Ternyata apabila berada di dalam keadaan susah, memang pelbagai masalah yang akan timbul. Daripada masalah yang timbul, bantuan atau pertolongan diminta. Tidak kira dalam dunia realiti mahupun dalam dunia maya ini.
Maklumlah bila sudah berada di dalam zon bahaya, pelbagai masalah bakal timbul. Termasuklah saya, situasi yang sungguh tidak dijangka dalam proses menyiapkan projek akhir tahun saya demi menamatkan pengajian saya di dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Buat pengetahuan semua, di saat-saat akhir saya terpaksa menukar tajuk projek saya daripada Simulation on Insulated Gate Bipolar Transistor (IGBT) yang memang agak mencabar kepada K-Mean Clustering Simulation Using C Programming. Akibat jarang bermain C code, mulalah terkial-kial untuk mencari jalan penyelesaian.
Dengan talian internet yang ada, menjelajahlah saya dari Google ke laman web, blog dan forum yang menyediakan tutorial dan bantuan dalam C programming. Ternyata ia bukan mudah apabila bantuan yang diminta, WTF yang dapat. Bagi yang tidak tahu maksud WTF, biar saya bagitahu. What The F**k.
Memang agak pedih bila kata-kata kesat sebegitu dilemparkan apabila bantuan yang dipinta, begini pula jadinya. Tetapi bukan saya hendak menyalahkan orang yang melemparkan kata-kata tersebut kepada saya. Cuma berharap agar sesiapa jua yang memerlukan bantua seperti saya, sentiasa bersabar.
Saya juga berharap, kepada sesiapa sahaja yang diajukan soalan atau diminta untuk memberi bantuan silalah berhemah dan menjaga hati dan perasaan orang lain. Walaupun sehebat mana pun anda, pasti ada kekurangannya.
Nota: Otak buntu akibat kesilapan sendiri, moga perjalanan hidup ini dipermudahkan lagi. Amin.
waduh sampai begitu sekali bro… bersabar jelah bro dengan dugaan tu…
p/s: … dah ok ke belum?
biasalah tu kalau minta bantuan mat saleh ni, slh skit wtf la dapatnya…
hurm, masih tak selesai lagi. hope bro dapat bantu. 🙂
Amboi.. sedapnya bahasa yg dberikan. Mungkin itu budaya si polan itu agaknya atau beliau pun sedang terkial2 juga cuba menyelesaikan masalah. Huhu.. Dugaan betul. Ape2 pun saya harap urusan En Isa utk siapkan final year project tu dipermudahkanNya. Saya nak tolong tapi saya grad bidang Journalism. bukan tulis C Program, tp tulis cerita/berita pakai MS Word 😛
haha, nak buat macam mana. bila orang dah pro, mulalah riak skit. tujuk act je lebih. biarkan jelah, kalau dilayan jadi lain pula nanti. insyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya. amin. its ok dila, dila dah ckp mcm ni pun dah kira tolong, tolong bagi semangat. 🙂
journalism? wah best tu, boleh mengarang isi yang best2. takmo jadi freelance writer ke? lagi masyuk apa. freelance writer kat malaysia ni tak banyak tau. blogger yg wat niche blog byk cari writer tau. 🙂
eh lupa plak, awk memang dah freelance writer. apa la yg sy merepek ni. ades. 😛
sabar je la bro
btw jangan berputus asa yer
insyaAllah bro, erk bro…sorry bz skit skg ni…nnt aku free aku buatkan yerk…
ok je bro
papehal nanti bgtahu la ek
bereh, nnt aku nak wat. aku roger ko terus. 🙂
setiap apa juga kejadian pasti ada HIKMAHya apabila kita bersabar dan nikmat itu akan dirasai suatu hari nanti.
insyaAllah bro, mudah-mudahan begitulah hendaknya. aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan perjalanan hidup ini supaya dapat mencapai impian dengan jayanya. insyaAllah.
inilah dugaan dalam hidup.. teruskan perjuangan bro dan semoga berjaya siapkan project tu! 😀
insyaAllah bro, mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar. amin…
Assalam..
Ambil ijazah di UniMap ke?
Bukan ke ijazah tu tak laku/tak diiktiraf?
Kak ada seorang sepupu yg ambil ijazah UniMap, dia dari Kelantan, dah lama habis belajar tp nak kena dtg belajar semula bulan jun ni kalau tak silap sbb ijazah yg diterima dgr khabarnya tak laku…
Kesian betul…penat2 belajar tiba2 jd mcm tu..
die amik course ape? bukan sume yg xlaku..sbb ade sesetgh course, org mmg respek graduan dari Unimap lbh dr u laen :D..sy Unimap gak 😛
salam iza, berkenaan dengan tak diiktiraf tu dah lain maksudnya. isu tu sebenarnya ada sesetengah jurusan belum dapat akreaditasi dari pihak BEM. masalah tu dah selesai setelah membuat pemantauan dan ada beberapa jurusan perlu mengambil subjek topup untuk memenuhi syarat daripada BEM. semua universiti akan mengalamni proses yang sama.
Owh…gitu ke?
Kalau tak silap, kejuruteraan kot..entah la..
unimap memang semua kejuruteraan iza, just find out in unimap.edu.my
Ooo ya ka?
Tak pernah tanya pun course apa….Cuma agak je bila tgk buku tebal2 yg memeningkan kepala tu…hehe..
Adoi…
Dok saja kat Perlis tp langsung tak terfikir benda tu…
Betul la tu…dulu kan dikenali sbg KUKUM kan..pastu ditukar ke UniMap…hahaha…buat lawak hari minggu..hehe..
Nama je dok perlis tp bermastautin kat Perak..
haha, unimap memang tawarkan kejuruteraan. sebelum nikan namanya kolej universiti kejuruteraan utara malaysia…hehe
haha, macam2 la iza ni. boleh plak terlupa. tu yg pelik tu, duk saja perlis. 😛
tunggu kena kat dia pulak cmana la agaknya. bersabar ye..
tak tahulah, dia sebagai moderator, tapi keluarkan perkataan kesat macam tu. sabar jelah.
aik? tak jumpa lagi ke..aku memang tak reti.huhu
tak jumpa lagi, susah kot nak convert perl code ke c code. pening2…
Dude ko tanya kat mana? Aku selalu tanya kat stackoverflow.com selalu selesai kekusutan
aku tya dekat dreamincode.net, ntahlah. dorg just bg hint je, bila minta example. haram suh tgk tutorial, alasan dorg guna js utk guidelines je. mmg panaslah, kalau aku nak wat tutorial je baik aku takyah buang masa kat situ. bro boleh tlg aku tak?
eh asal ko tukar tjuk lak??
aku nk tlong pn C aku mmg fail..huhu..time test mase sem 1 pon aku meniruk jer..
samelah kite. dulu belajar C main tiru2 jer. sekarang baru nak menyesal…huhu
tahu takpa, inilah akibatnya kalau kita meniru. apa pun tak dapat. kosong. 🙁
menyesal pon takde guna dah. tapi better belajar balik drp dok buang masa mengeluh. 😀
haha, tengah mengejar masa. tinggal sebulan sahaja lagi untuk siapkan. 🙂
tajuk aku sebelum ni memang tak boleh g dah, so aku terpaksa tukar tajuk. its ok bro, ko tolong doakan aku berjaya sudah. itu pun dah memadai.
hoho gud lack bro 😀 chaiyok2
thanks bro, hope semuanya berjalan dengan lancar. amin