Karak Terbitan KRU Studios

Salam hari Jumaat semua, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Perasan atau tidak dalam minggu ini sahaja filem apa yang banyak ditulis oleh blogger? Sudah pastinya Nur Kasih The Movie, sebuah filem cinta dan agama yang dinanti-nantikan oleh semua peminat drama Nur Kasih.

filem karak
Tetapi saya bukan hendak menulis mengenai filem Nur Kasih The Movie ya, saya ingin kongsikan sinopsis sebuah filem terbitan KRU Studios arahan Yusry Abdul Halim. Maklumlah, filem terbitan KRU Studios pasti akan mendapat sambutan seperti filem yang meletop sebelum ini iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Gempak habis!

Paling best, KRU Studios suka membariskan pelakon-pelakon yang tidaklah popular seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lisa Surihani dan yang lain-lain. Filem Karak telah membariskan Shahir AF8, Shera Aiyob, Kilafairy dan Md Eyzendy sebagai pelakon utama serta dibantu oleh Sidek Hussain dan Sobri Anuar.

Sinopsis Karak

Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.

Video Trailer Karak

Pasti menarik bukan, filem seram pertama terbitan KRU Studios. Jangan lupa untuk menonton filem Karak yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Mei ini.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

22 thoughts on “Karak Terbitan KRU Studios”

  1. emmm,sye dh tg cite nie..p agak palik ckit r….last /ending cite nie cam lain skit…mgkin pihak KRU nk tnjuk klainan sdkt kot,,,yela,,, cite laen ending dia konfirm hero &heroin idup/selmat…. p cite nie heroin jew yg slmat,.p knpe a?
    mybe diowg trun kt pekan KARAK 2 je kot…Zura x trun bb 2 die slamat kot,..? p kan npe shahir x idup a? lau shahir idup kan bgs….p ending die mmg sdih glerr…pasti sdih kan kehlangan org yg kite cntai….pe2 pun cite KARAK mmg bgs,,,wlaupun ending die hero innalilah p KRU dpt mmbrikan klainan,,,,
    cite lain,,ending die happY 😀 p cite nie ending die Sad,,,,:'(

    Reply
  2. banyak cerita menarik sekarang. tak tahu nak tengok mana satu..baru je tengok kongsi tadi. huhu.. karak ni pun cam best je..

    Reply
  3. satu lagi filem dari KRU
    harap-harap nanti dapat sambutan yang menggalakkan
    kebiasaanya cerita seram ni ramai yang suka tengok

    Reply
  4. Film terbitan KRU mmg best2..cuma cicak man aku kurang sikit, tapi ok , trademark ada….pandai wat duit Yusri KRU, tapi syg sosial artis kita…

    Reply
    • biasalah tu, cicakman cubaan pertama. tp better lah daripada filem superhero yang lain. hehe, tahu takpa. memang kaya gilalah yusri ni. tp itulah, duit banyak. byklah godaannya. hehe

      Reply
    • tahu takpa, maklumlah KRU Studios besar kot kat Cyberjaya nun. memang nak lawan Hollywood habis-habisan dorng ni. 🙂 majulah industri perfileman tanah air. 🙂

      Reply

Leave a Comment