Tip kuruskan badan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh orang gemuk atau yang berisi, tetapi ianya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja agar sentiasa kelihatan lansing dan cantik. Tidak kira wanita atau lelaki.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip kuruskan badan dengan mudah, tanpa perlu menghabiskan duit beribu ringgit untuk kelihatan cantik dan tampan. Janji perlu mendisplinkan diri dalam mengamalkannya.
8 Tip Kuruskan Badan
1. Elakkan makanan ringan
Cuba elakkan memakan sebarang makanan ringan kerana makanan ini tidak mengandungi sebarang khasiat untuk tubuh badan anda.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat
Ambil makanan yang berkabohidrat seperti nasi dalam jumlah kuantiti yang sikit.
3. Kurangkan sumber protein
Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe atau daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
4. Menu makanan yang betul
Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang.
5. Makan banyak buah
Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin untuk tubuh badan anda. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dan sebagainya.
6. Kurangkan buah manis
Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum air kosong
Sentiasa minum dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkabonat.
8. Bersenam untuk kuruskan badan
Akhir sekali pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti di luar rumah seperti berjalan atau berjogging di tempat-tempat riadah amat sesuai dilakukan setiap petang atau setiap kali masa terluang.
Mudah-mudahan dengan tip kuruskan badan ini mampu membantu anda semua dalam masalah badan gemuk dan berisi. Miliki bentuk badan yang anda inginkan, semuanya terletak di tangan anda.
Ingat! Displin yang tinggi dalam usaha mengamalkan tip kuruskan badan ini adalah sangat penting. Mudah dan senang jika anda mampu melakukannya untuk kelihatan kurus, lansing dan menawan.
Tip Kuruskan Badan
2 Komponen yang penting untuk kuruskan badan iaitu gaya pemakanan dan senaman.
Tanpa disiplin..semua tu tak jadi..
betul jugak apa yang admin cadangkan. cuma sebenarnya kan, pada pendapat saya, kalau betul-betul nak kurus, seseorang tu kena ada ilmu macam mana kuruskan badan. Untuk kurus, perlu ada 3 langkah yang penting. yang pertama kena detoks semua toksin yang merbahaya dari dalam badan kita. sebab ada kes, seseorang tu meninggal dunia, hanya kerana dia langsung tak “melabur” atau “b**ak” dalam tempoh sebulan. bayangkan, longkang yang tersumbat dengan pelbagai sampah dan kotoran, kalau tak dikeluarkan dalam tempoh sebulan, sudah pasti macam-macam penyakit atau bau yang akan kita hidu. begitulah juga badan. semua sampah atau toksin ni, perlu disingkir dari tubuh.
kedua, lemak yang ada tu, kenalah di bakar. kalau lemak tak dibakar, nanti lemak tu akan terkumpul di bahagian2 tubuh yang tertentu seperti pinggul, punggung, paha, betis, lengan, perut. sebab tu, ada orang yang kurus, tapi nampak macam lemak bergayut di kawasan ini.
langkah ketiga yang perlu untuk kurus adalah bina otot. otot ni, penting untuk proses metabolisme. kalau proses metabolisme cepat, barulah cepat tubuh kita nak turunkan berat badan. 🙂
er, saya pula dah sedia kurus. Kuat makan tapi lambat berisi. kata doktor, metabolisma saya tinggi. Lagipun saya pernah aktif dalam sukan renang satu ketika dulu jadi fizikal saya terbiasa cepat membakar isi makanan tanpa menyimpannya.
betul tu. jaga pemakanan seeloknya dan banyakkan bersenam.
ada cikgu, lama tak nampak. betul tu cikgu, saya belasah je makan. tapi dengan cara sihat. petang bersenam, kadang-kadang malam pun bersenam. main badminton. 🙂