Agak lama tidak menulis, rasanya tahun 2017 ini amat kurang sekali aktiviti blogging atau kehidupan sebagai seorang blogger. Banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu tidak kira di tempat kerja mahupun di rumah.
Bagi yang mengikuti blog saya sejak sekian lama, pasti akan ada yang perasan atau pun tidak berkenaan perubahan besar yang saya telah lakukan terhadap blog ini. Perubahan yang ada baik buruknya, terutama kesan kepada teknik SEO blog ini saya ini.
Jika anda perasan, sebelum ini saya menggunakan subdomain http://blog.mohdisa.com sebagai url blog saya. Tetapi tidak kini dan selamanya, saya akan gunakan domain utama https://mohdisa.com sebagai ruangan blog dan sebagainya.
Berkenaan kesan terhadap teknik SEO, mungkin ada buruknya. Sudah pasti beberapa artikel daripada blog saya akan hilang daripada hasil carian di Google mahupun enjin carian yang lain. Tetapi ada baiknya, mungkin kepada saya untuk mempelajari teknik SEO terbaru dan terkini. Maklumlah, agak lama juga tidak bermain dengan SEO ini.
ServerFreak – Hosting Terbaik Malaysia
Sebelum saya hampir terlupa, rasanya sudah hampir 10 tahun saya menggunakan hosting ServerFreak. Boleh dikatakan, inilah penyedia web hosting terbaik di Malaysia. Untuk menukar subdomain kepada domain utama memang memerlukan beberapa perkara yang perlu dilakukan, tetapi itu tidak menjadi masalah dengan adanya perkhidmatan pelanggan yang terbaik daripada pihak ServerFreak.
Kerja pemindahan blog jadi lebih mudah dengan bantuan mereka, tidak sampai sejam blog saya sudah berpindah daripada http://blog.mohdisa.com kepada https://mohdisa.com lengkap dengan redirection.
Layanan khidmat pelanggan yang diberikan oleh ServerFreak cukup terbaik berbanding daripada khidmat pelanggan daripada lain-lain penyedia hosting di Malaysia yang saya telah berurusan sebelum ini dan yang paling penting, harga yang ditawarkan oleh pihak ServerFreak berpatutan. Jadi tidak teragak-agak untuk saya mengesyorkan ServerFreak sebagai penyedia hosting web mahupun blog anda.
Semangat baru untuk menulis blog sudah kembali, ewah! :p
setakat ni aku memang terus stay je dengan serverfreak… walaupun dulu guna server host lain sekejap tu ok jugak… cuma ada perkara yg diorang tak boleh support tu yg beralih ke serverfreak…pejam celik 8 tahun juga la dah..
lebih kuranglah kita, customer support dari serverfreak paling terbaiklah setakat ini.
boleh redirect bro link lama ke link baru. visitor pun tak lari nanti.
hehehe.
aku buat dah sebelum ni, tapi galak sgt p delete subdomain dgn directory. database pun dah hilang rasanya. haha
saya juga ada guna servis ServerFreak. so far, memang puas hati sebab servis memang tip-top
memang terbaik bro, dari pagi sampai ke pagi dorg support. haha