4 Cara Tingkatkan Produktiviti di Tempat Kerja

Tempat kerja merupakan satu lokasi penting untuk anda bekerja atau berkarya setiap hari. Tetapi sejauh manakah tempat kerja anda mampu meningkatkan produktiviti kerja yang dilakukan?

tempat kerja
Kali ini aku ingin kongsikan 4 cara tingkatkan produktiviti di tempat kerja yang boleh kita amalkan, tidak kisah sama ada di pejabat mahupun ruang kerja di kediaman masing-masing.



Cara Meningkatkan Produktiviti di Tempat Kerja

Bekerja Sambil Berdiri
Mungkin ini satu perkara yang jarang kita lakukan, tambahan macam aku yang selalu bekerja dengan menggunakan komputer. Sudah pasti dalam posisi duduk sentiasa menjadi pilihan utama dan ianya mampu mengurangkan produktiviti hasil kerja yang dilakukan akibat duduk terlalu lama dan memenatkan tubuh terutama di bahagian pinggang. Untuk itu cuba alihkan komputer atau laptop anda lebih tinggi sehingga membolehkan anda bekerja sambil berdiri.

Memilih Tempat Kerja Sunyi
Ada orang yang gemar bekerja secara berjemaah atau beramai-ramai. Sudah pasti ada bunyi bising atau perkara lain yang mampu mengalih tumpuan anda semasa bekerja. Ini boleh mengakibatkan produktiviti kerja anda berkurangan, apa kata kita cuba bekerja di tempat yang lebih sunyia agar dapat memberikan tumpuan lebih kepada kerja kita.

Melihat Pemandangan Hijau
Perkara ini mungkin sukar untuk dilakukan jika tempat kerja kita tidak mempunyai jendela, jika ada ianya menjadi satu bonus apabila di luar jendela terdapat pemandangan hijau. Ambil peluang dan lihat seketika, ianya mampu mengurangkan stress atau tekanan di dalam kerja. Langkah lain, adalah menghiasi meja anda dengan pasu kecil dengan pokok hiasan berwana hijau.

Mengemas Meja Kerja
Akhir sekali, ambil masa anda paling tidak sebulan sekali bersihkan atau mengemas meja di tempat kerja anda. Asingkan barang-barang yang tidak berguna daripada meja anda. Apa lagi barang-barang yang mampu mengalih tumpuan kerja anda. Hiasi meja kerja anda dengan barang-barang yang sepatutnya dan mampu meningkatkan produktiviti kerja anda.

Mudah bukan untuk mengamalkan perkara-perkara di atas, belum cuba belum tahu. Apa salahnya kita mencuba sesuatu perkara yang positif bagi meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda ya! Terima kasih.

Ruangan Komen

Tinggalkan Komen