Tidak lengkap rasanya blog mohd isa ini tanpa coretan aktiviti yang dilakukan oleh saya sendiri. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit aktiviti yang saya lakukan pada minggu lepas. Iaitu pulang ke Kuala Lumpur setelah sekian lama.
Jumaat 31 Julai 2009
Tepat jam 10mlm aku bergerak dengan bas dari Kuala Perlis ke bandar kebangaan Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Dengan hanya satu tujuan, atas pelawaan sepupu aku untuk bermain bola sepak dalam pasukan dia iaitu IKN Rawang. Agak susah juga untuk aku buat keputusan ini, mana tidaknya. Sejak hari Isnin lagi dia menelefon aku untuk bermain dengan team dia. Katanya team dia memerlukan defend. Aku pun menerima pelawaannya pada hari Rabu dan dibayar duit tiket pergi dan balik beserta duit makan.
Sabtu 1 Ogos 2009
Jam 5.45pg (aku pun dah lupa waktunya, tp memang dalam pukul 5pg lah) aku sampai di Kota Raya yang berhampiran dengan Puduraya. Tanpa berfikir panjang aku terus ke hentian LRT di Masjid Jamek. Tapi sempat juga aku singgah di 7E untuk membeli majalah Utopia keluaran ke 160. Nasib baiklah tidak ramai orang pada kebiasaannya, maklumlah awal pagi. Ambil tiket balik ke rumah mama aku di Setiawangsa, smpi di hentian Setiawangsa tepat pada jam 6.15pg. Terus balik rumah, budget hendak tidurlah. Tapi kejutan telah berlaku, di mana terdapat TV baru mama aku beli. Sony Bravia 42″ tak silap aku, aku pun dah lupa. Terus aku buka Astro layan movie di HBO.
Jam 11pg (lebih kuranglah) setelah aku selesai bersiap untuk keluar kembali ke Puduraya untuk aku pulang ke Perlis kembali pada hari Ahad. Sampai di Puduraya dalam jam 11.45pg, terus aku ke kaunter tiket di mana kebiasaannya aku mendapatkan tiket pulang ke Perlis. Agak sesak jugalah sewaktu aku naik LRT hendak ke Puduraya. Maklumlah hari Sabtu, tambahan ada PC Fair di KLCC. Selesai aku beli tiket, terus aku ke hentian Masjid Jamek. Ambil tiket ke KLCC, saja nak jalan-jalan di PC Fair. Tapi sebelum tu, aku ke butik mama aku. Mama aku pesan suh pegi ambil duit belanja, hehe.
Lama jugalah aku di KLCC sorang-sorang, menanti si Roslan Nazri yang tak muncul-muncul. Bengang nyer pasal, dalam pukul 3ptg aku g melantak burger king dengan member blogger juga. Sedang sibuk makan, sepupu aku message yang dia nak datang ambik aku. Kelam kabut aku balik rumah, menanti sepupu aku yang kata nak datang petang. Dalam pukul 5ptg lebih sikit sepupu aku call yang dia akan datang malam pulak. Cilakak ini olang, haiya. Last-last aku tertido.
Dalam jam 9mlm baru sepupu aku datang ambil aku dirumah dan terus ke Rawang, sempat juga singgah di IKN untuk ambil barang kepunyaan dia. Lepastu terus balik rumah sepupu aku. First time aku sampai rumah dia, bilik macam orang seni. Tapi memang orang seni pun dia. Dengan lampu bilik yang malap. Fuh, romantik gilalah. Aktiviti pertama aku di rumah dia, bagi makan ikan kelisa dia dengan lipan. Besar juga lipan tu, siap potong dua baru kasi makan kat ikan tu. Lepastu aku online kejap, line broadband tak berapa memuaskan. Last-last aku bantai tido.
Ahad 2 Ogos 2009
Jam 7pg aku sudah terjaga dari tidur yang enak diulik mimpi indah. Sepupu aku tak bangun lagi, terus aku capai tuala dan memandikan diri aku dengan air pancut yang suam. Fuh nikmatnya, dah lama aku tak mandi air panas. Lepas tu aku kejutkan sepupu aku dan siapkan diri aku. Dalam jam 8.15pg baru bergerak ke IKN untuk tujuan aku yang sebenar pulang ke KL. Bermain bola sepak untuk team IKN. Kejohanan yang menawarkan hadiah tempat pertama dengan wang tunai berjumlah RM1000 dan yuran penyertaan hanya RM10 untuk sebuah team memang agak lumayan. First game, team IKN kalah 1-0. Maklumlah, IKN banyak player baru. Aku sendiri tak faham cara permainan dorang. Second game, kami seri 0-0. Last game untuk penentuan kami layak ke peringkat seterusnya, kami menang 2-0 dan ini membolehkan kami layak ke suku akhir.
Dalam jam 2.30ptg kami bermain untuk suku akhir, dengan cuaca yang panas terik. Kami bertungkus-lumus untuk menang, tapi malang terikat 0-0 sehingga tamat permainan. Penentuan sepakan penalti bagi menentukan siapakah yang layak ke separuh akhir tidak menyebelahi kami, bukan itu sahaja. Pengadil pun tidak berlaku adil, sehinggakan pihak lawan diberi peluang kedua untuk menyepak sekali lagi walaupun sepakan pertama tidak masuk. Panas memang panas, tapi itulah adat bola sepak dan politik ada di mana-mana. Eh, lupa nak bagitahu. Aku ambil sepakan penalti masuk tau.
Akhirnya kami pulang hampa, sampai sahaja rumah. Bersihkan diri, kemudian terus ke bandar Rawang. Sepupu aku ni suka makan McD, so aku pun ikutkan sahaja. Org nak belanja, makan sahaja. Aku order set Big Mac sahaja, balik makan di rumah. Dengan aku bantai kentang goreng tiga bungkus. Setelah kekenyangan aku bantai tido, dalam sedar tak sedar. Maghrib entah ke mana, jam 8.20mlm baru terjaga. Kelam kabut di buatnya. Mana tidaknya, bas aku jam 11.30mlm untuk pulang ke Perlis. Kena balik Setiawangsa dahulu, jumpa mama. Duit belanja beb yang penting. Haha
Dalam jam 9.30mlm aku dan sepupu aku sampai di Setiawangsa, makan dahulu sambil layan movie Wanted. Sehinggalah tamat movie, baru sepupu aku hantar ke Puduraya. Tiket 11.30mlm, bas sampai jam 12.30mlm. Fuh, memang panas abislah. Tapi alhamdulillah aku sampai juga ke Perlis.
P/S: Journal versi suka hati. Jangan marah ya. Maaf jika tidak dinyatakan sesiapa yang terlibat di dalam bblog ini. Nantikan episod yang akan datang. Hehe
1 thought on “#001 Bola Punya Pasal Balik KL”