Penyakit Sombong. Salam Jumaat dan salam 1Malaysia, syukur alhamdulillah saya diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi sebuah artikel yang amat berguna kepada kita sebagai seorang umat Islam. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh menghindari penyakit sombong.
Ubat Penyakit Sombong
- Diam dan jangan banyak bercakap. Biasanya kalau banyak bercakap, nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita.
- Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tidak puas dan nak lebih lagi.
- Jangan tonjolkan diri untuk popular. Biasanya kalau dah popular nanti panda rendah terhadap orang lain.
- Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Biasanya kalau tak ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang.
- Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita hilang kawan atau tiada kawan lansung.
- Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus.
- Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita menghidap penyakit ‘syirik kecil. Nauzubillah.
Itulah di antara beberapa tips yang amat sesuai kita amalkan agar kita bersifat sederhana dan tidak berlaku sombong. Dan yang paling penting sekali, kita tidak berlaku sombong kepada Allah s.w.t. Semoga dengan perkongsian ini dapat menghindari kita sesama manusia daripada penyakit sombong.
bukan tak leh sombong. tapi biarlah kena pada tempatnya. hehe..
haha, betul jugak tu. tambah pula dalam bab menjaga perhubungan. hehe
teringat cerita drama geng surau bila baca pasal sifat sombong ni.. SBRB “sombong bongkak riak dan berlagak” .. hati kena bersih baru sifat sombong tak wujud dalam diri.
SBRB…baru aku tahu ada singkatan tu
p/s : isa..themes baru nice..
itulah pasal, aku pun baru tahu bab SBRB ni. hehe
theme still pakai thesis, just tukar skin baru je. framework la katakan, design sendiri je. 🙂
itu terasnya, perlu bersihkan hati. insyaAllah kita tidak akan sombong dan bongkak. nice SBRB. 🙂
Like 🙂
LIKE dua kali! 😛
Aku suka point nombor 2 ni “Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tidak puas dan nak lebih lagi”
tahu takpa, aku rasa camtu gak. apa yang ada tidak pernah rasa cukup, yang paling tepat gajilah. hehe
terima kasih. moga jauh dari penyakit hati ini..
insyaAllah, mudah-mudahan dijauhkan sikap sombong itu…
Ipoh mali talak sombong punyer.. InsyaAllah..
hehehe
insyaAllah, teman pun duk selalu nyanyi lagu tu…hehe