Islamic

Amalan Yang Perlu Dilakukan Ketika Bertemu Orang Lain

Amalan yang perlu dilakukan ketika bertemu orang lain? Pernahkah anda terfikir mengenainya? Atau anda sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika bertemu orang lain.

Di dalam Islam sendiri telah mengajar umatnya untuk melakukan sesuatu ketika bertemu orang lain. Di sini saya ingin kongsikan empat cara atau amalan yang perlu dilakukan ketika bertemu orang lain.

4 Amalan Yang Perlu Dilakukan Ketika Bertemu Orang Lain

Mengucapkan salam. Hadis yang bermaksud: “Bahawasanya seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. – ‘Amalan apakah yang terbaik dalam Islam?’ Rasulullah s.a.w. menjawab – ‘Memberikan makanan dan mengucapkan salam kepada orang (muslim) yang engkau kenal mahupun yang tidak kenal.'” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Bemuka manis atau senyum. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah engkau meremehkan perbuatan kebaikan daripada sesuatu apa pun, walaupun sekadar menyambut saudaramu dengan muka yang manis.” (Riwayat Muslim)

Berjabat tangan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidaklah dua orang muslim saling bertemu lalu keduanya berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum keduanya saling berpisah.” (Riwayat Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berkata-kata dengan baik. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perkataan yang baik adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahuaklam. Begitulah di antara amalan yang perlu dilakukan ketika bertemu orang lain atau seseorang, biarpun serumah. Sentiasalah mengamalkannya, insyaAllah kita akan dirahmati Allah s.w.t.

Amalan Yang Perlu Dilakukan Ketika Bertemu Orang Lain

4 Comments

  1. lepakk.com October 11, 2012
    • Mohd Isa October 11, 2012
  2. mesti farhan October 5, 2012
    • Mohd Isa October 9, 2012

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.