Internet Penulisan Tutorial & Tips

Tambah Nilai Kredit Telefon Bimbit Melalui Maybank2u

Dunia di hujung jari, itulah ungkapan yang digunakan pada zaman teknologi ini. Hampir semua urusan kita boleh dijalankan dengan menggunakan internet sahaja, tidak perlu berjumpa atau keluar kemana-mana. Lakukan sahaja dengan telefon bimbit, komputer mahupun tablet. Kini anda boleh tambah nilai kredit telefon bimbit melalui Maybank2u.

Tutorial pada kali ini sesuai sangat untuk sesiapa sahaja yang tidak mempunyai masa untuk keluar rumah atau pejabat semata-mata untuk menambah nilai perkhidmatan prabayar telefon bimbit. Kini ia boleh dilakukan secara talian sahaja dengan menggunakan Maybank2u. Pertama sekali pastikan akaun Maybank anda mempunyai baki yang mencukupi untuk tambah nilai, paling kurang RM10.

Langkah pertama, login akaun Maybank2u terlebih dahulu. Kemudian klik “Buy Online” di bahagian atas sebelah kanan.
topup melalui maybank2u



Seterusnya klik pada “Instant prepaid top up”.
topup melalui maybank2u

Pilih rangkaian prabayar anda, setakat ini hanya dua rangkaian sahaja yang ada. Celcom Xpax dan Maxis Hotlink. Kemudian klik “Continue”.
topup melalui maybank2u

Setelah itu, pilih nilai (Amount) yang diinginkan. Kemudian masukkan nombor telefon dan klik “Continue”.
topup melalui maybank2u

Langkah seterusnya, anda perlu request kod TAC. Kemudian masukkan ke ruangan kod TAC. Kemudian klik butang “Confirm”.
topup melalui maybank2u

Setelah anda menekan butang “Confirm”, bermakna proses tambah nilai melalui Maybank2u sudah selesai. Anda boleh print receipt untuk simpanan anda, mana tahu tambah nilai tidak masuk. Kemudian tunggu sahaja tambah nilai anda masuk, lebih kurang seminit.
topup melalui maybank2u

Tambah nilai kredit telefon bimbit melalui Maybank2u sekarang juga. Selamat mencuba.

Untuk tambah nilai perkhidmatan prabayar telefon bimbit anda melalui CIMB Clicks, anda boleh melihatnya di sini.

19 Comments

  1. Yus February 8, 2012
    • Mohd Isa February 11, 2012
  2. ohcikgu November 13, 2011
    • Mohd Isa November 14, 2011
  3. shaharil November 13, 2011
    • Mohd Isa November 13, 2011
  4. blackrosehunter November 13, 2011
    • Mohd Isa November 13, 2011
  5. syahrilhafiz November 13, 2011
    • Mohd Isa November 13, 2011
  6. fikri91 November 12, 2011
    • Mohd Isa November 12, 2011
  7. Pacifista November 12, 2011
    • Mohd Isa November 12, 2011
  8. Jaws November 12, 2011
    • Mohd Isa November 12, 2011
    • Mohd Isa November 12, 2011
  9. wazy November 12, 2011
    • Mohd Isa November 12, 2011

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.