Tahun baru. Syukur alhamdulillah, tahun 2012 menjelma jua. Tamatlah sudah tahun 2011 yang memberikan banyak kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Selamat datang 2012 selamat tinggal 2011.
Selamat Tahun Baru
Sebut sahaja tahun baru, sudah pasti ada yang mememasang azam dan impian untuk dicapai pada tahun 2012 ini. Dari yang kurang baik kepada baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru dan maju jaya. Semoga azam dan impian rakan-rakan semua tercapai hendaknya.
Agak-agak apa ya azam tahun baru saya di 2012 ini? Sebenarnya tiada apa yang saya impikan, selain ingin terus berjaya dalam apa jua bidang yang saya ceburi dan melihat orang-orang di sekeliling saya berjaya dan bahagia selalu.
Di kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam keadaan susah dahulu, jutaan terima kasih juga sahabat blogger yang banyak memberi dorongan dan pertolongan kepada saya ketika saya benar-benar susah dahulu.
Tanpa bantuan anda semua, tidak mungkin saya mampu menamatkan pengajian saya dahulu dan memperolehi pekerjaan sekarang ini. Terima kasih sekali lagi, mudah-mudahan Allah dapat membalas jasa anda semua berlipat kali ganda. InsyaAllah.
Perancangan Tahun Baru
Sempena tahun baru ini juga, beberapa perancangan telah dibuat untuk aktiviti blogging. Terutama untuk Blog Mohd Isa, insyaAllah saya akan kemaskini seberapa banyak artikel yang menjadi pilihan anda semua terutama artikel berkenaan teknik SEO blog.
Selain itu juga, saya akan lancarkan sebuah portal yang turut dibantu oleh beberapa orang rakan blogger. Ini juga termasuk menaikkan semula beberapa buah blog yang terbengkalai, kepada rakan-rakan yang ingin menyertai beberapa projek saya. Bolehlah menghubungi saya di Contact, Twitter dan Facebook.
Akhir sekali, sempena tahun baru ini. Dengan bantuan seorang sahabat blogger, rekabentuk skin thesis Blog Mohd Isa juga telah diubah agar kelihatan lebih ringkas dan profesional. Sila beri komen, jika terdapat kekurang pada skin thesis yang telah diguna pakai sekarang ini. Terima kasih, selamat tahun baru.
I’m looking forward to 2012, I hope everyone else here is too.
yeah, i always looking forward. 🙂
welcome to 2012. Semoga hidup ko lebih kacak pada tahun ini. hehe..
thanks bro, selamat tahun baru juga untuk bro. sudah semestinya, pasti kacak. ewah…haha
semoga semua azam tercapai bro… ^__^
thanks bro, harap macam tulah. perancangan dah banyak. keje pun dah bertambah. mampu tak mampu je. hehe
Skin sudah bertukar. tapi font tak berapa best. tentang thesis ni aku paling tak suka bahagian komen.By the way, good luck untuk 2012.
skin ok tak bro? haha, aku suka guna font ubuntu ni. header/logo je tak design lagi. bahagian komen pun aku tak usik apa lagi. ko ada idea tak? anyway, happy new year 2012. 🙂
skin dah ok dah. just font tu aku tak berkenan. lain orang lain citarasa. kalau nak idea maybe boleh tgk website thesis bahagian showcase. rasanya sana banyak boleh dapat inspirasi
kat sana memang banyak yang menarik, ada yang tengah buat juga. itulah, maybe aku dah suka sangat dengan font ubuntu ni. sampai browser aku pun set font ubuntu.
Selamat tahun baru 2012 isa,wahh tahun baru skin blog pun baru,cayalah,semoga semakin amntap dengan tips-tips seo kat blog ni
selamat tahun baru juga buat bro, saja beralih arah agar nampak lebih profesionallah katakan. insyaAllah, baru sahaja update satu tool untuk teknik seo blog. tapi rasanya ko dah pakai kot. 🙂
boleh jadi mentor SEO saya tak?? 🙂
boleh, tidak menjadi masalah. jangan lupa melanggan blog saya. 🙂
Selamat tahu baru bro..MohdIsa. Semoga sentiasa memberi info2 yg terbaik utk tatapan rakan2 setia anda.
selamat tahun baru, insyaAllah. tahun ini saya akan sediakan info-info menarik untuk rakan-rakan pembaca semua. 🙂
selamat tahun baru!
selamat tahun baru hamdi!
Salam kenal…dan sukses selalu..
salam kenal juga dan semuga sukses selalu.
font 2012 tuh memang terbaek la bro huhu.
selamat tahun 2012 ya! ngee 8)
haha, font filem 2012 kot. anyway, thanks bro. selamat tahun baru juga. 🙂
selamat tahun baru Isa. Moga sama-sama kita berjaya dengan azam tahun ini. Yosh~
thanks aman, aku pun harap tahun ini merupakan tahun terbaik daripada tahun-tahun sebelumnya. insyaAllah.
Salam tahun baru isa.. semoga sentiasa sukses yerp..
Salam along, lama tak nampak. Anyway, selamat tahun baru along. Semoga along sukses selalu hendaknya. Amin.
Semoga lebih sukses ditahun ini brother… Nah, ttg teknik SEO, sampai skarang saya belum paham2.. 😀 Mungkin terlalu bnyak referensi dan akhirnya menimbulkan kebingungan.
Terima kasih, insyaAllah jika sentiasa praktikkan teknik seo blog yang betul pasti memperolehi keberkesanan yang tidak dijangka-jangka. Perlu fokus pada satu referensi, pasti berhasil. 🙂
Oke… sip he…he… terimakasih…
power tu, azam baru dengan semangat baru.. 🙂
haha, tahu takpa. azam kena power. insyaAllah akan tercapai. yang penting usaha.