalkan bisa mendapatkan earning sebanyak itu, sya jadi termotivasi ni semoga kedepannya nanti bisa juga mendapatkan earning tinggi hehe 😀
terima kasih sharingnya ya 🙂
bile blog gua nak masuk list nie? huhu
banyak giler pendapatan dorg.. bloger malaysia ada x mcm tu?
Rasanya ada, cuma tiada tafsiran yang dibuat. Mungkin low profile atau elak cukai. Hahaha
Mgg terbaik lah dorang…
boleh dapat sket2 pun dah raya best giler.. lagilah kalau byk cam dorang.. hehehe
Itulah, bilalah giliran kita nak jadi macam mereka semua. 🙂
The Verge takde ke? Blog tu terbaik juga dan sedang meningkat naik.
Tak lupa juga blog dari malaysia hongkiat.com
Cuma orang melayu je kurang lagi membuat blog peringkat antarabangsa ni.
Kalau pandai boleh kaya kot.. cuma kena pandai tulis dalam bahasa inggeris
wah, menarik juga the verge tu, tapi tak pastilah pula berapa pendapatan bulanan dia. hongkiat memang power, pun tak tahu berapa pendapatan bulanan dia. bukan jarang, banyak sebenarnya. tapi semua buat untuk kejar adsense, clickback, amazon dll. sahaja. bukan untuk daily update dan advertising.
Cepatlah lah blog aku dapat menjadi blog terkaya hihi
impian ada baguslah, yang penting usaha kena lebih dari orang lain. 🙂
Mentaliti pembaca di sana lebih mencari kepada benda-benda yang berinformasi berbanding kita di malaysia lebih membaca dan mendengar kisah orang lain.haha
itu biasa, bab gosip, artis, pangkah memangkah laju je. 🙂
Fuhh… baru pendapatan per month tu.
tahu xpa, belum per year. mantap habislah, tapi penulis dan pekerja dia byklah. 🙂
kt malaysia xder kan
ada, cuma senarainya tidak berapa jelas. maklumlah, bukan ada yang nak buat kajian. 😛
betapa bezanya mentaliti Malaysia yg lebih berminat kpd berita2 dan ‘ilmu2’ hiburan dan gosip je, termasuklah politik.
sbb tu kita masih lg mentaliti negara dunia ke-3
tapi blog Malaysia yg paling top Paultan rasanya 🙂
jangan lupa laman geekz malaysia, amanz.my 😛
tetapi kita jangan lupa, ada beberapa buah blog yang masih berjaya selain daripada niche hiburan, berita dan politik. seperti amanz.my, paultan.org, raymond.cc
cuma kita tidak tahu jumlah pendapatan mereka.
Pergh! Tapi kalau kat Malaysia, blog yang mesti blog hiburan, bilalah nak berubah agaknya…. hehehe 😀
* blog yang top
itu biasa, maklumlah. pembaca di malaysia lebih gemar membaca bab artis, gosip, artis seksi. haha