Walaupun tidak berkesempatan menonton aksi awal 20 minit perlawanan bolasepak Sukan Sea 2011 antara Malaysia menentang Thailand, maklumlah sepak mula pada jam 4.45 petang waktu belum habis kerja lagi. Tetapi sempat juga menonton aksi Harimau Muda melawan Gajah Putih. Jom layan ulasan dan komen saya mengenai perlawanan yang baru tamat sebentar tadi.
Pada minit ke 24 permainan Badrul Bakhtiar telah berjaya meletakkan pasukan Malaysia di hadapan dengan sepakan deras yang terbias masuk menerjah gawang pasukan Thailand. Kemudian beberapa peluang terhidang untuk pasukan negara untuk mendapatkan gol kedua, terutama tandukan daripada Irfan Fazail pada minit ke-42 yang gagal menemui pintu gol.
Harimau Muda iaitu juara bertahan bolasepak Sukan Sea berjaya mendahului Gajah Putih sehingga tamat separuh masa pertama dengan 1-0. Separuh masa kedua dimulakan dengan percubaan daripada pasukan Malaysia pada minit ke-47, tetapi bola jauh melambung tinggi.
Malaysia terus melancarkan serangan dan paling menarik adalah rembatan jauh daripada Badrul Bakhtiar pada minit ke-50, tetapi berjaya ditampan oleh penjaga gol Thailand. Penyerang Thailand berjaya melakukan percubaan pada minit ke-53, tetapi tidak berjaya membolosi gawang Malaysia.
Peluang terbaik Malaysia datang pada minit ke-59, apabila rembatan terkena tiang gol pasukan Thailand. Peluang terbuka kepada Malaysia sekali lagi apabila larian daripada Syahrul Azwari tidak berjaya menghasilkan gol apabila Syahrul Azwari bertindak menghantar bola kepada Gurusamy tetapi berjaya dipintas oleh pertahanan Thailand.
Thailand berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 hasil rembatan Natarid dalam kotak penalti Malaysia. Satu lagi peluang terhidang buat pasukan negara apabila usaha yang baik oleh Fakhri apabila berjaya memasuki kotak penalti Thailand pada minit ke-81, tetapi rembatannya tersasar keluar.
Akhirnya Malaysia berjaya menemui jaringan kedua melalui penyerang Malaysia, Izatt Faris pada minit ke-85 melalui turning menarik dan rembatan melencong menemui jaring gol pasukan Thailand. Selepas itu pasukan negara terus melancarkan serangan dan mempunyai beberapa peluang, tetapi tidak berjaya disempurnakan.
Malaysia berjaya mengekalkan jaringan 2-1 sehingga tamat perlawanan, ini membolehkan Malaysia mengutip 3 mata penuh. Tahniah buat pasukan Harimau Muda kerana berjaya membaham Gajah Putih.
Sedikit komen saya buat pasukan Malaysia, harap boleh menjadi panduan dan ikhtibar. Kalau tidak suka, jangan marah saya pula ya. Serius saya katakan, pemain-pemain Malaysia boleh dikatakan mudah berpuas hati apabila mendahului 1-0 pada perlawanan ini dan barisan pertahanan begitu longgar sehingga membenarkan pasukan Thailand menyamakan kedudukan.
Paling yang tidak disenangi oleh saya ialah mengenai permukaan padang yang boleh dikatakan tidak baik, di mana jelas kelihatan bola melantun-lantun ketika hantaran bawah dilakukan. Ini menyebabkan beberapa gerakan pantas tidak dapat dilakukan serta merubah corak perlawanan secara lebih berhati-hati.
Apa-apa pun saya mengucapkan tahniah buat pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee di atas kejayaan menewaskan musuh tradisi di rantau Asia Tenggara ini, Thailand. Malaysia Boleh!
emm..yeh. malaysia menang 4-1 dengan kemboja. tahniah..tahniah..thailand plak kalah tadi..
itulah, peluang ada untuk layak ke separuh akhir. hopefully berjaya mengekalkan pingat emas sebelum ini.
Tengok pada Skuad Harimau Muda, ada peluang untuk ke parlawanan akhir dan dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi ke 25 yang lepas.
Semoga kejayaan seperti ini akan berkekalan pada perlawanan akan datang
B3njy rasa pergerakan Malaysia agak kemas berbanding lawan Singapore 2 hari lepas .. taktik short passing nampaknya memberi impak yang bahaya kepada pasukan lawan. Harap Malaysia bermain corak yang sama semasa menentang Indonesia nanti … bola tu bulat apa2 boleh jadi.
banyak kot percubaan tadi..kalau gol semua tu mau 5gol Thailand kena..padang tu memang la..tgk pemain kita lari nak kejar atau passing bola,tiba-tiba jatuh..nampak sangat padang tak elok..pape pun Tahniah buat pemain Malaysia!!
patut leh sumbat 5 gol. tapi..tak masuk plakk…
Alhamdulillah…menang 1 game 😀
Pape pun rembatan tadi memang terbaik…. kalau tak kena palang tadi kompem dah goollll…=)
haha, tahu takpa…melompat2 kot…nasib baik tak gol…tp game blh menang besau kot…