Projek Seorang Mahasiswa Universiti

Amaran keras kepada anda yang berusia di bawah 18 tahun, sila tekan butang pangkah di atas untuk tidak terus membaca artikel ini. Kerana artikel ini untuk bacaan orang dewasa sahaja, sila ambil perhatian. Terima kasih.

Sebut sahaja projek, pasti ada yang berfikiran lucah. Tambahan pula projek seorang mahasiswa, projek budak sekolah dan lain-lain projek. Jika tidak ada, sila berfikir berulang-kali. Istilah projek yang telah disalahgunakan oleh manusia sekarang.

Projek seorang mahasiswa universiti yang saya maksudkan di sini adalah setiap mahasiswa diwajibkan menyiapkan sebuah projek di tahun akhir pengajian bagi memenuhi syarat untuk memiliki diploma atau ijazah.

Macam saya, kini saya sedang giat dalam proses untuk menyiapkan projek akhir tahun saya yang pernah saya tangguhkan dahulu. InsyaAllah, saya tidak akan tangguhkan lagi kali ini dan saya akan bertungkus-lumus untuk menyiapkan projek ini.

Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya, Mohd Isa akan bercuti buat seketika daripada arena blogging. Oleh yang demikian, mungkin blog ini atau lain-lain blog tidak dapat dikemaskini dalam masa terdekat.

Kalau berlakunya sebarang pengemaskinian, itu bermakna saya sedang tertekan. Maklumlah, tujuan asal saya menceburi bidang blogging ini pun atas dasar ingin melepaskan tekanan yang ada. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Peace!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

25 thoughts on “Projek Seorang Mahasiswa Universiti”

  1. Pingback: What The F U C K — Blog Mohd Isa
  2. makin kuat mohdisa sedut SEO….projek ni nanti
    tunjuk la format video avi HD…format 3gp gambar
    kelabu asap.hehe…

    masa aku tahun lepas…buat depan komputer saja…
    bukan susah sangat….hang ni mesti susah kan.

    semoga berjaya melayu tak 3gp.

    Reply
    • haha, mana ada. saja suka-suka jerk. projek lebih kurang sama, buat pakai komputer jerk. cuma boleh pecah kepala nak design satu device electronic pakai software ni. pastu nak wat kira-kira plak, thesis lagi. ades, 3gp ajalah jawabnya. nak full hd, dah tak sempat rasanya. 😛

      Reply
  3. As salam..
    Dah tahun akhir ke? Hmm, tahniah. Buat elok2 projek tu.
    Nanti kalau dapat A-,A atau A+ memang bangga gila2. Pernah melalui saat mcm tu dulu. Mmg sibuk untuk kumpul maklumat walaupun masa yg diberikan 2 sem tp sem akhir baru pulun betul2.
    Moga berjaya.

    Reply

Leave a Comment