Mahir sahaja didalam SEO tidak berguna jika tidak dinilai dengan baik, maka Alexa Ranking merupakan salah sebuah perkhidmatan yang menilai sesebuah laman yang baik buat anda semua. Alexa Ranking selalu digunakan untuk menilai sesebuah laman oleh pengiklan yang berhajat untuk meletakkan iklan mereka.
Saya begitu berminat dengan penerangan yang dilakukan oleh saudara blogger kita iaitu Ariff Shah mengenai Alexa Ranking ini sehingga membuatkan saya terpanggil untuk menulis entri ini, walaupun sebenarnya memang sudah lama berhajat untuk menulis entri mengenai Alexa Ranking ini.
Sebelum saya memberi sedikit tips mudah meningkatkan Alexa Ranking ini, lebih sopan rasanya saya menerangkan sedikit mengenai Alexa Ranking ini agar anda dan saya lebih memahami apa itu Alexa Ranking. Mengikut kefahaman saya melalui bacaan di blog saudara Ariff Shah, Alexa mengeluarkan ranking berdasarkan analisis trafik ke laman oleh pengguna toolbar Alexa dan data daripada beberapa sumber.
Maklumat tersebut akan melalui pelbagai proses saringan dan pengiraan sehinggalah laman anda tersenarai didalam ranking Alexa. Proses yang berlaku adalah agak kompleks dan untuk keterangan yang lebih terpeinci anda bolehlah membacanya di blog Ariff Shah.
Tips Meningkatkan Alexa Ranking
Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan Alexa Ranking ini jika anda mencarinya di Google atau enjin carian yang lain. Tetapi bagi saya, semuanya adalah sama dan terpulang kepada diri kita sendiri untuk melakukannya. Di sini saya akan terangkan tips secara ringkas dan mudah untuk meningkatkat Alexa Ranking laman anda.
- Daftar Domain Laman di Alexa
Perkara yang paling penting sekali adalah mendaftar domain laman anda di Alexa yang kini lebih mudah apabila Alexa boleh dimasuki (login) dengan Facebook sahaja. Ikut langkah yang betul ketika mendaftar domain anda di Alexa terutama mengenai tracking code untuk mengesahkan anda adalah pemilik domain. - Paparkan Widget Alexa di Laman
Ini bukanlah niat untuk menunjuk atau bermegah-megah dengan ranking laman anda, tetapi adalah untuk membantu meningkatkan Alexa Ranking laman tersebut. Mengikut apa yang saya faham melalui pembacaan saya di beberapa laman lain, widget ini akan mengesan pelawat dan mengira setiap pageview yang dijalankan di dalam laman tersebut. Ini dapat memudahkan peningkatan Alexa Ranking dan memudahkan analisa dijalankan terhadap domain laman anda. - Guna Alexa Toolbar
Install toolbar Alexa pada browser Firefox anda sekarang juga, kerana langkah ini akan membantu meningkatkan Alexa Ranking laman anda. Pada pembacaan saya sebelum ini, ia dapat membantu peningkatan Alexa Ranking laman anda kerana sudah pasti anda akan sentiasa melawat laman anda. Selain itu toolbar ini akan memaparkan prestasi Alexa Ranking laman anda. - Update dan Update
Update laman anda sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari mengikut kemampuan anda, lebih banyak lebih bagus kerana ia dapat meningkatkan trafik ke laman anda. Proses ini amat digemari oleh Alexa dan Google, yang paling penting sekali ia akan membantu pelawat terus masuk ke laman anda. Pembaca suka membaca sesuatu yang baru dan berinformasi, sudah pasti ia dapat meningkatkan trafik ke laman anda. - Tingkatkan Pageview
Kurangkan bilangan entri di laman utama anda dan pastikan setiap entri yang dipaparkan bukanlah entri penuh, letakkan snippet sahaja. Kerana jumlah pageview dikira melalui klik ke page atau entri berbeza oleh IP pelawat yang sama. Anda juga mampu meningkatkan pageview ini dengan menjenguk entri-entri anda sebelum ini. Tetapi harus diingatkan juga, bounce rate juga di ambil kira dalam Alexa Ranking.
Rasanya cukuplah 5 tips ini dahulu untuk saya kongsikan pada kali ini, kalau anda rasa hendak lagi tips mengenai bagaimana hendak meningkat Alexa Ranking ini. Terus-teruslah melawat blog saya, jangan lupa melanggan blog saya melalui Email. Harus diingatkan, asas untuk meningkatkan Alexa Ranking adalah dengan mendapatkan trafik yang tinggi tidak kiralah melalui blogwalking atau pengamalan SEO. Semoga berjaya, jangan lupa dapatkan Google SEO Starter Guide secara percuma sekarang juga.
Kredit: Ariff Shah
Betul ke kalau paparkan widget alexa pada laman dapat meningkatkan ranking…pernah try sebelum dan selepas paparan, tapi tak ada perubahan langsung…?
Yurp, betul. Boleh tanya pendapat pakar yang lain, atau boleh search di enjin carian how to increase alexa ranking. Hampir semua ada menyatakannya. 🙂
Thank u banget buat tips dan trik berguna dalam artikel ini
macam taklayak je nak baca benda ni. blog pun suam2 kuku. ahakss
Bagi Jai alexa toolbar ni cukup berkesan, alexa skrg dah turun 1 juta kepada 200k shja dalam 2 bln.. 🙂
itulah, kalau yang pakai memang ada merasai kesannya. tapi kalau orang yang tak sabar, alasan yang biasa didengar. tidak berkesan dan memberatkan firefox. padahal baru pasang dua tiga hari jerk. hehe
nice info. ada antaranya telah saya ikut. toolbar alexa belum try lagi.maklumlah saya ni kurang celik IT.
alexa toolbar memang menarik, ia dapat membantu meningkatkan alexa ranking sesebuah laman. itu apa yg tahu, tp ada juga yg berpendapat alexa toolbar ni tidak memberikan kesan. tp kalau rajin cubalah dlu.
Jai dah letak alexa tollbar 3 hari lepas, mmg cukup berkesan,…he3
haha, sebenarnya memang ada effect bila kita pasang toolbar alexa. ia akan membantu menaikkan alexa ranking kita, maklumlah. kita byk luangkan masa di blog kita. sambil selak2 page blog kita, dah membantu menaikkan pageview kita.
thanks artikelnya Gan, bagus. ane langsung coba ppraktekin di blog ane.
sama-sama, semoga dengan tips ini dapat membantu para blogger sekalian.
Terima kasih kerana tips2 ini. Mudah ja nak buat. Nak buat no.5. 🙂
sama-sama…buatlah apa yg patut. memang semua tips di atas ada kesannya. 🙂
chrome takde alexa toolbar. 😐
kalau takda takpa, boleh guna alternatif lain. pasang widget alexa sudah. 🙂
nice info bro…aku baru letak google stat je..hehe..alexa bakal kot
oklah tu, takpa. pelan2, lama2 oklah nnt. 🙂
Untuk mendapat bawah 100K bukan satu perkara yang mudah.. Wehee insyaAllah jika mampu 2011 Mampu mendapat bawah 100K 🙂
tahu takpa, dah masuk pun agak susah nak kekalkan pulak. cabaran banyak tu. hehe
sekarang ni tengah usahakan untuk up pageviews 😉
samalah kita, aku target nak kurangkan bounce rate dalam sekitar 30% ke bawah. masalah database ilang dari server lama aritu. naik mendadak bounce rate aku.
patut ramai yg letak widget alexa, ada kesan rupanya
no 4 tu yang aku rasa susah tu.heheh
itulah pasal, sebelum ni aku sendiri tak letak. skg ni memang nampaklah kesan dia, time aku tulis entri ni. alexa ranking aku 300k lebih. skg dah naik, 200k jerk. aku target ujung tahun ni masuk 100k lebih. no 4 tu perlu ada usaha bro. hehe
rasanya semua dah buat sebelum ni, kecuali no.2 tu.. baru letak di blog 2-3 hari lepas..
pernah terbaca satu artikel.. tapi tak ingat sumbernya.. ramai tak galakkan install alexa toolbars sekarang ni semenjak ziddu dah letak iklan di laman alexa.. paham-paham sajalah ziddu ni..
yeke, nak kena check balik ni. bahaya gak ni. bro dah pakai thesis theme kan? macam mana? ok tak?
Rajin, rajin dan rajin update ye hehe…
aku cuba konsisten satu artikel setiap hari..
kalau tak memang ranking jatuh balik
macam hari tu..
sekarang ni baru nak buat balik hehe
kira konsisten kan mengupdate blog
tahu takpa, susah juga nak maintain ranking alexa ni
nak kena update selalu
kalau tak jatuh bergolek-goleklah jawabnya
kena konsisten selalu 🙂
Takpe, kalau ada idea terus buat draft.. pastu touch-up sikit2
itulah pasal, sekarang siap wat note lagi dalam nota harian sebagai reminder. senang skit. hehe
bagus jugak cara camtu hehe
itulah, banyak sebenarnya kena tulis ni.
tambahan pula permintaan pembaca
banyak juga yang aku dah lupa bro
nak kena semak balik entri yg lepas2
jenuh jugalah keje ni
hehe
takpe pelan2.. insya Allah ok…
cuma kena pandai susun isi je hehe
artikel English aku pun huru hara gak
tapi buat pelan2 hehe
pasal article english aku tak buat pun lagi
tak pandai sgt mengarang dalam english ni
segan pun ada, hehe
alexa toolbar x support firefox beta aku..muahahaa…
uiks, asal ko pakai beta?
salam…
aried rasa part yg paling susah adalah part nk tngkatkan page views… kdg2 tu wlpun vstors ramai, tapi pageviews sikit jer… tak smpat 2 page per vstrs pun ade…huhuhu…
betul tu, susah nak tarik trafik untuk pageviews. so salah satu caranya, buat artikel berangkai. macam part by part. mungkin itu dapat membantu.
huhuhu… betul gak tu… internal link ni mmg best kalu pndai dan rajin buat.. bukan takat pageviews mengkat, skligus dpat kurangkan bounds kat blog.. bila bounds rate kurang, SEO lagu best sal google nilai gak bounds rate ni…
(betulkan kalau aried silap…)
p/s: ajar le cara wat luve comment kat blogspot selain pakai intense debate.. aried dah puas tnye pak cik google.. penat dooh
betul tu, kena rajin letak internal link dengan artikel yang berkaitan. bukan sahaja pageview meningkat, malah dapat kurangkan bounds rate. untuk blogspot ya, insyaAllah nanti saya cuba cari tutorial dia. nak kena try and error juga. 🙂
huhu..sal try n error le blog aried dah kacau bilau skrg ni… pening nak baiki balik… hoho.. ok, i will waiting for ur respons..hehehhe
harap2 le jmpa tutorial tu..hehehe
haha, itu perkara biasa.
mesti ada kacau bilau punya, yg penting sebelum buat.
sediakan backup dlu sebelum jadi apa-apa.
insyaAllah sy cuba dapatkan tutorial tersebut.
harap dapat bersabar ya. 🙂
huhuhu..tula psaal… aried lupa nak backup.. sekali habis rosak dah…
hm… no prob…bley jer aried tggu…hehehe
lain kali apa2 hal backup dlu
itu yg penting
takpa2 sabar ya
tahu pasal alexa rank,tapi tak nak terkejar2..jeles juga bila tengok orang lain punya Alexa rank,tapi aku buat sekadar yg mampu je..mmg tak dapat nak bersaing mana
biasalah tu, aku pun tak terkejar sebenarnya. tapi keinginan tu ada, so perlulah ada usaha. betul tak. 🙂
terjadi pada saya, alexa asyik naik je, walaupun berupdate.. huhuu
Saya kurang setuju dengan no.1.
Seingat saya kita tak perlu register untuk membolehkan kita dirank oleh Alexa atau untuk improve Alexa ranking. Alexa says “There is no need to register your site for Alexa to report traffic statistics for it” dan “Claiming a site does NOT affect Traffic Rank or other statistics in any way.”.
Minta maaf untuk itu, yang ingin saya maksudkan mengenai Site Linking In. Nanti saya betulkan balik, terima kasih di atas keperihatinan saudara. 🙂
Selalu guna tips2 di atas cuma tentang Alexa ni masih belum mahir lagi
yang penting register domain atau laman anda di Alexa dan cara yang paling mudah paparkan widget Alexa di laman anda. 🙂
oh yeke… ingatkan submit url kat google, yahoo, msn je 😀
itu pun wajib juga, tapi nak up ranking Alexa better register kat Alexa juga. boleh juga dapat Site Linking In nanti. 🙂
Tengah mengusaha memperbaiki Alexa PR harap dapat bawah 1 juta.
okay la tu, be better lagi. nanti boleh dapat bawah 100k plak. hehe
Walaupun ini entri lama. Nak buat luahan rasa geram dengan Alexa tendang ranking blog saya jauh-jauh. 🙂
jauh ka? tengok dalam lingkungan 100k juga, ok la tu dari blog saya. 😛
aku pun sedang berusaha meningkatkan ranking dalam alexa ni
samalah kita, aku tgh usahakan untuk kecilkan nilai alexa ni. hope hujung tahun ni dapat masuk top 100k. hehe
fuyoo..cantik2
semua tu dah ikut dari perkembangan ariff
letak tu la ini la..
dan yang paling penting widget tuh..
yurp, itu yg paling penting. bagi org maybe semak, tp org mcm aku pk widget tu ada kepentingannya. hehe
terima kasih bro..
ade jugak yg dah aku amalkan…baru jer 2 minggu lepas letak alexa toolbar…tapi kadang2 rase menyemak juge..tapi kena pandai2..jgn kasi nampak serabut…
toolbar boleh setting, kasi minimum sudahlah. display mana yang perlu aja. janji ada faedahnya. 🙂
Blog saya tarik traffik macam blog berhantu.. alexa turun pulak.. pelik
blog berhantu? macam mana tu?
aduh…byk betul nak kene belajar dlm blog nie ek, SEO la, ALEXA la…takper..cayyok2..
takpa, pelan2 study. belek la mana yg berkaitan. kalau ada soalan, ajukan terus. insyaAllah saya akan terangkan sebaik mungkin.
owh macam tuh… aku kadang2 pun tak tahu dengan alexa nie…hehe , pageview tuh kira ramai orang godek2 lah ek bro…
yes bro, pageview tu dikira setiap page yg org klik or baca. contoh, ko baca entri ni dah kira satu pageview. then ko baca entri lain, dah kira dua pageview. kalau ko baca banyak lagi entri aku dalam satu hari, byk la pageview aku untuk hari tu. hehe
ooo…itu macam ek..so aku bace lag entri lainlah…kasi up sikit pg blog bro ni..hehhe
yurp, lebih kurang macam tu lah. terima kasih bro 🙂
Pernah cuba gak tips2 tu.Tapi kurang berkesan. Mungkin kena lebihkan cara naik trafik blog rasanya.
bukan kurang berkesan, depend pada diri kita juga. usaha kena lebih. yang penting tingkatkan trafik, kalau boleh maintain trafik dalam 100 sehari pun dah ok. tapi kena pastikan 100 tu up pageview pula, baru boleh meningkat. 🙂
alexa toolbar tu aku mmg mls nk guna..hehe cam menyerabutkan je
kalau pandai adjust tak serabutlah bro, jji ada kepentingannya. kalau ikutkan, semuanya serbaut bro. 🙂
ntah..bg aku toolbar2 nie-xkire la yahoo ke ape cam memberatkan lg browser jer
haha, itu masalah tuan punya browser. semua boleh diatasi kalau kita pandai godek2. hehe…
Samalah kita bro.. aku pun tak guna.. hehe
hehe, terpulanglah pada individu…aku dah install…agak berkesan jugalah…dalam masa dua tiga hari…aku dah naik ke 276,966 dari 300k++
aku target hujung tahun ni insyaAllah masuk top 100k 🙂
Semoga berjaya. 🙂
thanks bro…hehe