Adnan Sempit 2 merupakan sebuah filem aksi dan komedi yang diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. dengan arahan Ismail bob Hashim. Filem Adnan Sempit 2 ini akan menemui anda di pawagam pada 23 Februari 2012.
Sinopsis Filem Adnan Sempit 2
Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
Pelakon Filem Adnan Sempit 2
Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aznah Hamid, Angah Raja Lawak
tunggu keluar kat astro first
tgu download link pun ok gak…hehe
lepas ni..mesti ramai orang yang sedia link download benda ni plak. haha..
haha…tahu takpa…marketing tu..:P
Mantap nih bro..aku tgk gazet ri tu pn da ketawa bahakĀ²
haha, aku tgk iklan kat tv pun gelak kot…:P
meletup . .
hopefully…hehe
Kompem meletup ah citer nih. : )
tahu takpa, hope meletup la nnt…tp kena lawan kl gangster 2 la jawabnya…