Panduan Permulaan SEO Daripada Google

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, syukur alhamdulillah dengan izin Allah dapat sekali lagi saya menulis sebuah lagi artikel untuk dikongsikan bersama-sama dengan pembaca semua. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan aktiviti blogging ini.

Baiklah, entri saya pada kali ini boleh dianggap ringkas dan padat. Kerana tidak ada apa yang saya ingin sampai, hanyalah sekadar ingin berkongsi sebuah ebook yang amat berharga kepada penggemar dan pengamal ilmu SEO. Khususnya buat blogger yang sering bertandang ke Blog Mohd Isa untuk mencari ilmu SEO yang sebenar.

Kita tinggalkan dahulu mengenai kepentingan backlink dalam SEO atau mengenai ketumpatan keyword dalam SEO. Kita kembali kepada perkara asas yang perlu dihayati dengan penuh teliti sebelum mengamalkan ilmu SEO yang kita ingin amalkan dalam blogging ataupun ingin memasarkan sesuatu produk.

Jika kita ingin memulakan sesuatu dalam internet ini, pasti kita akan bertanya melalui Google dan sebagainya. Terutama mengenai SEO, di sini saya ingin kongsikan Panduan Permulaan SEO daripada Google (Google SEO Starter Guide) sendiri yang baru saya jumpai dalam dua tiga hari lepas. Mungkin Google SEO Starter Guide ini sudah lama dikeluarkan dan telah dibaca oleh semua orang.

Tapi besar kemungkinan masih ada seperti saya yang tidak membacanya lagi, jadi kepada sesiapa yang sudi. Bolehlah mendapatkan Google SEO Starter Guide sekarang juga di sini. Banyak perkara asas yang boleh dipelajari melalu starter guide ini, terutama dalam asas SEO, meningkatkan struktur laman dan banyak lagi.

Selain membaca Google SEO Starter Guide ini juga, anda boleh mengetahui beberapa perkara penting dalam SEO di Nine Proven Website SEO Tips yang dikongsikan oleh Denaihati. Selain itu juga, anda digalakkan untuk melanggan blog saya untuk terus mendapat pelbagai ilmu mengenai SEO yang akan dikongsikan bersama anda secara percuma. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

33 thoughts on “Panduan Permulaan SEO Daripada Google”

  1. salam,
    saya ni baru kenal dengan web site tapi tak pandai untuk membuat seo .
    ada ambil upah kee untuk menaikan seo ni.Nak buat tak pandai
    harap dapat bantuan.

    Reply
    • Salam, setakat ini saya tidak mengambil upah. Sekadar memberi khidmat nasihat sahaja. Jika perlukan bantuan, boleh hubungi saya. 🙂

      Reply
  2. Pingback: 10 Online SEO Tools by Google — Blog Mohd Isa
  3. Pingback: Top 25 Blog SEO — Blog Mohd Isa
  4. Pingback: Tips Meningkatkan Alexa Ranking — Blog Mohd Isa
  5. salam… saja mencelah disini… bro, nk tnye skit.. seo starter guide ni mnyntuh sal sitemap tak? bro leh terangkan tak sal sitemap.. hrap sudikongsi ilmu

    Reply
    • salam, tak mengapa. sudah menjadi kemestian untuk aku menjawab setiap soalan yg diajukan. dalam starter guide ni juga ada menyentuh mengenai sitemap. mengikut pengetahuan aku, sitemap juga merupakan page archives bagi sesebuah laman dan sitemap.xml pula adalah page ringkas yg menyenaraikan link text untuk setiap entri yg memudahkan crawler atau spider atau robot search engine mengesan setiap entri kita untuk diindeks. dalam google webmaster juga ia amat diperlukan. 🙂

      Reply

Leave a Comment