Kepentingan Heading 1. Tahukah anda sebagai blogger atau pembangun laman web, mengetahui kepentingan Heading 1 adalah perlu dalam teknik SEO blog yang berkesan. Pasti di antara kita tidak mengetahui fungsi sebenar heading dalam laman blog atau web.
Ramai yang bertanya mengenai kepentingan Heading 1 atau h1 dalam peranannya kepada SEO di dalam sesebuah laman blog atau web. Hasil daripada analisis yang dilakukan oleh golongan pakar, keterangan lengkap adalah seperti di bawah.
Kepentingan Heading 1 – Apa itu Heading 1
Heading 1 atau h1 merupakan isi untuk segala kandungan yang dipaparkan untuk satu-satu laman blog atau web. Ianya bertindak sebagai tajuk utama kepada berita, artikel atau artikel yang mana membantu pembaca dan pengguna internet memahami isi kandungan secara kasar. Sebagai contohnya, tajuk untuk artikel ini menggunakan h1. Pada h1 juga dimasukkan kata kunci utama (main keyword).
Penggunaan Heading 1 adalah dirangkum dalam tag HTML: <h1>[tajuk artikel]</h1>
Kepentingan Heading 1 – Bagaimana Heading 1 dapat membantu meningkatkan tahap pengindeksan?
Disebabkan oleh Heading 1 dirangkumkan dalam tag HTML, maka Agen Carian berupaya untuk memahami, mengindeks dan memaparkan dalam pangkalan datanya. Di samping itu, mereka juga berupaya untuk menganalisa perkataan-perkataan yang dimuatkan antara tag tersebut. Kepentingan Heading 1 merangkumi penggunaan kata kunci utama pada bahagian ini supaya Agen Carian akan terus mendapatkan gambaran awal keseluruhan kandungan seterusnya mendapat tempat yang tertinggi dalam keputusan carian.
Kepentingan Heading 1 – Adakah laman anda mempunyai Heading 1?
Anda boleh memeriksanya sendiri dengan melihat kod sumber untuk setiap laman. Untuk melihat kod sumber, ianya bergantung kepada jenis perisian pelayar yang digunakan. Sebagai contoh, untuk Mozilla Firefox, anda boleh klik kanan pada mana-mana ruangan kosong pada laman dan pilih “View page source”. Dengan fungsi carian atau Ctrl + F, masukkan kata kunci h1 dan cari.
Selalunya, sekiranya laman anda menggunakan aplikasi sistem pengurusan kandungan (CMS), pihak pembangun sudah mengimplementasikan kaedah ini dalam tema/template secara asal. Namun, penggunaan tema/template dari sumber ketiga, besar kemungkinan mempunyai susun atur dan penulisan kod yang berbeza. Anda perlu memeriksanya sendiri demi menjaga kepenting Heading 1.
Kepentingan Heading 1 – Bolehkah anda menambah atau menyunting Heading 1?
Sudah tentu boleh sekiranya anda biasa dan mahir dalam menggunakan kod pengaturcaraan laman web seperti HTML dan PHP (untuk kes-kes tertentu). Namun begitu sistem aplikasi pengurusan kandungan mempunyak cara sendiri yang paling ringkas untuk mengendalikannya. Seperti WordPress, anda boleh menggunakan beberapa modul ketiga (plugin SEO terbaik) untuk menyunting dan melakukan konfigurasi mengikut keperluan sendiri.
Namuan begitu, pastikan hanya wujud satu sahaja tag H1 dalam satu-satu laman blog atau web. Beberapa kesilapan yang dilakukan oleh penulis adalah menggunakan H1 berulang-ulang kali terutama kepada sistem yang dipasang dengan aplikasi tambahan untuk editor (WYSIWYG). Untuk kandungan, gunakan H2 sebagai sub tajuk atau pengasing isi penting.
Kepentingan Heading 1 – Peringatan!
Oleh yang demikian anda dilarang sama sekali memasukkan tag h1 di dalam artikel anda, cukup sekadar menggunakan ruangan tajuk yang telah disediakan. Untuk tag heading yang lain, anda boleh gunakan h2, h3 dan sehingga h6. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila tinggalkan di ruangan komen kepentingan Heading 1.
salam tuan saya dah try ikuti penerangan tuan dlm enteri seo makin saya try makin x paham saya dah try seo analysis dapt 25% je try gak adjust tp hasil sama gak tolong tuan
perkongsian yang sangat bernas bro.terima kasih
Sama-sama, ingat. Heading h1 sangat-sangat penting. 🙂
Oleh kerana h1 saya missing, saya bertukar theme ke twentyelevent. Memang sakit ati juga bila h1 tak ada. Rupanya google buang terus blog yg takde h1 tag. Nyesal guna theme berbayar nih.
Itu kecuaian namanya, ingat sebelum menggunakan sesuatu theme. Periksa dahulu susunan heading di home page dan single page. Amat-amatlah penting. 🙂
Terima kasih kerana info yang berguna ini
Sama-sama, semoga berguna kepada bro. 🙂
trima kasih..sy sdng blaja seo 🙂
sama-sama, saya pun masih belajar lagi mengenai seo ni. 🙂
Nice 1 bro.. ramai org anggap mende ni remeh lg kan bro. syg sekali sebab benda2 ni lah sgt penting untuk crawler dan letak keyword di tempat btl. wlpn berterabur Heading tags (broken blog), masih boleh di index. Tp kan sudah memberi jurang kekurangan pada pesaing lain2 😀
haha, itulah pasal. tapi masih ada lagi yang abaikan. buat tak tahu je. mostly pengguna-pengguna blogspot. dorang sendiri tidak tahu sama ada heading itu ada ataupun tidak. nanti aku nak kena belajar gak bab blogspot ni. sebab ada soalan mengenai coding untuk heading, masalah gak aku tak tahu nak menjawab.
really nice entry bro..kena semak balik nie..kot2 ada salah ke..
ko pakai thesis, rasanya takda masalah. just dalam single post ko kena taruk h2 sendiri. 🙂
memang penting rupanya. Kena edit balik la lepas ni.
penting cikgu dalam proses mengindeks oleh crawler. 🙂
sebagaimana pentingnya tag h1, penting juga tag h2, h3, h4, h5 dan berikutnya untuk memperkasakan SEO blog kita 🙂
tahu takpa, setakat ni duk main h1, h2 dan h3 je. h4 sampai h6 just guna bila perlu sahaja. 🙂
aku masih tak berapa faham bab-bab heading ni. So, aku biarkan aje. haha..
haha, dulu aku pun tak faham juga. so study pelan-pelan, lama-lama fahamlah. 🙂
Hehehe…kalau ko buat entri ttg coding baru aku nak masuk bro…tp tu laa…aku tak faham sangat…hehehehe
#Yg dulu2 tu pun sampai aku dh tension…last2 aku tinggaikan je…:)
untuk coding? macam mana tu bro? kalau blogspot dengan wordpress ada bz skit, apa kata ko test study kat forblogger.net
situ banyak share pasal seo blogspot.
lope lak…mmg byk beza blogspot ngan w/p…forblogger mmg selalu aku masuk bro…:)
hehe, aku pun tgh duk study coding SEO untuk blogspot. tang mana meta keyword pun tak tau. hehe
Iskk…ko biar betul bro…mcm x bape nk caye je aku dibuatnya…hehehe…namun aku akui w/p klau guna betui2 mmg lg power dr b/spot.
siyes la, tp aku tak penah ushar la plak page source blogspot punya. tak tau la ada ke idak. hehe