Kejohanan Bolasepak Pantai Terbuka UniMAP ini telah berlangsung pada 8 dan 9 Ogos 2009 yang lepas, di mana terdapat beberapa kategori yang telah dipertandingkan. Iaitu bawah 12 tahun, bawah 17 tahun dan kategori terbuka. Kejohanan ini dilansungkan bersempena pra-pesta konvokesyen yang ke-4 Universiti Malaysia Perlis yang bermula 12 – 16 Ogos 2009 (ntah betul ke idak aku dah malas nak buka portal, hehe).
Pada kejohanan kali ini, pasukan kolej kediaman aku (geng2 tahun 4) telah menghatar dua team yang telah diberi nama Olex (telah ditukar oleh pihak penganjur dari nama asal Ole2) dan Onde2. Di mana aku bermain untuk team Onde2. Team2 ini telah di dimasukkan dalam kategori terbuka (yang telah disertai oleh 24 pasukan dari seluruh Perlis) kerana telah melebihi had umur (haha).
Dalam peringkat kumpulan, keputusan amat memberansangkan di mana kedua-dua team telah menjuarai kumpulan masing dengan Olex mencatat 2 kemenangan dan 1 seri. Onde2 pula mencatat 2 kemenangan dan 1 kekalahan. Mengapa kalah, pertemuan pertama dengan pasukan PENGEMIS CINTA. Dengar nama sahaja telah melemahkan hati kami Onde2, dah la jersey buat sendiri. Siap letak love 2 bijik kat depan, satu ok satu retak dua. Ades, masalah betul team ni.
Pada peringkat 16 pasukan terakhir, sekali lagi team Olex dan Onde2 meneruskan rentak kemenangan sehinggalah Olex dan Onde2 terpaksa bertemu di separuh akhir (4 pasukan terakhir). Setelah berbincang sesama sendiri, kami membuat keputusan dengan memberi kemenangan kepada pasukan Olex untuk bermain di FINAL. Perlawanan seperti perlawanan pertunjukkan di mana saling tahu rentak permainan masing2. Sehingga ada yang suruh lambung duit sahaja (haha…jeleslah tu). Di bawah ini gambar sebelum perlawanan berlansung.
Dalam peringkat 4 pasukan terakhir ini hanya dua pasukan dari UniMAP sahaja yang berjaya melayakkan diri dan dua lagi dari pasukan Kuala Perlis dan D’Futsal Perlis. Dalam pertemuan separuh akhir berikutnya, pasukkan D’Futsal telah berjaya mengalahkan team Kuala Perlis 4-2. Ini bermakna pasukan Kuala Perlis akan bertemu Onde2 untuk penentuan tempat ke-3/4 dan D’Futsal akan bertemu Olex pada pertemuan Final.
Dalam pertemuan tempat ke-3/4, pasukan Onde2 telah tunduk kepada pasukan Kuala Perlis melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Hampir-hampir juga berlaku pergaduhan di dalam padang akibat tidak kepuas hatian pasukan Kuala Perlis, nasib baik dapat dikawal. Dalam perlawanan terakhir kejohanan pada kali ini iaitu Final di antara Olex dan D’Futsal, telah memihak kepada pasukan Olex dengan kemenangan 1-0 ke atas D’Futsal (pasukan no.1 futsal Perlis).
kini tibalah sesi penyampaian hadiah setelah tamat kejohanan Beach Soccer terbuka UniMAP sempena pra-pesta konvokesyen ke-4 UniMAP.
Sesi penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Perlis. Pemenang tempat ke-4 kategori terbuka, pasukan Onde2. Hadiah wang tunai RM100, madel dan hamper.
Johan kategori terbuka, pasukan Olex. Hadiah berupa wang tunai RM500, medal dan hamper.
Menjadi kebanggaan kami semua kerana ini kejayaan paling besar dalam hidup kami semua setelah hampir 3 tahun mencuba. Akhirnya pasukan kami bergelar johan dan diiringi kejayaan tempat ke-4. Di mana kejohanan2 sebelum ini hanya banyak mengumpul naib johan sahaja.
Majlis Ringkas Keraian (10 Ogos 2009)
Dengan wang berjumlah RM600 yang dimenangi, kami telah bersepakat untuk membuat majlis makan di salah sebuah restoran yang terkenal di kawasan Kuala Perlis. Iaitu Restoran Seefood Hai Thien. Seramai 14 pemain dan 8 orang supporter telah dipilih untuk menyertai majlis tersebut (Mat Leh bawok gewe dia…booo…haha).
Antara menu yang di pesan oleh saudara Narkom (sori Kom kalau salah eja nama mu…hehe) adalah (yang tgk telan air liurlah jawabnya):
Nak tahu tak berapa kami habiskan untuk semua ini dengan 22 orang punya makan? Budget kami hanya untuk RM400 sahaja, selebihnya kami simpan untuk beli bola dan barang keperluan lain. So jom tgk bilnya:
Ades salah design plak picture ni, RM389 sebenarnya bukan RM398. Tidak lari budget bukan, murah dan memuaskan hati sehingga aku makan siput sedut ikut bontot (kali pertama sedut siput ni…selalu ma or pa aku yang kasi isinya). Cis kena bahan aku. Omar plak abis semua kepala ikan dia telan, tak cukup dengan itu kulit2 siput pun dia makan (haha…jangan marah bro).
Okaylah sekian sahaja untuk entri pada kali ini, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian. Korang memang best, akan aku kenang hingga akhir hayat. Maklumlah dah tahun akhir ni, dah abis nanti mungkin dah tak berpeluang untuk main bola bersama.
Di sini aku senaraikan nama pemain untuk setiap pasukan:
Onde2: Mat Leh(gk), Bucik(semua posisi kecuali gk), Adik(suka hati dia), Mat Wan(supersub), Ajis(ikut dan dia), Rizam(kaki pukul), Mohd Isa(defend kental)
Olex: Narkom(keeper UniMAP ni…), Pejol(kepala besi…suka tanduk bola), Naim(si botak), Fatah(nakamura UniMAP), Omar(strikas tek besor), Apiz Kecik(ball picker…haha), Apiz Putih(lompat jauh..maklumlah main atas pasir)
P/S: Kepada pasukan sekitar Perlis yang berminat untuk friendly dengan kami, tak kisah la bola padang ke, futsal ke, beach soccer ke apa2 yang berkenaan dengan bola sila hubungi aku.
@agusted
best mmg best, tp penat gak la nak dapat suma ni. hehe
@gorgong
hehe, meh ukur tek demo ng kawe. sapo lg beso. haha
wah cam best nie!
🙂