Tutorial Memasang WordPress Pada Komputer Dengan WampServer

Rasanya sudah ramai blogger yang berpindah daripada Blogspot kepada WordPress, ini adalah satu perkara yang positif kerana ini menunjukkan mereka benar-benar berminat untuk terus menulis blog. Tapi bila menggunakan sesuatu yang baru, pasti amat melecehkan apabila sudah biasa menggunakan Blogspot tetapi tidak mahir menggunakan WordPress.

Mulalah terkial-kial mencari tutorial dan bantuan daripada rakan-rakan blogger yang lain, kadang-kadang saya lihat sampai blog WordPress yang dibina menjadi rosak dan tunggang-langgang dibuatnya. Sehingga terpaksa membuang dan memasang kembali WordPress mereka di hosting, keadaan ini juga pernah berlaku kepada saya dahulu.

Jadi untuk menggelakkan perkara sebegitu berlaku, apa kata anda memasang WordPress di komputer dengan WampServer dahulu. Iaitu dengan menjadikan komputer anda sebagai server atau hosting dengan menggunakan perisian WampServer. Jom ikuti tutorial bagaimana memasang WordPress di komputer dengan menggunakan WampServer.

Tutorial Memasang WordPress di Komputer

  1. Download perisian WampServer dan pasang (install) di komputer anda.

  2. Download WordPress dan ekstrak (extract) file WordPress tersebut.

  3. wampserver menu

  4. Klik pada icon WampServer di taskbar anda dan pilih www directory, kemudian copy atau cut file WordPress yang telah di extract tadi ke dalam folder www.

  5. wampserver database

  6. Klik pada icon WampServer kembali dan pilih phpMyAdmin dan buat (create) database baru dengan menamakan database anda dengan nama folder WordPress yang telah anda copy ke www sebentar tadi. Sebagai contoh, saya menamakan folder tersebut kepada wordpress. Jadi saya menamakan database saya kepada wordpress juga, biarkan Collation dan klik butang Create.

  7. wampserver home

  8. Setelah database dibuat, klik Home icon dan pilih Privileges. Kemudian klik pada Add a new User. Dengan pilihan Use text field: masukkan User name anda, contohnya saya menggunakan admin. Host pula, pilih Local dan secara automatiknya ia akan menjadi localhost. Masukkan password anda dan ulanginya. Tinggalkan Database for user dan terus ke Global privileges dan klik Check All. Akhir sekali klik butang Go.

  9. Buka folder wordpress anda yang telah disalin ke dalam folder www sebentar tadi dan rename file wp-config-sample.php kepada wp-config.php

  10. Buka file wp-config.php tersebut dengan menggunakan Notepad atau WordPad, kemudian cari baris di bawah.

  11. wp-config.php

  12. Di sini anda kena tentukan DB_NAME, DB_USER, DB_PASSWORD dan DB_HOST. Tukarkan database_name_here kepada nama database yang anda telah bina tadi, contohnya saya gunakan wordpress. Tukar username_here kepada username anda yang telah dibuat di Privileges, seterusnya tukar password_here ke password anda dan akhir sekali nama DB_HOST anda iaitu localhost.

  13. wp-config.php sample

  14. Klik pada icon WampServer kembali dan pilih Localhost, di bawah Your Projects akan terpapar folder wordpress dan klik folder tersebut. Anda akan di bawa ke WordPress > Installation.

  15. wordpress installation

  16. Masukkan Site Title, Username, Password dan E-mail anda. Akhir sekali, klik butang Install WordPress dan siap pemasangan blog WordPress di dalam komputer anda.

Harap langkah di atas mudah difahami dan dilakukan. Jadi bolehlah anda bereksperimentasi dengan WordPress dahulu di komputer sebelum menggunakannya di hosting (online) anda. Saya selalu gunakan blog WordPress saya di komputer untuk merekabentuk tema (theme), jadi tidak perlulah saya meletakkan blog ini dalam maintenance mode.

Nota: Sebarang masalah atau pertanyaan, sila tinggalkan komen di bawah. Jika ada sebarang pendapat dan cadagan juga dialu-alukan unti dikongsikan bersama. Selamat mencuba. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

66 thoughts on “Tutorial Memasang WordPress Pada Komputer Dengan WampServer”

  1. Thanks for every other informative site. The place else could I get that type of info written in such an ideal means?
    I have a venture that I’m just now running on,
    and I have been at the glance out for such information.

    Reply
  2. Salam bro m.i,

    boleh tak guna WP ni pada localhost mcm yang m.i tunjukkan ni untuk portal. dulu saya guna joomla + wamp @ joomla + xammp di pc opis, sebagai server untuk saya share kan apa-apa file untuk sapa yg nak download. sbbnya saya nak elakkan user dalam network yg suka stream (play mp3 movie drpd pc yg di share). jadi saya guna joomla sbg portal download file file tersebut.

    jadi bgmn dgn WP, adakah sesuai mcm joomla juga, web intranet + download seksyen bagi file-file sharing.

    Reply
  3. Artikel yang baik dan mudah difahami. Sedang mencuba-cuba untuk blog persendirian selepas ini. Mohon tunjuk ajar daripada yang pakar. 🙂

    Reply
    • erk, ini langkah2 nak memasang wordpress pada komputer tanpa menggunakan talian internet…kira boleh cuba menggunakan cms wordpress tanpa menggunakan hosting atau talian internet…sbgi langkah untuk mencuba dan design blog…

      Reply
  4. kalau tak silap aku, linux tak perlu lampp atau xampp untuk activate localhost. just guna sudo code sahaja.

    Reply
  5. Terbaik Isa…dulu aku guna Xampp sebelum upload…yg wat website tu…betul, better test kat localhost dulu….camtu gak org duk wat Forum, diorang mmg buat camnih….

    Reply
    • oic, aku pernah pakai xampp. agak pening skit, maybe tak biasa. hehe, wah. cam mana plak nak install forum kat localhost yerk?

      Reply
  6. nice sharing bro.. kalau nak panduan lengkap buat server wordpress sendiri kat rumah.. kemudian boleh di akses dari internet luar.. boleh tengok contoh kat azmanishak.net. hahaha.. sorry terspam ye.. just untuk share!

    Reply
    • haha, takda hal punya. aku pun nak study gak benda tu. leh la aku cuba nnt kalau ada desktop sendiri nnt. aku nak wat desktop power punya. erk, bandwidth kira cam mana plak yerk?

      Reply
    • erk, ftp dan cpanel untuk online. wampserver ni untuk pasang blog wordpress dalam komputer, so boleh godek2 coding tanpa kaco blog kita. hurm…

      Reply
  7. Cam tu ke klau nk bermain2 ngan wp…ingatkan klau reg, trus bleh dpt guna cm blogspot jee…(ingat sonang yo…)
    #Nampak gayanye kene “berpeluh” sakan dulu laa nih…huhuhu

    Reply
    • okay gak camtu, tapi pakai wordpress free dlu terbatas skitlah. takleh guna plugin yg kita nak. betul tak. hehe

      Reply
  8. salam bro. nampak menarik je WordPress dalam PC ni sy tengok.
    tapi kalau setakat web designing macam sy ni, rasanya tak perlu la kot buat.
    huhuuh

    Reply
    • haha, terpulang pada minat masing2. klu tya web developer memang guna offline dlu. its better dari kehilangan trafik semasa kita sedang godek2 blog kita. paling rugi bila bot datang mengindeks blog kita. 🙂

      Reply
  9. Ini tutorial SANGAT BAGUS!ahahaha…. Baru try.. N baru BERJAYA! yeah! lepas nih bleh kasi upgrade la! 😛

    Btw, nnti kalo nk upload ke server cmna plak? pakai FTP ja ka?

    Reply
  10. aku penah guna wampserver, easyphp dan xampp untuk buat localhost.. skrg ni guna xampp.. guna yg lain aku jd xtau nk buat apa.. dah terbiasa guna xampp.. 😀

    Reply
      • A’ah. guna bb.. Biasalah, nama pun jalan kebun dalam area kebun mna ada coverage..ha3.. Mungkin celcom x kuat kot kawasan tu…

        Reply
        • haha, biasalah tu. memang adat pakai bb, dlu pakai bb gak. balik je kampung takda coverage. memang tidak menyeronokkan. hehe

          Reply
  11. Walaupun nampak ringkas,tutorial ni sedikit sebanyak dapat membantu pengguna baru yang ingin menggunakan wordpress,boleh cuba dan explore apa yang ada di dalam wordpress di komputer sendiri.Dengan syarat tahu sedikit cara untuk edit coding php dan komputer yang serasi.Lepas tu,kalau berpuas hati bolehla beli domain dan webhosting

    Reply
    • betul tu bro, boleh cuba dahulu di komputer. explore dahulu, wat tutorial dan bertanya kepada pengguna yang sedia ada. sambil boleh belajar php dan css. paling sesuai waktu nak design theme. memang amat berguna. 🙂

      Reply
  12. xampp lebih berat. penggunaan menjurus kepada web development professional. besar. nak download pon besar. kalau nak dibandingkan dengan wamp, saiz wamp lebih kecil dan mudah untuk install. wamp sesuai untuk pengguna2 biasa.

    Reply
    • yeah, betul tu bro. wamp mudah lagi aku rasa daripada xampp, complicated gitu. boleh pening kot guna xampp tu, byk functions plak tu. salah setting tak menjadi. ada sekali aku cuba pasang xampp, siap kena buka youtube nak setting dia. haha

      Reply
    • most welcome, try la bro. lepas ni bolehlah wat theme sendiri, tak pun boleh cuba theme yg disedut sebelum pasang kat blog. 🙂

      Reply
    • xampp aku rasa lebih sesuai pakai kat linux, sebab tu nama dia x dan wamp plak w. 🙂

      tak silap aku, ada lagi software utk install wordpress kat komputer ni.

      Reply
      • kalau tak nak guna software, nak install satu-satu pun boleh… 🙂 ada beberapa lagi software untuk run localhost ni, tapi rasanya xammp ngan wamp pun dah mencukupi. 🙂

        Reply

Leave a Comment